Segi tiga Penrose (bahasa Inggeris: Penrose triangle) ialah suatu objek mustahil terdiri daripada suatu bentuk segi tiga yang menampakkan suatu ilusi optik seakan suatu objek pepejal namun hanya lukisan berunjuran yang boleh dilihat dari sudut pandang tertentu sahaja. Bentuk ini mula dilakarkan Oscar Reutersvärd tahun 1934. Ia difikirkan secara berasingan oleh anak-beranak Lionel Penrose dan Roger Penrose, yang mana Roger khususnya menggambarkan objek ini sebagai suatu "kemustahilan paling tulen" (impossibility in its purest form).

Rajah suatu segitiga Penrose

Bentuk ini dapat digarisi membentuk suatu jalur Möbius bergelung empat.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Gardner, Martin (Ogos 1978). "Mathematical Games". Scientific American. NATURE AMERICA, INC.