Seindah Sakura
Seindah Sakura merupakan siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Zul Huzaimy, dibintangi oleh Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha. Diadaptasi dari novel 2010 bertajuk sama karya Liza Zahira, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 7 Mei 2012 hingga 14 Jun 2012 menggantikan Cinta Buat Emelda.[1][2]
Seindah Sakura | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik Keluarga |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Liza Zahira |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | |
Pengarah kreatif | Kas Roshan |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Buatku Di Sana" oleh Mafarika dan Ronnie Hussein |
Lagu penutup | "Harapan" oleh Hyper Act |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Redzuan Devan Abdullah |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Temenggong Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 7 Mei 2012 – 14 Jun 2012 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Buat Emelda |
Diikuti oleh | Dejavu di Kinabalu |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
suntingMenceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira (Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah.
Shakira kini bakal menduduki peperiksaan SPM. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah (Mak Mah) yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kemasukan cikgu baru, Airil (Fahrin Ahmad). Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, Airil terus mendenda shakira.
Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.
Datuk Malik (Dato’ Eizlan Yusof), bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. datuk malik jugak melayan Shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Satu hari tu Datuk Malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya Shakira, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut.
Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Siapa yang menjadi pilihan Shakira?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Fasha Sandha sebagai Shakira
- Fahrin Ahmad sebagai Airil
Pelakon pembantu
sunting- Ruminah Sidek sebagai Nek Kiah
- Eizlan Yusof sebagai Datuk Malik
- Erynne Erynna sebagai Shakira 11 tahun
- Sherie Merlis sebagai Rosnah
- Wan Sharmila sebagai Anida
- Jesse Lim sebagai William
- Tasha Aziz sebagai Leha
- Zazly Baginda sebagai Mansor
- Fimie Don sebagai Amran
- Rahim Kidol sebagai Jamal
- Afique Hussain sebagai Roni
- Thalia sebagai Betty
- Azam Pitt sebagai Putera Haziq
- Pak Tam Raja Lawak sebagai Pak Yob
- Rosnariah Abd Malik sebagai Bedah
- Saleha Amin sebagai Senah
- Marliza Mat Tahir sebagai Uteh
- Ghazali Salim Bachik sebagai Seman
- Jasmi Mat Lela sebagai Ramli
- Al-Fiqri Nasir sebagai Boy
- Azza Suaymi sebagai Cikgu Indah
- Marsitah Shamsuddin sebagai Hajjah Kalsom
- Allana Amir sebagai Nina
Penerbitan
suntingSeindah Sakura ialah drama pertama arahan Zul Huzaimy.[4] Penggambaran drama ini mengambil masa 65 hari untuk disiapkan dengan lokasi penggambaran juga ditukar dari lokasi asal seperti yang ditulis di dalam novel.[4] Penggambaran turut dijalankan di Paris, Perancis.[4]
Runut bunyi
sunting- "Buatku Di Sana" - Mafarikha Akhir dan Ronnie Hussein
- "Harapan" - Hyper Act
- "Hanya Kamu" - Zehra Zamri
- "Untuk Aku" - “Mim Hamzah”
- "Ku Tiba Lagi" - Hyper Act
- "Lalilala" - Toi
- "Catatan Rindu" - Toi
- "Arahmu" - Panic Room
- "Pasti Nanti" - Panic Room
Rujukan
sunting- ^ "Seindah Sakura temukan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad". Media Hiburan. 7 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-31. Dicapai pada 10 Julai 2012.
- ^ "Sinopsis drama bersiri Seindah Sakura". Sensasi Selebriti. 5 Mei 2012. Dicapai pada 10 Julai 2012.
- ^ Seindah Sakura (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
- ^ a b c "Cabaran Zul Huzaimy". Utusan Malaysia. 9 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 18 April 2013.
TV3: Akasia, Setiap Sabtu, 7.00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Seindah Sakura | Berikutnya |
Cinta Buat Emelda | Dejavu di Kinabalu |