FELDA Sebertak

(Dilencongkan dari Sebertak)

FELDA Sebertak (Jawi: فيلدا سبرتق) , FELDA Projek Sebertak atau Tanah Kemajuan Sebertak merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur laut Daerah Bera, salah satu daerah di Pahang, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Mempaga dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Bera. Ia terletak kira-kira 100 kilometer (62.1 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Sebertak ialah 28200 Bandar Bera.[3]

FELDA Sebertak
Batu tanda FELDA Sebertak
Batu tanda FELDA Sebertak
Map
Koordinat: 3°15′08″N 102°36′06″E / 3.2523°N 102.6017°E / 3.2523; 102.6017Koordinat: 3°15′08″N 102°36′06″E / 3.2523°N 102.6017°E / 3.2523; 102.6017
NegaraMalaysia
NegeriPahang
DaerahBera
MukimBera
Kawasan parlimenBera
Kawasan negeriKemayan
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Bera
 • PengurusFadzillah Abd. Rahman
Aras
59 m (194 ft)
Penduduk
 • Anggaran peneroka
400+
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
28200
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanC

Geografi sunting

FELDA Sebertak terletak di bahagian tengah negeri Pahang, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 59 meter (193.6 ka).[1] Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 375.4 ekar (151.9 he).[4] FELDA Sebertak berjiran dengan petempatan lain seperti FELDA Tementi di bahagian utara, FELDA Rentam di bahagian timur laut dan FELDA Triang 3 di bahagian barat.[4]

Pentadbiran sunting

FELDA Sebertak terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Mempaga. Secara pentadbiran, FELDA Sebertak terletak dalam Mukim Bera di bahagian timur laut.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Sebertak terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Bera manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Pahang, ia terletak dibawah kawasan Kemayan.[5]

Pengangkutan sunting

FELDA Sebertak dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 1510 (Jalan Utama Bera), melalui simpang utama FELDA Sebertak dan simpang Jalan Dol Said.[3][4] Jarak FELDA Sebertak ke pusat bandar iaitu Bandar Bera ialah sepanjang 18.9 kilometer (11.7 bt) dengan masa selama 23 minit.[a][6] Manakala jarak FELDA Sebertak ke ibu negeri Pahang iaitu Kuantan ialah sejauh 177.83 kilometer (110.5 bt) dan mengambil masa selama sejam 17 minit memandu kereta.[b][6]

Kemudahan sunting

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Sebertak termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan (Felda) Sebertak
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32
  3. Sekolah Agama Rakyat Felda Sebertak
  4. Klinik Kesihatan Bandar 32
  5. Poliklinik Komuniti Bandar 32
  6. Masjid Al-Falah Felda Sebertak

Nota sunting

  1. ^ Diukur dari simpang masuk utama FELDA Sebertak ke Masjid Daerah Bera
  2. ^ Diukur dari simpang masuk utama FELDA Sebertak ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kemajuan Tanah Sebertak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ a b "JPKK Daerah Bera". Portal Rasmi Pejabat Daerah & Tanah Bera. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b c "Felda Sebertak, Pahang – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.