Sejarah China

(Dilencongkan dari Sejarah Cina)

Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5,000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang wujud pada sekitar 1500 SM, mengikut pentarikhan karbon. Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau empayar. Dinasti-dinasti berturut-turut dalam sejarah China telah mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi untuk membolehkan maharaja China menguasai wilayah yang besar.

Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negeri-Negeri Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Asas-asas tamadun Cina terdiri daripada pengenaan sistem tulisan yang sama oleh Dinasti Qin pada abad ke-3 SM serta perkembangan ideologi negara berdasarkan Konfusianisme pada abad ke-2 SM. China mengalami zaman-zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan, dengan kekadangnya penaklukan oleh orang-orang asing. Sebilangan penakluk diasimilasi ke dalam kaum Cina. Pengaruh-pengaruh kebudayaan dan politik dari banyak bahagian di Asia membawa gelombang-gelombang penghijrahan, peluasan, dan asimilasi yang berturut-turut untuk mencipta sebuah kebudayaan Cina.


Daripada pemburu-pengumpul kepada petani sunting

Negara China yang terdapat pada masa kini pernah dihuni oleh Homo erectus melebihi sejuta tahun dahulu. Kajian yang baru-baru ini menunjukkan bahawa alat-alat batu yang ditemui di tapak Xiaochangliang telah wujud sejak 1.36 juta tahun lagi, menurut pentarikhan magnetostratigraf. Tapak arkeologi di Xihoudu, Provinsi Shanxi merupakan rekod terawal tentang penggunaan api oleh Homo erectus dan ditetapkan tarikhnya sebagai 1.27 juta tahun dahulu. [1] Ekskavasi-ekskavasi di Yuanmou dan kemudiannya di Lantian menunjukkan penghunian awal. Spesimen Homo erectus yang termasyhur yang ditemui di China pada tahun 1923 ialah apa yang telah digelar Lelaki Peking. Dua buah bekas tembikar yang digali di Gua Liyuzui yang terletak di Liuzhou, Provinsi Guangxi masing-masing wujud sejak 16,500 SM dan 19,000 SM. [2] Bukti terawal untuk penanaman sekoi menetapkan tarikhnya pada sekitar 7000 SM. Alat-alat muzik yang boleh dimain, peringkat terawal sistem tulisan bahasa Cina (masih diperdebatkan) dan pengeluaran wain terawal di dunia telah ditemui di tapak Jiahu. Jiahu merupakan peringkat terawal kebudayaan Peiligang di kaunti Xinzheng, Henan, dan hanya 5% telah diekskavasi sehingga tahun 2006. Dengan pertanian datangnya banyak penduduk, dengan keupayaan menyimpan dan mengagih-agihkan tanaman mendukung para tukang dan pentadbir. Pada lewat zaman Neolitik, lembah Sungai Kuning mula memperkukuh kedudukannnya sebagai suatu pusat kebudayaan, dengan desa-desa pertama ditubuhkan. Desa-desa yang paling penting dari segi arkeologi ialah desa-desa yang ditemui di Banpo, Xi'an.

Prasejarah sunting

Sejarah awal China dirumitkan oleh ketiadaan bahasa tuliasan pada zaman ini, serta dokumen-dokumen dari zaman-zaman kemudian yang cuba memerihalkan peristiwa-peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu. Dari sesetengah segi, masalah ini terdiri daripada penyelidikan-penyelidikan fikiran dan perasaan diri sendiri oleh orang-orang Cina yang mengaburkan perbezaan antara fakta dan fiksyen tentang sejarah awal mereka. Menjelang tahun 7000 SM, orang-orang Cina telah menanam sekoi yang menimbulkan kebudayaan Jiahu. Kebudayaan Yangshao kemudian digantikan dengan kebudayaan Longshan pada sekitar 2500 SM. Tapak-tapak arkeologi seperti di Sanxingdui dan Erlitou membuktikan sebuah tamadun Zaman Gangsa di China. Pisau gangsa terawal yang wujud sejak 3000 SM ditemui di Majiayao yang terletak di provinsi Gansu dan Qinhai.

Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja sunting

Catatan Ahli Sejarah Agung, karya menyeluruh tentang sejarah China terawal, ditulis oleh Sima Qian, ahli sejarah Cina, pada abad ke-2 SM, manakala Catatan Tahunan Buluh mengesani sejarah Cina sejak dari sekitar 2800 SM dengan pemerihalannya tentang zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja. Pemerintah-pemerintah ini adalah raja-raja tokoh bijaksana separa mitos serta contoh-contoh kesusilaan. Tradisi menganggap Maharaja Kuning, salah satu daripada pemerintah-pemerintah tersebut, sebagai leluhur bangsa Han.

Sima Qian mengatakan bahawa sistem kerajaan pewarisan telah diasaskan semasa Dinasti Xia, dan model ini kemudian dikekalkan oleh Dinasti Shang dan Dinasti Zhou. Adalah semasa zaman Tiga Dinasti (pinyin: sāndài) ini ketika China sejarah termuncul di hi dude.

Sejarah kuno sunting

Dinasti Xia sunting

 
Bekas gangsa Lozenge Carven Ding yang ditemui di tapak Erlitou, istana Xia.

Pemerihalan Sima Qian dan Catatan Tahunan Buluh menetapkan tarikh pengasasan Dinasti Xia pada 4,200 tahun dahulu, tetapi tarikh ini masih tidak dapat disahkan. Terdapat 17 orang raja dalam Dinasti Xia yang terdiri daripada 14 generasi, bermula dengan Yu Agung sehingga Jie dari Xia, menurut Sima Qian dan rekod-rekod lain pada Dinasti Qin yang kemudian.

Penduduk-penduduk Shang dan Zhou telah wujud sejak permulaan Dinasti Xia dan merupakan negeri-negeri lindungan Xia. Tempoh Dinasti Xia yang tepat masih susah untuk ditetapkan, tetapi kini terhad kepada dua pilihan, iaitu 431 tahun atau 471 tahun.

Kebanyakan ahli arkeologi kini mengaitkan Dinasti Xia dengan ekskavasi-ekskavasi di Erlitou yang terletak di provinsi Henan tengah, [3] dengan sebuah relau lebur gangsa dari sekitar tahun 2000 SM ditemui di sana. Tanda-tanda awal yang ditemui pada tembikar dan cangkerang dari zaman ini telah dikatakan merupakan leluhur askara-askara Cina moden. [4]. Dengan tidak adanya banyak rekod tertulis yang sepadan dengan tulang-tulang orakelS Shang atau tulisan-tulisan bekas gangsa Zhou, zaman Xia masih tidak dapat difahami dengan memuaskan.

Dinasti Shang sunting

 
Saki baki masyarakat-masyarakat maju yang bertingkat-tingkat dan yang wujud sejak dari zaman Shang telah ditemui di Lembah Sungai Kuning.
 
Simuwu Ding daripada Dinasti Shang Lewat yang tingginya 133 sm, panjangnya 110 sm, lebarnya 79 sm, dan beratnya 832.84 kg, merupakan bekas gangsa terbesar yang ditemui di dunia. Dibuat oleh Zu Jia dari Shang untuk ibunya, Wu, isteri Wu Ding. Digali di Anyang pada tahun 1939.

Rekod tertulis yang terawal yang ditemui tentang masa lampau China datangnya daripada Dinasti Shang, mungkin pada abad ke-13, dan mengambil bentuk ukiran-ukiran rekod peramalan pada tulang dan cangkerang haiwan — apa yang dipanggil tulang orakel. Dapatan-dapatan arkeologi yang memberikan bukti terhadap kewujudan Dinasti Shang antara sekitar 1600 SM1046 SM dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dari zaman Shang yang lebih awal (k.k. 1600–1300 SM) berasal daripada sumber-sumber di Erligang, Zhengzhou, dan Shangcheng. Kumpulan kedua dari zaman Shang atau Yin yang kemudian terdiri sebahagian besarnya daripada sekumpulan tulisan tulang orakel yang besar. Anyang di Henan masa kini telah disahkan sebagai ibu kota terakhir antara sembilan buah ibu kota Shang (k.k. 1300–1046 SM). Adanya 31 orang raja dalam Dinasti Shang, bermula dengan Raja Tang hingga Raja Zhou, dengan dinasti ini merupakan dinasti yang kekal paling lama dalam sejarah Cina.

Catatan Ahli Sejarah Agung menyatakan bahawa Dinasti Shang memindahkan ibu kotanya sebanyak enam kali. Pemindahan terakhir dan terpenting ke Yin pada 1350 SM menghasilkan zaman kegemilangan dinasti ini. Istilah 'Dinasti Yin' merupakan sinonim untuk dinasti Shang dalam sejarah, walaupun pada akhir-akhir ini, ia telah digunakan khusus untuk merujuk kepada separuh kedua Dinasti Shang.

Ahli-ahli sejarah Cina yang hidup pada zaman-zaman kemudian telah membiasakan diri dengan tanggapan satu dinasti mewarisi satu dinasti, tetapi keadaan politik sebenar pada zaman China yang awal diketahui adalah jauh lebih rumit. Oleh it, sebagaimana yang dicadangkan oleh sesetengah cendekiawan China, Dinasti Xia dan Dinasti Shang mungkin merujuk kepada entiti-entiti politik yang wujud sezaman, seperti dengan Dinasti Zhou awal (negara pewaris Shang) yang diketahui wujud pada zaman yang sama dengan Dinasti Shang.

Rekod-rekod tertulis yang ditemui di Anyang mengesahkan kewujudan dinasti Shang. Bagaimanapun, cendekiawan-cendekiawan Barat seringnya meragui tentang perkaitan antara petempatan-petempatan sezaman petempatan Anyang dengan dinasti Shang. Umpamanya, dapatan-dapatan arkeologi di Sanxingdui membayangkan peradaban berteknologi maju yang tidak sama dengan Anyang dari segi kebudayaan. Bukti-bukti yang ada tidak dapat membuktikan dengan muktamad tentang betapa jauh alam Shang terbentang dari Anyang. Hipotesis terutama adalah bahawa Anyang, yang diperintah oleh dinasti Shang yang sama dalam sejarah rasmi, wujud bersama-sama dan berdagang dengan banyak petempatan yang mempunyai berbagai-bagai kebudayaan di kawasan yang kini dirujuk sebagai China wajar.

Dinasti Zhou sunting

Menjelang akhir milenium ke-2 SM, Dinasti Zhou mula bangkit di lembah Sungai Kuning dan menakluki dinasti Shang. Dinasti Zhou kelihatan memulakan pemerintahannya di bawah sebuah sistem separa feudal. Masyarakat Zhou merupakan penduduk-penduduk di barat Shang, dengan ketuanya dilantik sebagai "Pelindung Barat" oleh Shang. Raja Wu, pemerintah Zhou, dengan bantuan Duke Zhou, bapa saudaranya yang merupakan pemangku raja, dapat menewaskan Shang dalam Pertempuran Muye. Raja Zhou ketika itu mempergunakan konsep Mandat Syurga untuk mewajarkan pemerintahannya, satu konsep yang kemudian dipergunakan oleh hampir setiap dinasti yang berikut. Dinasti Zhou pada asalnya memindahkan ibu kotanya ke barat di kawasan dekat Xi'an masa kini yang berhampiran dengan Sungai Kuning, dan mengawal satu siri peluasan masuk ke lembah Sungai Yangtze dari sana. Ini merupakan penghijrahan pertama antara banyak penghijrahan dari utara ke selatan dalam sejarah Cina.

Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh sunting

Pada abad ke-8 SM, kuasa Dinasti Zhou terpencar semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh, zaman yang dinamai sempena nama Catatan Tahunan Musim Bunga dan Musim Luruh yang terpengaruh. Dalam zaman ini, ketua-ketua tentera tempatan yang dilantik oleh Dinasti Zhou mula mempergunakan kuasa mereka untuk memperoleh hegemoni. Keadaan ini diburukkan oleh serangan-serangan daripada orang-orang di barat laut seperti Qin, dan memaksa Dinasti Zhou untuk memindahkan ibu kotanya ke timur Luoyang. Ini menandakan fasa kedua Dinasti Zhou yang besar: Zhou Timur. Di dalam setiap negeri yang muncul, tokoh-tokoh tempatan yang kuat memiliki kebanyakan kuasa politik dan meneruskan kepatuhan mereka kepada raja-raja Zhou pada nama sahaja. Umpamanya, ketua-ketua tempatan mula menggunakan gelaran-gelaran diraja pada diri sendiri. Seratus Aliran Fikiran falsafah Cina berbunga semasa zaman ini, termasuk gerakan-gerakan intelektual yang terpengaruh seperti Konfusianisme, Taoisme, Ultrakeundangan, dan Mohisme yang mengasaskan gerak balas terhadap dunia politik yang berubah-ubah. Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh ditandakan dengan perpecahan kuasa pusat Zhou, dengan China ketika itu terdiri daripada beratus-ratus negeri, dengan sebilangannya hanya sebesar desa dengan sebuah kubu.

Zaman Negara Berperang sunting

Selepas pengukuhan politik yang lanjut, tujuh buah negeri yang terutama tertinggal pada akhir abad ke-5 SM, dengan tahun-tahun yang negeri-negeri ini bertempur satu sama lain dikenali sebagai Zaman Negara Berperang. Walaupun terdapat raja Dinasti Zhou yang memerintah pada nama sahaja sehingga tahun 256 SM, baginda tidak memegang banyak kuasa yang benar. Semasa wilayah-wilayah yang berjiran dengan negeri-negeri berperang itu diilhakkan, umpamanya kawasan-kawasan di Sichuan dan Liaoning masa kini, kawasan-kawasan ini diperintah di bawah sebuah sistem pentadbiran kekomanderan dan prefektur tempatan yang baru. Sistem ini telah diamalkan sejak Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dan sebahagiannya masih dapat dilihat dalam sistem Sheng & Xian (provinsi dan kaunti) masa kini. Peluasan terakhir zaman ini bermula dengan pemerintahan Ying Zheng, raja Qin. Penyatuannya terhadap enam buah kuasa yang lain serta pengilhakan-pengilhakan lanjut di kawasan-kawasan Zhejiang, Fujian, Guangdong, dan Guangxi masa kini pada tahun 214 SM membolehkannya mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Pertama (Shi Huang Di). Baginda menggolongkan masyarakatnya menjadi tiga kelas, iaitu Raja, golongan bangsawan, dan golongan petani, untuk membantu mengawal kemaharajaannya.

Dinasti Qin: Permulaan Empayar China sunting

Ahli-ahli sejarah sering merujuk kepada tempoh dari Dinasti Qin sehingga keakhiran Dinasti Qing sebagai Empayar China. Walaupun pemerintahan Qin Shi Huang hanya berlangsung selama dua belas tahun, baginda dapat menaklukkan banyak kawasan yang kemudian menjadi teras tanah air orang Han dan menyatukan penduduk-penduduk kawasan tersebut di bawah sebuah kerajaan ultrakeundangan terpusat yang ketat yang berpusat di Xianyang (Xi'an masa kini). Doktrin ultrakeundangan yang memandu pemerintahan Qin menegaskan pematuhan yang tegas kepada sebuah kod undang-undang serta kuasa mutlak maharaja. Sedangkan falsafah ini amat berkesan untuk memperluas empayar dengan gaya ketenteraan, ia terbukti tidak berjaya untuk memerintah pada waktu aman. Qin menindas sebarang penentangan politik dengan kejam, termasuk peristiwa yang dikenali sebagai "Membakar karya klasik dan mengebumikan cendekiawan". Ini kemudian menjadi pencetus untuk Sintesis Han yang menggabungkan aliran-aliran fikiran tadbiran politik yang lebih sederhana.

Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Sumbangan-sumbangan utama Qin yang lain termasuk penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China selepas penderitaan Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh serta Zaman Negeri-negeri Berperang. Perkara-perkara yang paling asas seperti panjangnya gandar kereta kuda juga diseragamkan untuk memastikan sebuah sistem perdagangan yang berdaya di seluruh empayar. [5]

Dinasti Han: Zaman kemakmuran sunting

Dinasti Han muncul pada tahun 202 SM dan merupakan dinasti pertama untuk memeluk falsafah Konfusianisme yang kemudian menjadi asas ideologi kepada semua rejim sehingga keakhiran empayar China. Di bawah Dinasti Han, China mencapai kemajuan yang ketara dalam banyak bidang seni dan sains. Maharaja Wu (Han Wudi) mengukuhkan dan memperluas empayar China dengan mengundurkan puak Xiongnu (kekadang digolongkan dengan kaum Hun) masuk ke dalam steppe Mongolia Dalam masa kini, dan merampas kawasan-kawasan Gansu, Ningxia, dan Qinghai masa kini. Ini membolehkan pembukaan buat pertama kali hubungan-hubungan perdagangan antara China dengan Dunia Barat melalui Laluan Sutera.

Bagaimanapun, pemerolehan tanah-tanah oleh keluarga-keluarga elit beransur-ansur menyusutkan sumber cukai. Pada tahun 9 Masihi, perampas Wang Mang mengasaskan Dinasti Xin yang tidak dapat kekal lama dan memulakan rancangan-rancangan reformasi tanah yang meluas serta pembaharuan-pembaharuan eknonomi yang lain. Bagaimanapun, rancangan-rancangannya tidak pernah disokong oleh keluarga-keluarga pemilik tanah kerana perubahan-perubahan tersebut memihak kepada golongan petani dan ningrat yang bertaraf rendah. Ketakstabilan yang diakibatkannya akhirnya mencetuskan keadaan kelam-kabut dan pemberontakan.

Maharaja Guangwu kemudian memulihkan Dinasti Han di Luoyang yang terletak di timur Xi'an, dengan bantuan keluarga-keluarga pemilik tanah dan pedagang. Zaman baru itu diistilahkan sebagai Dinasti Han Timur. Bagaimanapun, kuasa Han merosot di tengah-tengah pemerolehan tanah, serangan, dan pertikaian antara puak-puak gundik dengan para sida-sida. Pemberontakan Serban Kuning tercetus pada tahun 184 dan memulakan zaman hulubalang. Dalam kerusuhan yang menyusul, tiga buah negeri cuba mencapai kekuasaan dalam apa yang dipanggil zaman Tiga Kemaharajaan. Zaman itu telah diolah secara romantik dalam karya-karya Cina seperti Kisah Tiga Kemaharajaan.

Zaman Jin sunting

Walaupun ketiga-tiga kumpulan disatukan buat sementara pada tahun 278 oleh Dinasti Jin, kelompok-kelompok etnik bukan bangsa Han (Wu Hu) mengawal kebanyakan kawasan negara pada awal abad ke-4 dan menimbulkan penghijrahan orang-orang Han secara besar-besaran ke selatan Sungai Yangtze. Pada tahun 303, kelompok etnik Di memberontak dan kemudian menawan Chengdu serta menubuhkan negeri Cheng Han. Di bawah Liu Yuan, puak Xiongnu memberontak berdekatan Kaunti Linfen masa kini dan menubuhkan negeri Han Zhao. Liu Cong, pewarisnya, menangkap dan menghukum mati dua orang maharaja Jin Barat yang terakhir.

Enam belas Kemaharajaan merupakan sekumpulan dinasti bukan Cina yang tidak dapat kekal lama yang mula memerintah seluruh atau sebahagian China utara sejak tahun 303. Banyak kelompok etnik terlibat, termasuk leluhur-leluhur Turki, Mongol, dan Tibet. Kebanyakan kaum-kaum nomad yang kecil itu telah dipercinakan pada setakatnya jauh lebih lama sebelum kebangkitan mereka untuk berkuasa. Sebenarnya, sebilangan mereka, khususnya puak Ch'iang dan puak Xiong-nu, telah dibenarkan menghuni di kawasan-kawasan sempadan di dalam kawasan Tembok Besar sejak zaman Akhir Dinasti Han lagi.

Dinasti-dinasti Selatan dan Utara sunting

Zaman ini merupakan tempoh perpecahan besar dan perang-perang tidak henti-henti.

Dinasti Sui: Penyatuan semula sunting

Dinasti Sui yang berjaya menyatukan negara China pada tahun 589 selepas hampir empat abad perpecahan politik (ketika bahagian utara dan bahagian selatan berkembang secara berasingan) memainkan peranan yang lebih penting daripada apa yang tempoh kewujudannya membayangkan. Dengan cara yang sama dengan raja-raja Dinasti Qin yang menyatukan China pada abad ke-3 SM selepas Zaman Negeri-negeri Berperang, Dinasti Sui menyatukan China semula dan memulakan banyak institusi yang kemudian diterimaguna oleh pewaris-pewarisnya seperti Dinasti Tang. Bagaimanapun, serupa dengan Dinasti Qin, sumber-sumber Dinasti Sui tidak dapat membiayai usaha-usaha mereka dan akhirnya mengakibatkan kejatuhannya. Dan seperti dengan kes Dinasti Qin, sejarah tradisional tidak memberikan pertimbangan yang adil kepada Dinasti Sui apabila ia menegaskan kekerasan rejim Sui serta megalomania maharaja keduanya, dan hampir mengetepikan sebarang penghargaan untuk banyak pencapaiannya yang positif.

Dinasti Tang: Pemulihan kemakmuran sunting

 
Kuda porselin glis tiga warna Dinasti Tang Cina (k.k. 700 Masihi.)

Pada 18 Jun 618, Gaozu naik takhta dan Dinasti Tang yang diasaskan memulakan zaman kemakmuran yang baru serta inovasi-inovasi dalam bidang seni dan teknologi. Agama Buddha yang beransur-ansur bertapak di China sejak dari abad ke-1 menjadi agama utama dan dianuti oleh keluarga diraja serta banyak orang biasa.

Chang'an (Xi'an masa kini), ibu negaranya, dipercayai merupakan ibu kota yang terbesar di dunia ketika itu. Dinasti Tang dan Dinasti Han sering dirujuk sebagai zaman yang paling makmur dalam sejarah Cina. Seperti dengan Dinasti Han, Dinasti Tang mengekalkan laluan-laluan perdagangan ke barat dan selatan yang menyebabkan perdagangan yang meluas dengan negara-negara asing yang jauh, dengan banyak pedagang asing menetap di China,

Sejak dari sekitar tahun 860, Dinasti Tang mula merosot, akibat satu siri pemberontakan di dalam China sendiri, serta di Kemaharajaan Nanzhao yang dahulu ditaklukkan di selatan. Huang Chao, salah seorang hulubalang, menawan Guangzhou pada tahun 879 dan membunuh kebanyakan daripada 200,000 penghuninya serta sebahagian besar koloni keluarga pedagang asing yang besar di sana. Pada lewat tahun 880, Luoyang menyerah kalah dan pada 5 Januari 881, Huang Chao menaklukkan Changan. Maharaja Xizong melarikan diri ke Chengdu, dan Huang mengasaskan sebuah rejim baru yang tidak lama kemudian dimusnahkan oleh tentera Tang. Bagaimanapun, lagi sebuah tempoh huru-hara politik menyusul.

Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan sunting

Tempoh perpecahan politik antara Dinasti Tang dengan Dinasti Song yang dikenali sebagai Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Kemaharajaan berlangsung selama sedikit melebihi setengah abad dari tahun 907 sehingga tahun 960. Pada zaman yang singkat itu ketika China merupakan sebuah sistem berbilang negeri dari apa jua segi, lima buah rejim berturut-turut menguasai kawasan tengah empayar lama di China utara dengan cepat. Pada masa yang sama, sepuluh buah rejim yang lebih stabil menduduki bahagian-bahagian China di selatan dan barat dan oleh itu, zaman itu juga dirujuk sebagai "Zaman Sepuluh Kemaharajaan".

Pembahagian politik: Liao, Song, Xia Barat, Jin, Mongol sunting

Pada tahun 960, Dinasti Song ((960-1279) bangkit untuk berkuasa di kebanyakan bahagian China dengan ibu kotanya di Kaifeng, dan memulakan suatu tempoh kemakmuran ekonomi, manakala Dinasti Liao Khitan memerintah Manchuria dan Mongolia timur. Pada tahun 1115, Dinasti Jin (1115-1234) Jurchen bangkit dan memusnahkan Dinasti Liao dalam tempoh sepuluh tahun, dan hampir mengambil alih China utara dan Kaifeng daripada Dinasti Song yang memindahkan ibu kotanya ke Hangzhou. Dinasti Song Selatan juga menderita keaiban apabila dipaksa untuk mengakui Dinasti Jin sebagai dipertuan rasminya. Pada tahun-tahun yang menyusul, China dibahagikan antara Dinasti Song, Dinasti Jin, dan Xia Barat Tangut. Song Selatan mengalami satu tempoh perkembangan teknologi yang ketara yang dapat dijelaskan sebahagiannya oleh tekanan ketenteraan yang dirasainya dari utara.

Mongol dan Dinasti Yuan sunting

Empayar Jin ditewaskan oleh tentera Mongol yang kemudian mara untuk menewaskan Song selatan dalam sebuah perang yang berpanjangan dan berdarah. Perang ini merupakan perang pertama yang senjata api memainkan peranan yang penting. Pada tahun-tahun selepas peperangan tersebut yang kemudian dikenali sebagai Pax Mongolica, pengembara-pengembara Barat seperti Marco Polo membuat perjalanan sehingga ke China dan membawa balik laporan-laporan pertama tentang keajaibannya ke Eropah. Di China, orang-orang Mongol dibahagikan kepada mereka yang hendak mengekalkan diri di steppe dan mereka yang ingin mengamalkan adat resam bangsa Han.

Kublai Khan, cucu Genghis Khan, hendak mengamalkan adat resam bangsa Han dan mengasaskan Dinasti Yuan. Dinastinya merupakan dinasti pertama yang memerintah seluruh China dari Beijing sebagai ibu kotanya. Sebelum itu, Beijing ialah ibu kota Dinasti Jin yang tidak memerintah seluruh China. Beijing telah diserahkan kepada Dinasti Liao pada tahun 938, bersama-sama 16 buah prefektur Yan Yun.

Dinasti Ming: Kebangkitan semula pemerintahan bangsa Han sunting

(1368-1644)

Terdapat sentimen yang bergelora di kalangan penduduk-penduduk terhadap pemerintahan "orang asing" (dikenali sebagai Dázi) yang akhirnya mencetuskan pemberontakan-pemberontakan petani. Orang-orang Mongol diundurkan ke steppe dan digantikan dengan Dinasti Ming pada tahun 1368.

Semasa pemerintahan Mongol, jumlah penduduk telah menyusut sebanyak 40 peratus sehingga lebih kurang 60 juta orang. Dua abad kemudian, jumlah ini bertambah sekali ganda. Pembandaran meningkat apabila jumlah penduduk bertambah dan ketika pembahagian kerja menjadi lebih rumit. Pusat-pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing juga menyumbangkan kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri-industri skala kecil muncul dan seringnya mengkhususkan dalam pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas, dan porselin. Banyak pusat bandar yang agak kecil dengan pasar-pasar sendiri muncul di seluruh negara. Pasar-pasar bandar khususnya menjual makanan dan sebilangan barang kegunaan rumah seperti jarum peniti serta minyak masak.

Walaupun terdapat xenofobia (gerun orang asing) dan kaji diri intelektual yang mencirikan aliran fikiran neo-Konfusianisme baru yang semakin popular, China di bawah Dinasti Ming awal tidak terpencil. Perdagangan luar negeri dan hubungan-hubungan dengan bahagian-bahagian lain di dunia, khususnya dengan Jepun, bertambah dengan ketara. Pedagang-pedagang Cina menjelajah kesemua Lautan Hindi, dan tiba di Afrika Timur dengan pelayaran-pelayaran Zheng He (nama asalnya Ma Sanbao).

Zhu Yuanzhang atau (Hong-wu), pengasas Dinasti Ming, menyediakan asas untuk sebuah negara yang kurang minat akan perdagangan tetapi lebih berminat untuk memungut hasil daripada sektor pertanian. Mungkin kerana latar belakang maharaja ini yang merupakan seorang petani, sistem ekonomi Dinasti Ming menekankan pertanian, bertentangan dengan Dinasti Song dan Dinasti Mongol yang bergantung kepada pedagang-pedagang untuk hasilnya. Pemilikan tanah neo-feudal pada zaman dinasti-dinasti Song dan Mongol diekspropriasi oleh raja-raja Ming. Ladang-ladang besar dirampas oleh kerajaan dan dibahagikan untuk disewa. Pengabdian peribadi diharamkan. Oleh itu, selepas kemangkatan Maharaja Yong-le, terdapat lebih banyak petani yang memiliki tanah sendiri dalam pertanian Cina. Undang-undang tersebut mungkin membuka jalan untuk menghapuskan kemiskinan yang paling teruk semasa rejim-rejim terdahulu. Undang-undang yang menyekat pedagang-pedagang dan tukang-tukang dipeliharakan seperti di bawah Dinasti Song, tetapi saki baki kelas pedagang asing kini dibawa ke bawah undang-undang Ming yang baru. Dengan itu, pengaruh mereka merosot dengan pantas.

 
Hubungan asing Empayar Ming pada dekad 1580-an (ditunjukkan dengan warna biru )

Dinasti Ming mempunyai sebuah kerajaan pusat yang kukuh serta rumit yang menyatukan dan menguasai seluruh empayar. Peranan maharaja menjadi lebih autokratik, walaupun Zhu Yuanzhang masih meneruskan penggunaan apa yang digelar "Setiausaha-setiausaha Agung" untuk membantunya dalam kerja-kerja kertas birokrasi, seperti rayuan dan cadangan kepada maharaja, edik empayar sebagai balasan, berbagai-bagai laporan, serta rekod-rekod cukai. Adalah birokrasi yang sama ini yang kemudian menghalang kerajaan Ming daripada keupayaan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan-perubahan dalam masyarakat, dan akhirnya mengakibatkan kejatuhan Dinasti Ming.

Maharaja Yong-le cukup aktif dalam percubaannya untuk memperluas pengaruh China di luar sempadannya dengan menuntut ufti daripada raja-raja yang lain. Sebuah angkatan tentera yang besar ditubuhkan, dengan kapal-kapal empat tiang yang beratnya 1,500 tan dibina. Sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada sejuta orang askar tetap (sebilangan anggaran menetapkan bilangan ini sebagai 1.9 juta orang) ditubuh. Angkatan-angkatan tentera darat China menaklukkan Annam, manakala armada Cina belayar di laut-laut China serta Lautan Hindi sehingga pantai timur Afrika dan memperoleh pengaruh terhadap Turkestan. Banyak negara lautan Asia menghantar ufti kepada maharaja Cina. Di dalam negeri, Terusan Agung diperbesar dan terbukti menjadi perangsang untuk perdagangan dalam negeri. Melebihi 100,000 tan besi dikeluarkan setiap tahun. Banyak buku dicetak dengan menggunakan movable type. Istana empayar di Kota Larangan Beijing mencapai keindahan kini. Zaman Dinasti Ming kelihatan merupakan zaman China yang paling makmur. Adalah semasa abad-abad ini bahawa potensi China selatan dieksploitasi sepenuhnya. Tanaman-tanaman baru ditanam secara meluas, dan industri-industri seperti pengeluaran porselin dan tekstil berkembang maju.

Dinasti Ming juga merupakan dinasti terakhir yang mengerjakan Tembok Besar China. Sedangkan tembok itu dibina pada masa-masa awal, kebanyakannya yang dilihat pada hari ini dibina atau diperbaiki oleh Dinasti Ming. Kerja-kerja bata dan granit diperbesar, dan menara-menara pengawal direka bentuk semula, dengan meriam-meriam ditempatkan pada sepanjang tembok tersebut.

Dinasti Qing sunting

Dinasti Qing (16441911) diasaskan selepas penewasan Dinasti Ming, dinasti bangsa Han yang terakhir, oleh tentera Manchu. Kaum Manchu yang dahulunya dikenali sebagai Jurchen menyerang dari utara pada lewat abad ke-17. Walaupun mereka bermula sebagai penakluk asing, mereka dengan pantasnya mengamalkan norma-norma kerajaan Cina tradisional yang mendasarkan Konfusianisme dan akhirnya memerintah dengan gaya dinasti-dinasti asli.

Dinasti Manchu menguatkuasakan 'perintah tocang' yang memaksa semua orang Han untuk mengamalkan tocang Manchu serta memakai pakaian gaya mereka. Masyarakat Manchu mempunyai gaya rambut yang istimewa. Mereka menggunting semua rambut di bahagian depan kepala dan menjadikan rambut di bahagian belakang kepala sebagai tocang yang panjang. Pakaian Cina tradisional, atau Hanfu, juga digantikan dengan pakaian gaya Manchu. Qipao (pakaian askar panji-panji) dan Tangzhuang yang biasanya dianggap sebagai pakaian tradisional Cina pada hari ini sebenarnya merupakan pakaian gaya Manchu. Hukuman ke atas sesiapa yang tidak mematuhi undang-undang itu ialah hukuman mati.

Maharaja Kangxi menitahkan penciptaan sebuah kamus askara Cina yang paling lengkap ketika itu. Di bawah Maharaja Qianlong, penyusunan sebuah katalog tentang karya-karya kebudayaan Cina dilakukan.

Dinasti Manchu memulakan sistem "Lapan Panji-panji" sebagai suatu percubaan untuk mengelakkan asimilasi ke dalam masyarakat Cina. "Lapan Panji-panji" itu merupakan institusi-institusi tentera yang ditubuhkan untuk memberikan sebuah struktur yang para "askar panji-panji" dapat mengaitkan diri. Keahlian kepada panji-panji tersebut berdasarkan kemahiran Manchu dalam bidang-bidang seperti memanah dan menunggang kuda, serta kehematan. Selain itu, mereka juga digalakkan menggunakan bahasa Manchu, berbanding dengan bahasa Cina. Para askar panji-panji diberikan hak istimewa ekonomi dan undang-undang di kota-kota Cina.

Pada separuh abad yang kemudian, kaum Manchu mengukuhkan kuasanya di sebilangan kawasan yang pada asalnya dikuasai oleh Dinasti Ming, termasuk Yunnan. Mereka juga memperluas lingkungan pengaruhnya ke atas Xinjiang, Tibet, dan Mongolia.

Semasa abad ke-19, kuasa Qing merosot. China mengalami persengketaan sosial secara besar-besaran, ekonomi yang tidak berkembang, serta penembusan dan pengaruh Barat. Keinginan Britain untuk meneruskan perdagangan candu dengan China bercanggah dengan edik-edik empayar yang mengharamkan dadah yang menagihkan itu, dan Perang Candu Pertama tercetus pada tahun 1840. Britain dan kuasa-kuasa Barat, termasuk Amerika Syarikat, kemudian menduduki "konsesi" secara paksaan dan memperoleh hak istimewa perdagangan. Hong Kong diserahkan kepada Britain pada tahun 1842 di bawah Perjanjian Nanking. Selain itu, Pemberontakan Taiping (18511864) dan pemberontakan Boxer (1900) berlaku pada abad itu. Dari banyak segi, pemberontakan-pemberontakan dan perjanjian-perjanjian yang Dinasti Qing dipaksa mengikat dengan kuasa-kuasa imperialis merupakan gejala-gejala ketakupayaan kerajaan China untuk membalas dengan sempurna kepada keadaan-keadan yang mencabar China pada abad ke-19.

Zaman Moden sunting

Kedua-dua Perang Candu yang tersebut di atas serta perdagangan candu membawa akibat yang amat merugikan kepada dinasti Qing dan penduduk-penduduk Cina. Perbendaharaan empayar Qing dua kali diisytiharkan muflis, akibat pembayaran ganti rugi yang dikenakan kerana perang-perang candu, serta aliran keluar logam perak yang banyak, akibat perdagangan candu (pada tahap berpuluh-puluh bilion auns). China mengalami dua kebuluran yang paling teruk tepat dua puluh tahun selepas setiap perang candu pada dekad 1860-an dan dekad 1880-an, dengan kerajaan Qing tidak berupaya untuk membantu penduduknya. Dari segi sosial, peristiwa-peristiwa ini mempunyai kesan yang besar kerana ia mencabar hegemoni yang dinikmati oleh orang-orang Cina di Asia selama berabad-abad. Oleh itu, negara China di dalam keadaan huru-hara.

Pemberontakan Taiping, sebuah pemberontakan yang besar, membabitkan sekitar satu pertiga kawasan China yang dikuasai oleh Taiping Tianguo, gerakan agama kuasi-Kristian yang diketuai oleh Hong Xiuquan, "Raja dari Syurga". Hanya selepas empat belas tahun bahawa pemberontakan Taiping akhirnya dihancurkan ketika angkatan tentera Taiping dimusnahkan dalam Pertempuran Ketiga Nanking pada tahun 1864. Pada keseluruhannya, antara 20 - 50 juta orang dikorbankan, dan menyebabkan perang ini merupakan perang yang kedua paling mengorbankan nyawa dalam sejarah manusia.

Pegawai-pegawai Qing lambat menerima kemodenan dan berasa sangsi terhadap kemajuan-kemajuan sosial dan teknologi yang diperlihatkan mereka sebagai satu ancaman terhadap penguasaan mutlak mereka ke atas China. Sebagai contoh, serbuk letupan yang telah digunakan secara meluas oleh tentera-tentera Dinasti Song dan Dinasti Ming diharamkan oleh raja-raja Qing selepas mereka mengambil alih China. Oleh itu, Dinasti Qing tidak berupaya menangani pemasukan negara-negara Barat. Kuasa-kuasa barat ada masuk tangan secara ketenteraan untuk mengatasi keadaan huru-hara, seperti Pemberontakan Taiping serta Pemberontakan Petinju anti-imperialis. Jeneral Gordon, yang kemudian dibunuh dalam pengepungan Khartoum, Sudan, sering diberikan penghargaan kerana menyelamatkan Dinasti Qing daripada pemberontakan Taiping.

Menjelang dekad 1880-an, Dinasti Qing berjaya mematahkan pemberontakan Taiping pada kos dan pengorbanan nyawa yang amat tinggi. Ini menjejaskan kebolehpercayaan rejim Qing dan dianjurkan oleh para ketua dan ningrat provinsi tempatan, menyumbangkan kepada kebangkitan hulubalang-hulubalang di China. Dinasti Qing di bawah Maharaja Guangxu bermula untuk menangani masalah kemodenan melalui Gerakan Pengukuhan Diri. Bagaimanapun, antara tahun 1898 dan tahun 1908, Maharani Balu Cixi mempenjarakan reformis Guangxu atas tuduhan 'ketakupayaan mental'. Dengan bantuan puak konservatif, Cixi memulakan sebuah rampasan kuasa ketenteraan dan secara berkesan menghapuskan kuasa Maharaja yang muda, serta memulihkan kebanyakan reformasi yang lebih radikal. Maharaja tersebut mangkat sehari sebelum kematian Maharani Balu (sesetengah orang mempercayai bahawa Guangxu diracuni oleh Cixi). Amalan rasuah oleh para pegawai, kesinisan, serta pergaduhan-pergaduhan keluarga diraja mengakibatkan kebanyakan reformasi ketenteraan tidak berguna. Oleh itu, "Tentera Baru" kerajaan Qing ditewaskan dengan teruk dalam Perang China-Perancis (1883-1885) dan Perang China-Jepun (1894-1895).

Pada permulaan abad ke-20, Pemberontak Petinju mengancam China utara. Para pemberontak merupakan gerakan anti-imperialis konservatif yang cuba memulihkan China kepada cara-cara lama. Maharani Balu yang mungkin cuba memastikan pemegangan kuasanya, menyebelahi pihak petinju ketika mereka mara ke Beijing. Sebagai gerak balas, Perikatan Lapan Negara menyerang China. Perikatan itu yang terdiri daripada tentera British, Jepun, Rusia, Itali, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dan Austria, menewaskan petinju-petinju dan menuntut lebih banyak konsesi daripada kerajaan Qing.

Republik China sunting

Dikecewakan oleh tentangan istana Qing terhadap pembaharuan serta kelemahan China, para pegawai muda, pegawai tentera, dan pelajar — diilhami oleh gagasan-gagasan revolusi Sun Yat-sen — mula menyokong penggulingan Dinasti Qing serta penciptaan sebuah republik. Sebuah pemberontakan tentera, Pemberontakan Wuchang, dimulakan pada 10 Oktober 1911 di Wuhan. Kerajaan sementara Republik China dibentuk di Nanjing pada 12 Mac 1912, dengan Sun Yat-sen sebagai Presiden, tetapi beliau terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Yuan Shikai, ketua Tentera Baru serta Perdana Menteri kerajaan Qing, sebagai sebahagian perjanjian untuk menyebabkan penurunan takhta raja Qing yang terakhir (satu keputusan yang Sun kemudian berasa kecewa). Pada tahun-tahun berikut, Yuan Shikai membubarkan dewan-dewan perundangan negara serta provinsi dan pada tahun 1915, mengisytiharkan diri sebagai maharaja. Cita-cita empayar Yuan ditentang dengan garang oleh orang-orang bawahannya dan selepas menghadapi prospek pemberontakan, Yuan turun takhta dan meninggal dunia tidak lama kemudian pada tahun 1916. Kematiannya mengakibatkan kekosongan pucuk pimpinan dalam kerajaan republik dan membawa satu zaman "hulubalang" ketika China diperintah oleh kerajaan campuran yang terdiri daripada ketua-ketua tentera provinsi yang berubah-ubah.

Satu peristiwa pada tahun 1919 yang tidak dikesan oleh negara-negara lain di seluruh dunia ialah penubuhan Gerakan 4 Mei yang membawa akibat jangka panjang kepada sejarah Cina pada sepanjang abad ke-20 yang tinggal. Gerakan ini bermula sebagai satu gerak balas terhadap keaiban yang dikenakan ke atas China oleh Persetiaan Versailles yang mengakhiri Perang Dunia I, tetapi kemudian menjadi sebuah gerakan bantahan terhadap keadaan di dalam negeri China. Kesangsian terhadap falsafah Barat yang liberal di kalangan intelektual Cina disusuli oleh penerimaan aliran fikiran yang lebih radikal. Ini pula menyemai bibit-bibit pertikaian yang tidak dapat diselesaikan antara sayap kiri dengan sayap kanan di China yang menguasai seluruh sejarah Cina pada baki abad itu.

Pada dekad 1920-an, Sun Yat-Sen mengasaskan sebuah pangkalan revolusi di China selatan, dan bermula untuk menyatukan sebuah negara yang berpecah-belah. Dengan bantuan Soviet, beliau menyertai sebuah perikatan dengan Parti Komunis China (CPC) yang baru. Selepas kematian Sun pada tahun 1925, akibat penyakit barah, Chiang Kai-shek, salah satu anak didik Sun, merampas kuasa Kuomintang (KMT; bahasa Cina untuk "Parti Nasionalis") dan berjaya menguasai kebanyakan kawasan selatan dan tengah China di bawah sebuah kempen ketenteraan yang dikenali sebagai Ekspedisi Utara. Selepas menewaskan hulubalang-hulubalang di China selatan dan tengah, Chiang dapat memperoleh kesetiaan daripada para hulubalang di utara, walaupun pada nama sahaja. Pada tahun 1927, Chiang memusuhi CPC dan mengejar angkatan tentera CPC serta ketua-ketuanya tanpa belas kasihan dari pangkalan-pangkalan mereka di China selatan dan timur. Pada tahun 1934, selepas dihalau dari pangkalan-pangkalan gunung mereka yang termasuk Republik Soviet Cina, angkatan tentera CPC memulakan Perarakan Panjang dan merentasi kawasan-kawasan China yang terpencil ke arah barat laut. Akhirnya, mereka mengasaskan sebuah pangkalan gerila di Yan'an di Provinsi Shanxi.

Semasa Perarakan Panjang, para ahli komunis disusun semula di bawah sebuah ketua baru, Mao Zedong (Mao Tse-tung). Perjuangan yang getir antara KMT dan CPC berterusan, baik secara terbuka mahupun secara sulit, pada sepanjang tempoh serangan Jepun yang berlangsung selama 14 tahun (1931-1945). Walaupun kedua-dua pihak membentuk barisan bersatu untuk menentang penyerang-penyerang Jepun pada tahun 1937 semasa bahagian Perang China-Jepun (1937-1945) dalam Perang Dunia II, barisan itu merupakan barisan pada nama sahaja. Perang antara kedua-dua pihak itu disambung semula selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945. Bagaimanapun menjelang 1949, CPC telah menguasai kebanyakan negara China (sila lihat: Perang Saudara Cina).

Chiang Kai-shek melarikan diri dengan saki-baki kerajaannya ke Taiwan pada tahun 1949, dan Parti Nasionalisnya menguasai pulau tersebut serta beberapa pulau yang berjiran sehingga pilihan raya demokrasi diadakan pada lewat dekad 1990-an. Sejak dari masa itu, status politik Taiwan sentiasa dipertikaikan.

Masa kini sunting

Dengan perisytiharan Republik Rakyat China (PRC) pada 1 Oktober 1949, China dibahagikan semula kepada Republik Rakyat China di tanah besar dan Republik China (ROC) di Taiwan serta Fujian yang merupakan beberapa buah pulau terpencil. Kedua-dua kerajaan itu menganggap diri sebagai kerajaan sebenar China dan mengecam satu sama lain sebagai kerajaan haram. Sejak dekad 1990-an, ROC telah mendesak untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa, manakala Republik Rakyat China menentang bersungguh-sungguh terhadap sebarang penglibatan negara-negara asing, dan mendesak bahawa segala hubungan luar negeri tidak menyimpang daripada dasar Satu China.

Lihat juga: Republik Rakyat China dan Status politik Taiwan.

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ "Pentarikhan magnetostratigraf untuk manusia-manusia terawal di China", Rixiang Zhua, Zhisheng Anb, Richard Pottsc, Kenneth A. Hoffman, 9 Oktober 2002.
  2. ^ "Penemuan tembikar awal di China" Diarkibkan 2007-06-14 di Wayback Machine oleh Zhang Chi, Jabatan Arkeologi, Universiti Peking, China
  3. ^ China Zaman Gangsa di [http://www.nga.gov/ Galeri Seni Negara
  4. ^ Skrip-skrip yang ditemui pada tembikar Erlitou (ditulis dalam tulisan Cina Mudah)
  5. ^ Book "QINSHIHUANG"

Rujukan sunting

Daripada pemburu-pengumpul kepada petani
  • "Pentarikhan magnetostratigrafi tentang manusia-manusia awal di China", oleh Rixiang zhu, Zhisheng An, Richard Potts, Kenneth A. Hoffman. [1]
  • "Penemuan Tembikar Awal di China", oleh Zhang Chi, Pusat Pengajian Arkeologi, Universiti Peking, China. [2] Diarkibkan 2007-06-14 di Wayback Machine
Prasejarah
  • "Discovery of residue from fermented beverage consumed up to 9,000 years ago in Jiahu, Henan Province, China", oleh Dr. Patrick E McGovern, ahli arkeokimia Universiti Pennsylvania, serta rakan-rakannya dari China, Great Britain, dan Jerman.
Dinasti Xia
  • David S. Nivison (1993). "Chu shu chi nien, Early Chinese Texts: A bibliographical guide (editor: Loewe M.) m.s. 39–47. Berkeley: Persatuan untuk Pengkajian China Awal.
  • James Legge (1865). "The Chinese Classics III: The Shoo King Prolegomena" (mengandungi terjemahan Catatan Tahunan Buluh dalam bahasa Inggeris). Taipei: Pusat Bahan-bahan Selatan.
Dinasti Shang
  • Stephen W. Durrant (1995). "The Cloudy Mirror: Tension and Conflict in the Writings of Sima Qian". Albany : Percetakan Universiti Negeri New York.
Dinasti Han
  • de Crespigny, Rafe. 1977. "The Ch'iang Barbarians and the Empire of Han: A Study in Frontier Policy". Kertas kerja mengenai Sejarah Timur Jauh, 16, Universiti Nasional Australia, Canberra.
  • de Crespigny, Rafe. 1984. "Northern Frontier. The Policies and Strategies of the Later Han Empire". Rafe de Crespigny. 1984. Pusat Pengajian Kajian Asia, Universiti Nasional Australia, Canberra.
  • de Crespigny, Rafe. 1989. "South China under the Later Han Dynasty" (Bab Satu daripada "Generals of the South: The Foundation and early history of the Three Kingdoms state of Wu", oleh Rafe de Crespigny dalam Monograf Kajian Asia, Siri Baru No. 16 Pusat Pengajian Kajian Asia, Universiti Nasional Australia, Canberra 1989). [3] Diarkibkan 2006-08-28 di Wayback Machine
  • de Crespigny, Rafe. 1996. "Later Han Military Administration: An Outline of the Military Administration of the Later Han Empire". Rafe de Crespigny. Berdasarkan Pengenalan Maharaja Huan dan Maharaja Ling yang merupakan babab Han Lewat antara tahun 189 dan 220, sebagaimana yang dicatat dalam Bab 59 - 69 di Zizhi tongjian yang ditulis oleh Sima Guang, dan diterjemahkan serta dianotasi oleh Rafe de Crespigny; pada asalnya diterbitkan oleh Monograf Kajian Asia, Siri Baru No. 21, Pusat Pengajian Kajian Asia, Universiti Nasional Australia, Canberra 1996. [4] Diarkibkan 2011-05-28 di Wayback Machine
  • Dubs, Homer H. 1938. "The History of the Former Han Dynasty by Pan Ku". Jilid Pertama. Baltimore. Percetakan Waverly, Inc.
  • Dubs, Homer H. 1944. "The History of the Former Han Dynasty by Pan Ku". Jilid Kedua. Baltimore. Percetakan Waverly, Inc.
  • Dubs, Homer H. 1955. "The History of the Former Han Dynasty by Pan Ku". Jilid Ketiga. Ithaca, New York. Perkhidmatan Bahasa Tuturan, Inc.
  • Hill, John E. 2004. "Kawasan-kawasan Barat menurut Hou Hanshu". Draf terjemahan bahasa Inggeris yang beranotasi. [5]
  • Hill, John E. 2004. "The Peoples of the West from the Weilue by Yu Huan: A Third Century Chinese Account Composed between AD 239 and 265". Draf terjemahan bahasa Inggeris yang beranotasi. [6]
  • Hirth, Friedrich. 1875. "China and the Roman Orient". Shanghai dan Hong Kong. Cetakan semula. Penerbitan Ares, Chicago, 1975.
  • Hulsewé, A. F. P. dan Loewe, M. A. N. 1979. "China in Central Asia: The Early Stage 125 BC – AD 23: An annotated translation of chapters 61 and 96 of the History of the Former Han Dynasty". Leiden: E. J. Brill.
  • Twitchett, Denis and Loewe, Michael, edisi 1986. "The Cambridge History of China. Volume I. The Ch’in and Han Empires, 221 BC – AD 220". Percetakan Universiti Cambridge.
Jin, Enam Belas Kemaharajaan, dan Dinasti-dinasti Utara dan Selatan
  • de Crespigny, Rafe. 1991. "The Three Kingdoms and Western Jin: A History of China in the Third Century AD. East Asian History", No. 1 [Jun 1991], m.s. 1-36, & No. 2 [Disember 1991], m.s. 143-164. Universiti Nasional Australia, Canberra. [7]
  • Miller, Andrew. 1959. "Accounts of Western Nations in the History of the Northern Chou Dynasty". Percetakan Universiti California.
Dinasti Sui
Dinasti Tang
  • Benn, Charles. 2002. "China's Golden Age: Everyday Life in the Tang Dynasty". Percetakan Universiti Oxford. ISBN 0-19-517665-0.
  • Pelliot, Paul. 1904. "Deux itinéraires de Chine en Inde à la fin du VIIIe siècle". BEFEO 4 (1904), m.s. 131-413.
  • Schafer, Edward H. 1963. "The Golden Peaches of Samarkand: A study of T’ang Exotics". Percetakan Universiti California. Berkeley dan Los Angeles. Edisi kulit lembut yang pertama. 1985. ISBN 0-520-05462-8.
  • Schafer, Edward H. 1967. "The Vermilion Bird: T’ang Images of the South". Percetakan Universiti California, Berkeley dan Los Angeles. Cetakan semula 1985. ISBN 0-520-05462-8.
  • Shaffer, Lynda Norene. 1996. "Maritime Southeast Asia to 1500". Armonk, New York, M.E. Sharpe, Inc. ISBN 1-56324-144-7.
  • Wang, Zhenping. 1991. "T'ang Maritime Trade Administration". Wang Zhenping. Asia Major, Siri Ketiga, Jilid. IV, 1991, m.s. 7-38.
Dinasti Song, Liao, dan Jin
  • Shiba, Yoshinobu. 1970. "Commerce and Society in Sung China". Pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Jepun sebagai "So-dai sho-gyo--shi kenkyu-". Tokyo, Kazama shobo-, 1968. Yoshinobu Shiba. Terjemahan oleh Mark Elvin, Pusat untuk Kajian Cina, Universiti Michigan.
Dinasti Ming
  • Duyvendak, J.J.L. "China’s Discovery of Africa" (London: Probsthain, 1949)
  • Sung, Ying-hsing. 1637. T’ien kung k’ai wu. Diterbitkan sebagai "Chinese Technology in the seventeenth century". Diterjemahkan dan dianotasi oleh E-tu Zen Sun dan Shiou-chuan Sun. 1996. Mineola. New York. Penerbitan Dover.

Bacaan tambahan sunting

Pautan luar sunting