Seindah Sakura (novel)

Seindah Sakura ialah novel 2010 oleh penulis novel Malaysia, Liza Zahira, diterbitkan oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2012.[1]

Seindah Sakura
Umum
PengarangLiza Zahira
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
2010
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman501
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789831244890

Sinopsis sunting

Shakira terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya.

Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Keluaran dan legasi sunting

Seindah Sakura dikeluarkan pada 2010 oleh Alaf 21. Pada tahun 2012, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 7 Mei 2012 di TV3, dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Fasha Sandha dan Wan Sharmila.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Seindah Sakura by Liza Zahira Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  2. ^ Budiey (5 Mei 2012). Sinopsis Drama Bersiri SEINDAH SAKURA Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Mei 2012.