Seindah Tujuh Warna Pelangi

Seindah Tujuh Warna Pelangi ialah novel 2019 oleh penulis novel Malaysia, E-man Sufi. Novel ini diterbitkan pada tahun 2019 oleh Penulisan 2U. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2020.[1]

Seindah Tujuh Warna Pelangi
PengarangE-man Sufi
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
Mac 2019
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
Halaman455
ISBNISBN 9789672102816

SinopsisSunting

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!

“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?” – Andika

“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira

Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.

"Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika

"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira

Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.

Keluaran dan legasiSunting

Seindah Tujuh Warna Pelangi dikeluarkan pada 2019 oleh Penulisan 2U. Pada tahun 2020, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 24 Februari di TV3, dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Nabila Razali.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Seindah Tujuh Warna Pelangi by E-Man Sufi Goodreads. Dicapai pada 25 Februari 2020.
  2. ^ Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi (TV3) My Infotaip. (23 Februari 2020). Dicapai pada 25 Februari 2020.