Istilah Seawaymax merujuk kepada saiz maksimum untuk kapal-kapal yang muat memasuki pintu-pintu air di Terusan St. Lawrence. Kapal Seawaymax adalah berukuran 740 kaki (225.6 m) panjang, 78 kaki (23.8 m) lebar, dan memiliki drauf maksimum 26 kaki (7.92 m). Ada beberapa kapal pengangkut tasik yang lebih besar dari saiz ini melayari Tasik-Tasik Besar Amerika tetapi tidak dapat keluar ke Lautan Atlantik. Saiz pintu-pintu air menghadkan saiz kapal yang dibenarkan dan juga jumlah muatan yang boleh dibawa. Rekod muatan terberat yang pernah melalui Terusan St. Lawrence adalah 28,502 tan bijih besi, manakala rekod muatan terberat di Terusan Tasik-Tasik Besar adalah 72,351 tan. Bagaimanapun, kebanyakan kapal tasik yang baru akan dibina menepati had Seawaymax bagi memastikan ianya dapat digunakan di luar tasik. Kapal SS Edmund Fitzgerald yang terkenal pada tahun 1975 kerana bangkainya telah dibina hampir kepada Seawaymax.

Pada tahun 2006 terdapat sekurang-kurangnya 28 kapal yang terlalu besar untuk keluar dari Tasik-Tasik Besar.

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting