Asal kaum Arawak atau Taino ialah dari Amerika Selatan yang menduduki pulau Jamaika antara 4000 dan 1000 SM. Ada sejarawan berkata mereka datang ke sini bersama dengan penjelajah Eropah.

Jamaika dituntut oleh Sepanyol sebagai tanah jajahannya selepas Christopher Columbus mendarat pada 1494. Columbus telah menggunakan sebahagian Jamaika sebagai ladang milik keluarganya. Laksamana British bernama William Penn telah menawan pulau Jamaika pada 1655. Selepas itu, Jamaika terkenal dengan pengeluaran gula tebu selama 200 tahun. Dari 1820 - 1824, 77,000 tan gula tebu telah dikeluarkan setiap tahun. Peladang tebu British menggunakan hamba Afrika sebagai buruh paksa. Selepas sistem hamba dihapuskan, British telah membawa buruh ladang dari China dan India kerana lebih murah. Mereka kini kekal sebagai penduduk dan rakyat negara Jamaika.

Abad ke-19, revolusi menentang sistem perhambaan telah diadakan di merata dunia. Mulai 1834 sistem perhambaan ditamatkan secara beransur-ansur dan secara rasmi pada 1838.

Mulai 1800-an, beberapa taman botani telah ditubuhkan bagi memelihara spesies flora dan fauna tropika. Ini termasuklah Taman Botani Castleton pada 1862. Sebelum itu telah dibina 'Taman Botani Bath' yang diasaskan oleh Kapten William Bligh yang begitu berminat dengan flora dan fauna di Jamaika pada 1770-an. Seterusnya ditubuhkan Ladang Cinchona pada 1868 dan Taman Botani Hope pada 1874. Chinchona digunakan oleh penduduk tempatan bagi rawatan penyakit yang sangat mujarab.

1945, Sir Horace Hector Hearne menjadi Ketua Hakim dan Penyimpan rekod di Jamaika. Seterusnya menjadi Majistret di Kingston antara tahun 1945-1951. Selepas itu beliau menjadi ketua hakim di Kenya, Afrika.

Jamaika secara perlahan-lahan berjuang menuntut kemerdekaan dari Empayar British. Pada 1958, Jamaika menjadi wilayah Persekutuan India Barat. Seterusnya Jamaika mendapat kemerdekaan penuh pada 1962.