Sean Parker (lahir 3 Disember 1979) ialah seorang ahli perniagaan dan usahawan teknologi Internet Amerika Syarikat. Beliau membantu menubuhkan Napster, Plaxo, Causes dan Airtime.[4][5][6][7][8] Sehingga September 2014, nilai bersih Parker dianggarkan sebanyak AS$ 3.1 bilion.[1]

Sean Parker
Parker pada 2011
PendidikanOakton High School
PekerjaanAhli perniagaan dan usahawan teknologi Internet
Terkenal keranaPengasas nersama Napster, Plaxo, dan Causes. Penglibatan awal bersama Facebook
Nilai bersih AS$ 3.1 bilion (2014)[1]
Ahli lembagaSpotify
Yammer[2]
NationBuilder[3]
PasanganAlexandra Lenas (k. 2013)
Anak-anak1

Kehidupan awal sunting

Parker dilahirkan di Herndon, Virginia. Ibunya, Diane Parker, seorang broker iklan TV, dan bapanya, Bruce Parker, ialah seorang ahli marin yang bekerja untuk pemerintah Amerika Syarikat.[4][5][9][10] Ketika Parker berusia 7 tahun, bapanya mengajarnya bagaimana membuat program di Atari 800.[4] Bapa Parker, yang mendahulukan keluarga di atas impian usahanya, mengatakan kepada Parker "jika engkau hendak mengambil risiko, lakukanlah sebelum berkeluarga."[11] Sewaktu remaja, hobicParker ialah menggodam dan membuat program komputer.[5] Pada satu malam, ketika sedang menggodam rangkaian suatu syarikat yang termasuk Fortune 500, Parker tidak mampu melog keluar setelah bapanya mencabut dan merampas kekunci komputernya.[5] Kerana alamat IP beliau sering terdedah, ejen FBI dapat menjejaki pemuda berusia 16 tahun itu.[5] Pada usia bawah 18 tahun, Parker dihukum dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sean Parker". Forbes. Dicapai pada September 3, 2014.
  2. ^ "Yammer Board of Directors and Management". Yammer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada 2015-01-27.
  3. ^ "NationBuilder To Announce $6.25 Million In Silicon Valley Angel Funding". NationBuilder. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-24. Dicapai pada 2015-01-27.
  4. ^ a b c Bertoni, Steven. Sean Parker: Agent of Disruption. Forbes. September 21, 2011.
  5. ^ a b c d e f Kirkpatrick, David. With a Little Help From His Friends. Vanity Fair. October 2010.
  6. ^ Tsukayama, Hayley. Sean Parker says online music is finally social. The Washington Post. July 14, 2011.
  7. ^ Adegoke, Yinka. Napster founders reunite with social video service Diarkibkan 2014-10-06 di Wayback Machine. Reuters. June 5, 2012.
  8. ^ Vascellaro, Jessica E. (2009-04-16). "Firm Lets Others Choose Start-Ups". Wall Street Journal. Dicapai pada 2009-05-18.
  9. ^ Schuster, Dana. The Adventures of NYC's Billionaire Playboy. New York Post. Diarkibkan 2013-01-04 di archive.today
  10. ^ Marshall, Matt (December 12, 2006). "Founders Fund hires Sean Parker as partner, to launch second fund". Venture Beat. Dicapai pada May 18, 2009.
  11. ^ Gapper, John (2011-03-04). "Lunch with the FT: Sean Parker - FT.com - March 4, 2011 6:41 pm Gapper, John". FT.com. Dicapai pada 2013-08-02.

Pautan luar sunting