Rt. Rev Datuk Sebastian Francis, D.D., DSPN, ialah Uskup Keuskupan Roman Katolik Pulau Pinang ke 5 dan terkini. Beliau juga merupakan Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei. Beliau telah dilantik sebagai Uskup Pulau Pinang oleh Vatikan pada 7 Julai 2012. Katedral Sacred Heart di Green Lane, Pulau Pinang ialah tempat duduk Uskup Sebastian, dan katedral untuk Keuskupan Roman Katolik Pulau Pinang.

Tuan Yang Terutama
Datuk Sebastian Francis
D.D, DSPN
Uskup Pulau Pinang
TakhtaKeuskupan Pulau Pinang
Bertakhta20 Ogos 2012
PendahuluAntony Selvanayagam
Perintah
Ditahbiskan28 Julai 1977
Konsekrasi20 Ogos 2012
Butiran peribadi
Kelahiran (1951-11-11) 11 November 1951 (umur 72)
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu
WarganegaraMalaysia
DenominasiRoman Katolik
KediamanPulau Pinang, Malaysia
Pusat pendidikanKolej General, Pulau Pinang
Universiti Pontifical Saint Thomas Aquinas, Rom
Sekolah Teologi Maryknoll, New York

Kehidupan awal sunting

Sebastian Francis dilahirkan pada 11 November 1951 di Johor Bahru, Johor yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. Dari tahun 1967 hingga 1970, beliau menyertai Seminari Minor St Francis Xavier di Singapura, sebelum mendaftarkan diri ke Kolej General, Pulau Pinang dari tahun 1972 hingga 1976. Beliau telah ditahbiskan sebagai paderi untuk Keuskupan Melaka-Johor pada 28 Julai 1977.

Dari tahun 1981 hingga 1983, Uskup Sebastian memperoleh Tauliah dalam Teologi Dogmatik dari Universiti St. Thomas Aquinas di Rom, Itali. Beliau juga melanjutkan pelajaran di Sekolah Teologi Maryknoll di New York, Amerika Syarikat di mana beliau memperoleh Ijazah Keadilan dan Keamanan pada tahun 1991. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Rohaniah dan pengasas di Kolej General dari tahun 1991 hingga 1998.

Pada tahun 2003, Uskup Sebastian telah dilantik sebagai Vikar Jeneral untuk Keuskupan Melaka-Johor, sehingga pelantikannya sebagai Uskup Pulau Pinang pada tahun 2012.[1]

Pelantikan sebagai Uskup sunting

Pada 7 Julai 2012, Vatikan melantik Msgr Sebastian Francis sebagai Uskup ke-5 Pulau Pinang.[2] Beliau menggantikan Uskup Emeritus Antony Selvanayagam, yang meletak jawatan.

Pentahbisan Episkopal Uskup Sebastian Francis telah diadakan pada 20 Ogos 2012 di Gereja St. Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pentahbis utamanya ialah Uskup Agung Kuala Lumpur, Uskup Agung Emeritus Murphy Pakiam. Pentahbis bersamanya ialah Uskup Emeritus Antony Selvanayagam, pendahulu beliau dan Uskup Paul Tan Chee Ing dari Keuskupan Melaka-Johor. Upacara itu dihadiri oleh 10,000 penganut Katolik dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.[3]

Moto beliau ialah "Fiat Voluntas Tua" ("Thy Will be Done" dalam bahasa Inggeris).[4]

Penghormatan sunting

Pada tahun 2016, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang TYT Tun Dato Seri Utama Haji Abdul Rahman Haji Abbas menganugerahkan Uskup Sebastian Darjah Setia Pangkuan Negeri, yang membawa gelaran Datuk.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Profile:Sebastian Francis" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2018-03-12.
  2. ^ "Resignation of the Bishop of Penang and appointment of successor".
  3. ^ "Sebastian Francis installed as fifth bishop of Penang Diocese".
  4. ^ "71 new Datuks in Penang".

Pautan luar sunting

Gelaran Gereja Roman Katolik
Didahului oleh
Antony Selvanayagam
Uskup Pulau Pinang ke-5
2012-kini
Diikuti oleh:
Penyandang