Sejarah Liverpool F.C.

rencana senarai Wikimedia

#YNWA! sunting

Penubuhan Liverpool F.C. sunting

Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.

Nama pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.

Kemasukan ke Liga Inggeris sunting

Permohonan Liverpool untuk menyertai Liga Bola Sepak Inggeris ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire, dan menang permainan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali kedua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas itu, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola sepak Inggeris.

McVean juga menjaring gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga apabila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar warna jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan Liga mereka yang pertama, pencapaian itu dapat diulangi dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Perlawanan itu adalah perlawanan kali terakhir diadakan di Crystal Palace, dan dihadiri oleh King George V.

Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut, dengan pasukan yang diketuai Ephraim Longworth. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947. Liverpool juga menjadi naib juara Piala F.A. tahun 1950.

Zaman Gemilang Di Bawah Pengurusan Bill Shankly sunting

 
Bill Shankly Seorang Lagenda di Liverpool FC

Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun berikutnya, Bill Shankly membawa Liverpool menjadi salah satu pasukan paling ternama di Eropah. Dalam tahun pertama pengurusannya, beliau membuang 24 orang pemain. Beliau membeli Ian St. John dan Ron Yeats dari Scotland selepas mendapatkan striker Roger Hunt, pemain sayap Ian Callaghan dan pemain pertahanan Gerry Byrne.

Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dengan jurang 8 mata dan dinaikkan bertanding dalam Divisyen Satu Liga Inggeris. Sejak itu, Liverpool kekal di dalam Divisyen paling atas Liga Inggeris sehinggalah ke hari ini. Liverpool tidak pernah mengakhiri musim pertandingan dengan kedudukan lebih rendah daripada tempat ke-8.

Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Pada tahun itu juga Bill Shankly menukar warna jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah keseluruhan, dan warna tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.

Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. setelah mengalahkan Leeds United 2-1 dalam perlawanan akhir. Liverpool juga pertama kali beraksi dalam pertandingan di benua Eropah, tetapi tersekat di peringkat separuh akhir Apabila dikalahkan Inter Milan.

Liverpool pertama kali bertanding di peringkat akhir pertandingan Eropah dalam tahun 1966 apabila mereka tewas pertandingan untuk Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill Shankly memperkuatkan skuad pemainnya. Beliau membeli Emlyn Hughes dan Ray Clemence daripada kelab-kelab dalam Liga bawahan. Beliau kemudian mendapatkan Kevin Keegan dalam tahun 1971 dan pasukan yang beliau bawa sejak tahun 1960-an ditukarkan secara perlahan dengan pemain-pemain baru.

Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah apabila memenangi Piala UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach.

Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A. tetapi menerima kejutan apabila Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengurus Liverpool. Beliau memberi alasan tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Walaupun Liverpool memujuk Bill Shankly untuk menarik semula keputusan untuk berhenti, Bill Shankly tetap dengan keputusannya dan mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya.

Tradisi Boot Room sunting

Masa Bill Shankly menerajui Liverpool, satu tradisi baru telah dimulakan. Beliau banyak menggunakan kumpulan yang dipanggil Kumpulan “Boot room” kerana kumpulan ini berjumpa dan berbincang di dalam bilik yang digunakan untuk menyimpan but dan pakaian pemain-pemain bola. Bilik ini terletak di bawah Main stand di Anfield.

Semasa Bill Shankly dilantik menjadi pengurus Liverpool, beliau membuat rombakan besar kepada skuad pemainnya. Daripada kumpulan jurulatih, beliau mengekalkan Bob Paisley, Reuben Bennett dan Joe Fagan. Kumpulan ini dijadikan asas kepada Kumpulan Boot room Liverpool. Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.

Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauand an kajian mengenai pasukan lawan. Ahli-ahli Kumpulan boot room termasuk Bob Paisley, Ronnie Moran, Joe Fagan, Reuben Bennett dan Roy Evans. Geoff Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat dengan pemain tersebut. [1] Diarkibkan 2006-05-23 di Wayback Machine. Phil Thompson juga menjadi ahli Boot room sehingga beliau dipecat oleh Greame Souness.

Antara perubahan yang dibawa oleh Bill Shankly dan pasukan Boot Room adalah menjadikan pusat latihan di Melwood menjadi pusat latihan moden dan lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan Liverpool - Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas berlatih akan pulang ke Anfield dengan bas. Pemain-pemain makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan latihan "warm down' dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain.

Ahli-ahli kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool – Bob Paisley, Joe Fagan, Ronnie Moran, Roy Evans semuanya anggota penting kumpulan Boot room.

Bob Paisley Menyambung Tradisi sunting

 
Bob Paisley Anggota Kumpulan Boot Room Seterusnya Menjadi Pengurus Paling Berjaya Liverpool

Setelah Bill Shankly bersara, jawatan Pengurus Liverpool diamanahkan kepada Bob Paisley. Selama sembilan musim di mana beliau menjadi Pengurus, Liverpool memenangi 21 buah Piala termasuk 3 kejuaraan Piala Eropah (kini Piala Juara-Juara), 1 Piala UEFA, 6 kejuaraan Liga Inggeris dan tiga kejuaraan Piala Liga (kini dipanggil Piala Worthington). Bob Paisley juga membawa masuk pemain-pemain lagenda Liverpool seperti Graeme Souness, Ian Rush, Alan Hansen dan Kenny Dalglish.

Dalam tahun 1977, Liverpool buat pertama kali memenangi Piala Eropah mengalahkan Borussia Moenchengladbach 3-1 dalam masa tambahan. Permainan tersebut adalah kali terakhir Kevin Keegan beraksi untuk Liverpool sebelum perpindahannya ke SV Hamburg. Liverpool berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Eropah dalam tahun 1978 apabila mengalahkan FC Bruges1-0.

Tahun 1979 merupakan kemuncak kerjaya Bob Paisley sebagai pengurus Liverpool. Bukan sahaja Liverpool menjuarai Liga Divisyen Satu Inggeris, tetapi pasukan itu menang dengan mengumpul 68 mata dan dengan hanya 16 gol dibolos pihak lawan dalam 42 perlawanan. Untuk musim 1980, Liverpool muncul sekali lagi sebagai juara Liga. Pada tahun 1981, Bob Paisley berjaya membawa pulang Piala Eropah buat kali ketiga baginya dengan kemenangan 1-0 mengatasi Real Madrid C.F. Tetapi disebalik kejayaannya, Paisley tidak pernah memenangi Piala F.A. dan Piala Liga. Liverpool menang Piala Liga pada tahun tersebut, hasil jaringan gol oleh Alan Hansen.

Joe Fagan dan Tragedi Heysel sunting

Joe Fagan, jurulatih veteran Liverpool dan ahli Kumpulan boot room menggantikan Bob Paisley sebagai pengurus dalam tahun 1983. Musim pertama beliau sebagai Pengurus menyaksikan Liverpool memenangi 3 kejuaraan utama – kejuaraan Liga Divisyen Satu Inggeris, Piala Liga dan Piala Eropah. Di musim kedua, Liverpool sekali lagi berjaya ke pertandingan Akhir Piala Eropah. Perlawanan di Stadium Heysel menyaksikan tragedi dimana 39 orang penyokong Juventus terbunuh akibat runtuhan tembok penahan yang tumbang disebabkan rempuhan penonton, dan dikatakan berpunca daripada rusuhan oleh penyokong Liverpool. Pasukan Liverpool dengan berat hati meneruskan perlawanan yang ditunda akibat kemelut rusuhan, tetapi tewas 1-0 di tangan Juventus. Liverpool seterusnya digantung daripada menyertai pertandingan di anjuran UEFA selama 6 musim. Joe Fagan meletak jawatan selepas insiden ini.

Kenny Dalglish sunting

Dalam tahun 1985, Kenny Dalglish dilantik menjadi Pengurus Liverpool, Walaupun ketika itu beliau masih lagi aktif sebagai pemain dalam kesebelasan utama. Dalam musim pertama di bawah pimpinan beliau, Liverpool berjaya mengalahkan musuh ketat Everton 3 -1 dalam perlawanan akhir Piala F.A. dan juga muncul juara Liga.

Musim berikutnya, Kenny Dalglish hampir berjaya mengulangi kejayaan musim pertamanya apabila Liverpool sekali lagi mengalahkan Everton dalam perlawanan akhir Piala F.A. Liverpool juga akan muncul juara Liga sekiranya dalam bertahan seri dengan Arsenal dalam perlawanan akhir Liga di gelanggang sendiri di Anfield. Namun harapan penyokong Liverpool hancur lebur apabila Michael Thomas menjaringkan gol untuk pasukan Arsenal dalam minit-minit terakhir perlawanan. Walaupun Liverpool dan Arsenal mempunyai bilangan mata sama banyak, dan mempunyai perbezaan gol yang sama banyak, Arsenal telah ditabalkan menjadi juara kerana telah menjaringkan lebih banyak gol pada musim tersebut. Michael Thomas kemudiannya berpindah ke Liverpool. Tetapi kejayaan Piala F.A. dihantui oleh Tragedi Hillsborough.

Pada 22 Februari 1991, selepas separuh musim dijalankan, Liverpool dikejutkan dengan pengumuman bahawa Kenny Dalglish hendak meletakkan jawatan sebagai pengurus Liverpool dengan alasan tidak lagi berupaya menanggung tekanan sebagai pengurus. Beliau digantikan sementara oleh Ronnie Moran, jurulatih pasukan utama Liverpool. Beberapa minggu kemudian, Graeme Souness dipilih sebagai pengurus. Walau apapun, Liverpool di bawah pimpinan Kenny Dalglish berjaya menang 3 kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris dan 2 kejuaraan Piala F.A. Tidak kejayaan dicatat di kejuaraan peringkat Eropah kerana Liverpool menjalani penggantungan selama 6 musim.

Tragedi Hillsborough sunting

 
Memorial Memperingati 96 Penyokong Liverpool Yang Terkorban Di Hillsborough.

Tragedi Hillsborough merupakan satu tamparan hebat kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 1989. Beratus-ratus penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough. 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporn Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi.

Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield. [2] [3] Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough.

Graeme Souness - Bermulanya Kemelesetan Liverpool sunting

Kajian akan menunjukkan bahawa kemelesetan Liverpool bermula apabila Graeme Souness dilantik menjadi Pengurus. Walaupun beliau berjaya memenangi satu kejuaraan Piala F.A., pengurusan beliau dianggap sebagai zaman meleset dan mulanya kejatuhan Liverpool sebagai pasukan yang menguasai bola sepak Inggeris, dan digantikan oleh Manchester United di bawah pimpinan Alex Ferguson. Dalam tahun 1993, Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 dalam Liga Perdana dan tidak memberikan cabaran langsung kepada pasukan-pesukan yang mencabar untuk kejauraan tersebut. Tahun 1994 juga tidak menunjukkan perubahan, dan Graeme Souness meletakkan jawatan apabila Liverpool ditewaskan mengjut oleh Bristol City dalam perlawanan piala F.A. dalam tahun 1992 setelah mengalahkan Sunderland

Penganalisis mengatakan bahawa Graeme Souness telah mengenepikan ataupun melepaskan pemain-pemain utama dan membawa masuk pemain-pemain yang kurang menyerlah. Antara pemain yang dilepaskan oleh Graeme Souness adalah Steve McMahon yang dijual kepada Manchester City apda usia 30 tahun, walaupun beliau boleh terus menyumbang untuk 2 atau 3 tahun lagi. Malangnya, Graeme Souness tidak mencari pemain ganti yang sama kaliber dengan Steve McMahon, dan kesannya, keupayaan pasukan secara keseluruhannya terjejas.

Penggunaan taktik yang tidak mantap, kesilapan mengendalikan perpindahan masuk pemain dan pengurusan manusia yang kurang baik membawa kesan negatif kepada Liverpool dan meluncurkan kemelesetan pasukan yang pernah menjadi pasukan agung di Eropah. Desas-desus mengenai pertelegahan di dalam bilik persalinan begitu banyak sekali, sehingga Ian Rush menyatakan kepada penemuramah Sky Sports bahawa "cawan teh berterbangan" tidak menjadi perkara baru. Greame Souness menuduh pemain-pemain senior tidak bersemangat dan memberikan peluang kepada pemain-pemain muda seperti Steve McManaman.

Roy Evans sunting

Roy Evans dilantik menggantikan Greame Souness. Tetapi Roy Evans tidak dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Walaupun kedudukan liga diperbaiki, Liverpool hanya mendapat tidak dapat mencapai kedudukan lebih tinggi daripada tempat ketiga dalam tempoh 5 tahun di bawah pengurusannya. Roy Evans menggunakan sisten 5-3-2 yang agak defensif. Kejayaan tunggal Roy Evans adalah dengan memenangi Piala Liga dalam tahun 1995 mengalahkan Bolton Wanderers. Semasa beliau menjadi pengurus, Liverpool tewas 1-0 kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1996.

Gerard Houllier sunting

Gerard Houllier dilantik menjadi pengurus bersama dalam tahun 1998-1989, tetapi perkongsian tersebut gagal. Roy Evans akhirnya melepaskan jawatan Pengurus Liverpool separuh jalan musim tersebut.

Tahun 2001 merupakan musim paling berjaya buat Liverpool sejak peninggalan Kenny Dalglish. Pemain-pemain muda seperti Michael Owen, Robbie Fowler dan Steven Gerrard digandingkan dengan pemain berpengalaman seperti Sami Hyypia dan Liverpool mengakhiri musim tersebut di tempat kedua, dan melaykkan diri untuk pertandingan Liga Juara-Juara. Liverpool juga berjaya memenangi tiga kejuaraan tahun tersebut, iaitu kejuaraan Piala Liga, Piala F.A. dan Piala UEFA. Liverpool juga menang Community Shield and European Super Cup. Liverpool menag lagi Piala Liga dalam tahun 2003, tetapi Liverpool tidak dapat bersaing dengan juara Liga. Pada tahun itu, Liverpool ketinggalan 30 mata berbanding Arsenal, juara Liga tahun tersebut. Desakan penonton yang semakin resah memaksa Gerard Houllier melepaskan jawatan pengurus.

Gerard Houllier disalahkan kerana membelanjakan wang yang banyak membeli pemain-pemain yang tidak dapat beraksi dengan baik di Liga Perdana. Antaranya adalah pembelian Salif Diao dan El-Hadji Diouf, Bruno Cheyrou. Gerard Houllier berjaya membeli Djibril Cisse dari Auxerre tetapi tidak dapat bekerja bersama Djibril Cisse kerana beliau meletak jawatan sebelum Djibril Cisse melaporkan diri di Liverpool.

Rafael Benítez sunting

Rafael Benítez mengambil alih jawatan pengurus Liverpool, tetapi dalam tahun pertama beliau menjadi pengurus, Liverpool hanya berupaya menduduki tempat kelima. Liverpool tewas dalam pertandingan akhir Piala Liga apabila ditewaskan oleh Chelsea F.C.. Liverpool juga terkeluar daripada pertandingan Piala F.A. apabila tewas kepada Burnley hasil jaringan gol sendiri oleh Djimi Traore. Hanya kemaraan Liverpool memberikan semangat kepada penyokong Liverpool.

Tetapi musim berakhir dengan gemilang untuk Liverpool apabila menang pertandingan akhir Piala Eropah walaupun Liverpool ketinggalan 3-0 dalam perlawanan menentang A.C. Milan. Liverpool menunjukkan permainan yang hambar semasa sepruh masa pertama dan Kaka bermain baik untuk A.C. Milan. Rafael Benítez melakukan pertukaran dengan memasukkan Dietmar Hamann dalam separuh masa kedua, dan kejayaan Dietmar Hamann mengekang pergerakan Kaka membolehkan Liverpool melawan balik dan menjaringkan 3 gol, menjadikan kedudukan 3-3. perlawan berakhir dengan sepakan penalti, dan Jerzy Dudek menjadi wira apabila berjaya menahan sepak penalti pemain A.C. Milan. Rafael Benítez mengenalpasti ketiadaan konsistensi sebagai punca Liverpool tidak dapat menyaingi Chelsea F.C., Manchester United dan Arsenal. Tambahan pula liverpool mengakhiri musim satu tangga di bawah Everton F.C. yang menduduki tempat keempat.

Dalam tahun 2005-06, Liverpool mengumpul 82 mata, jumlah mata paling tinggi dikumpul oleh Liverpool sejak permulaan Liga Perdana. Liverpool juga menang Piala F.A. selepas menewaskan West Ham juga dengan sepakan penalti.