Sebastian Walter Kehl (lahir 13 Februari 1980) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Borussia Dortmund di posisi pemain tengah bertahan.

Sebastian Kehl
Maklumat peribadi
Nama penuh Sebastian Walter Kehl[1]
Tarikh lahir (1980-02-13) 13 Februari 1980 (umur 44)
Tempat lahir Fulda, Jerman Barat
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 5
Kerjaya remaja
1985–1994 SV Lahrbach
1994–1996 Borussia Fulda
1996–1998 Hannover 96
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–2000 Hannover 96 32 (2)
2000–2001 SC Freiburg 40 (4)
2001– Borussia Dortmund 266 (20)
2004–2011 Borussia Dortmund II 7 (1)
Pasukan kebangsaan
1996–1999 Jerman B18 19 (3)
1998 Jerman B19 1 (0)
1999–2001 Jerman B21 11 (0)
2001–2006 Jerman 31 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Disember 2014

Kerjaya kelab sunting

Kehl berpindah ke kelab Hannover 96 pada usia 16 tahun ketika kelab itu bertanding di divisyen kedua. Beliau membuat debut dua tahun kemudian dan membuat 32 penampilan sebelum beliau berpindah ke SC Freiburg yang bermain di Bundesliga. Pada musim pertamanya, beliau bermain 25 perlawanan dan berjaya membawa kelabnya ke Piala UEFA selepas menduduki kelabnya tempat keenam. Pada musim berikutnya, beliau berpindah ke Borussia Dortmund selepas Freiburg menduduki tempat ke-13.

Pada musim keduanya bersama Dortmund, Kehl membuat 24 pernampilan lgia dan bermain setiap perlawanan ketika kelab beliau melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA. Dortmund menamatkan musim dengan 17 mata di belakang juara liga Bayern. Pasukannya menduduki tempat keenam liga dan layak ek pusingan kelayakan Piala UEFA namun hanya melangkah ke pusingan kedua. Pasukannya tewas 6-2 secara agregat kepada Sochaux dari Perancis dan pasukannya tersingkir.

Pada tahun berikutnya, beliau bermain dengan prestasi yang baik dan antara alasan beliau terpilih ke skuad Jerman di Piala Dunia 2002 dan Euro 2004.

Kehl mengalami kecederaan lutut kiri semasa diasak oleh pemain Bayern, Hasan Salihamidžić pada hari pertama musim 2006-07. Disebabkan itu, beliau hanya bermain 45 perlawanan liga pada tiga tahun. Pada tahun 2008, beliau menjadi kapten pasukan semasa pertukaran jurulatih baru, Jürgen Klopp sehingga 2014 apabila digantikan oleh Mats Hummels.

Kerjaya antarabangsa sunting

Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa untuk skuad Jerman semasa menentang Slovakia pada 29 Mei 2001 dan telah membuat 31 kemunculan untuk pasukan kebangsaan Jerman. Beliau juga sebahagian daripada skuad Jerman yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2002 dan memenangi tempat ketiga di Piala Dunia 2006.

Statistik sunting

Jerman
Tahun Kmncln Gol
2001 3 1
2002 11 1
2003 7 1
2004 3 0
2005 0 0
2006 7 0
Jumlah 31 3

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 15 Ogos 2001 Budapest, Hungary   Hungary 0–2 2–5 Persahabatan
2 9 Mei 2002 Freiburg, Jerman   Kuwait 5–0 7–0 Persahabatan
3 30 April 2003 Bremen, Jerman   Serbia dan Montenegro 1–0 1–0 Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Borussia Dortmund

Antarabangsa sunting

Jerman

Catatan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup Germany 2006 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). m/s. 12. Dicapai pada 26 July 2013.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Christian Wörns
Kapten Borussia Dortmund
2008–2014
Diikuti oleh:
Mats Hummels