Sein Qudsi

Penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia
(Dilencongkan daripada Sein Ruffedge)

Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsy (lahir 29 Jun 1983), lebih dikenali sebagai Sein Ruffedge atau Sein Qudsi, merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia berketurunan Melayu-Arab. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak 1998 menerusi kumpulan M.O.B yang turut dianggotai oleh Shaheizy Sam, seterusnya bersama kumpulan Ruffedge. Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai Sein turut menceburi bidang lakonan dengan membintangi sitkom Spanar Jaya sebagai Razlan di ntv7.

Syed Qudsi
Kelahiran
Syed Hussein bin Syed Mustafa

(1983-06-29) 29 Jun 1983 (umur 41)
Nama lainSein Qudsi
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif1998–kini
PasanganNoor Diyana Muhammad (k. 2006)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenreHip hop, R&B
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanM.O.B, Too Phat, Ruffedge, Syafinaz Selamat

Pada 2013, beliau mengarahkan filem pertamanya, Langgar.[1]

Kehidupan awal

sunting

Syed Hussein dilahirkan pada 29 Jun 1983 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Kehidupan peribadi

sunting

Syed Hussein telah mendirikan rumahtangga dengan Noor Diyana "Nana" Muhammad pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata (lahir pada tahun 2007 dan 2009).

Nana pernah menyertai program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005 dan berjaya ke peringkat separuh akhir.

Pasangan tersebut pernah menyertai program realiti tarian terbitan Astro iaitu Sehati Berdansa bagi musim ketiga dan telah muncul sebagai juara.

Pasangan tersebut telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember 2010 tetapi telah rujuk semula sebelum tamat tempoh edah.

Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata ketiga pada Februari 2014 dan keempat pada bulan Disember 2019.

Diskografi

sunting

Pada tahun 1998 hingga 2004 beliau merupakan anggota kumpulan hip hop tempatan, M.O.B. Kemudian pada tahun 2005 beliau menyertai kumpulan Ruffedge menggantikan tempat Mode sehingga tahun 2007, sebelum membuat kemunculan semula pada tahun 2018.

Album bersama M.O.B
  • Members of Blood (1999)
Album bersama Ruffedge

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis Penerbit
2006 Tipah Tertipu The Movie         Sein Filem pertama
2008 Sepi         Ean
2013 Langgar         Filem arahan pertama
PSIKO : Pencuri Hati         Dr. Khai
Balada Pencinta         Boy
2014 Penculikan Amar Affendi        
2015 Bangunan         Dirinya sendiri Pengarah bersama dan penerbit eksekutif
2019 Till Death: Azalea's Wrath        
2020 Bulan dan Pria Terhebat         Ricky
2025 Padang Kertas         Pengarah bersama
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis Penerbit
2003–2005 Spanar Jaya         Razlan NTV7 Sitkom
2010 Adam Maya[2]         Adam TV3
2012 Ariana Mikhail[3]         Mikhail TV9
2021 Black         Viu Pengarah bersama musim 2
2022 Hilang         Pengarah bersama
2024 Framed         Astro Premier
Nafsu         Viu

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Kerana Khilaf Itu Razak TV9
Tongkah Arus Dosa Ustaz Faris
2012 Semadikan Aku Sani TV3
Salahkah Aku Adam
Lelaki Ku Emran TV2
2013 Strawberi & Karipap Fareez Astro Ceria

Rujukan

sunting
  1. ^ Mohd Ifqdar Abdul Rahman (20 September 2011). Langgar 'bayi' sulung Sein Diarkibkan 2018-02-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Oktober 2011.
  2. ^ http://www.tv3.com.my
  3. ^ Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

Pautan luar

sunting