Seandainya Kau Ada

Seandainya Kau Ada ialah sebuah filem drama romantik keagamaan Malaysia 2021 arahan bersama Chad Rahman dan Fadzil Teh terbitan bersama Zeel Production dan Astro Shaw.[1] Filem ini diadaptasi dari novel 2010 berjudul sama karya Kamsiah Abu dengan skrip ditulis oleh Marr Mohamed. Ia dibintangi oleh Aidit Noh, Fendy Bakry, Ruhainies Farehah dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama dan ditayangkan pada 29 April 2021 di Astro First.[2][3]

Seandainya Kau Ada
Pengarah
  • Chad Rahman
  • Fadzil Teh
Penerbit
  • Fadzil Teh
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
PenulisKamsiah Abu
Lakon layar olehMarr Mohamed
BerdasarkanSeandainya Kau Ada oleh
Kamsiah Abu
Dibintangi oleh
Muzik olehExtreme Music
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
  • 29 April 2021 (Malaysia)
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SinopsisSunting

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah (Raysha Rizrose) jadi bagaikan layang-layang yang terputus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac (Aidit Noh). Perkenalan di alam siber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiasa membelenggu hidupnya.

Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi dengan ujian. Fazlur (Fendy Bakry), lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya Rozita, (Ruhainies), Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Tidak Nur Syahirah tahu mengapa Fazlur sanggup memutuskan pertunangan mereka dan memilih berkahwin dengan perempuan lain.Fazlur menyimpan rahsia besar sehingga dia tidak bahagia dengan isterinya. Dia mengorbankan cintanya kerana satu ugutan.

Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Penampilan khasSunting

  • Jimmy Chou
  • Arnold Schwarzenegger
  • Robert Downey Jr.
  • Gwyneth Paltrow
  • Mo Salah

Penerbitan dan keluaranSunting

Seandainya Kau Ada ialah filem pertama terbitan Zeel Production sejak penubuhannya pada 1995,[2][1] dan menandakan kerjasama sulung antara Zeel dan Astro Shaw. Ia diadaptasi daripada novel 2010 bertajuk sama karya Kamsiah Abu terbitan Buku Prima.[4][5]

Fendy Bakry yang terkenal dengan drama Mr. Grey (2018) lakonannya, memegang watak sebagai Fazlur, seorang penghidap HIV. Filem ini ialah filem sulung lakonannya dan menandakan kali pertama digandingkan bersama Raysha Rizrose dan Ruhainies Farehah.[6][7] Selain melakonkan watak Nur Syahirah, Raysha turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini yang bertajuk "Cinta Sejati". Ruhainies memegang watak sebagai Rozita, beliau mengakui watak yang dibawakannya amat berat namun perlu bermain dengan emosi.[8]

Penggambaran dijalankan selama 40 hari dari Januari sehingga Februari 2020 di Tashkent, Uzbekistan dan dua lokasi di Arab Saudi, iaitu Madinah dan Makkah serta di dua lokasi di Malaysia, iaitu Perlis dan Kuala Lumpur.[2][1][9]

Seandainya Kau Ada dikeluarkan pada 29 April 2021 di Astro First hingga kejayaan komersial.[2][1][10]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Asraf Adied (26 April 2021). "Saksikan Seandainya Kau ada di pawagam rumah anda beberapa hari sahaja lagi". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  2. ^ a b c d "Adaptasi novel 'Seandainya Kau Ada' kini di Astro First". Utusan Borneo. 30 April 2021. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  3. ^ "Zeel Production pilih Astro First sebagai platform tayangan filem Seandainya Kau Ada". Oijom.com. 12 Mei 2021. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  4. ^ Zaidi Mohamad (28 April 2021). "Tayang filem sulung di saluran TV berbayar". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  5. ^ ""Cinta mereka kecundang dalam satu tragedi pahit" - Seandainya Kau Ada di Astro First". Media Hiburan. 29 April 2021. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  6. ^ Zaidi Mohamad (12 Januari 2020). "Fendy teruja berlakon filem sulung dengan dua heroin". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  7. ^ Nisa Irina (13 Januari 2020). "Fendy Bakry buat debut ssbagai peneraju utama Seandainya Kau Ada". Cinema Online. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Februari 2020). "Banyak main emosi". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mei 2020.
  9. ^ Zaidi Mohamad (3 Mei 2021). "Penerbit kecewa pelakon liat promosi filem". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  10. ^ "Seandainya Kau Ada tampil kisah romantik Islamik, jalani penggambaran di Mekah, Madinah dan Uzbekistan". Kopiplanet. 5 Mei 2021. Dicapai pada 12 Mei 2021.

Pautan luarSunting