Manusia pertama tiba di Sweden kira-kira 8,000 tahun sebelum Masihi selepas penghujung zaman Ais apabila pemanasan suhu menjadikan negara Sweden selamat didiami. Orang-orang Sweden pada masa itu kebanyakannya adalah pemburu dan nelayan yang tinggal berhampiran pantai. Bagaimanapun selepas 4000 tahun sebelum Masihi, pertanian telah diperkenalkan ke Sweden. Petani menggunakan alat-alat batu dan senjata. Selepas 2000 tahun Sebelum Masihi, mereka belajar menggunakan gangsa.

Bentuk luaran kapal lanun Viking biasanya mengikut aliran arus dan mempunyai fleksibiliti tinggi. Badan kapal ini sangat kukuh tetapi ringan. Ia menggunakan kuasa angin dan dayung untuk bergerak.

Zaman purba hingga era Viking sunting

Kira-kira 10 ribu tahun dahulu, manusia sudah menetap di Semenanjung Scandinavia. Penduduk di semenanjung mla berhubung dengan benua Eropah semasa Zaman Gangsa. Penduduk di selatan Eropah lebih mengenali negara Sweden semasa zaman Empayar Rom. Buku bertajuk Germania pada akhir abad pertama menceritakan kisah puak yang hidup di sini. Pada abad ke-9, orang Viking dari Sweden, Norway dan Denmark memulakan ekspedisi serta perdagangan dengan dunia luar. Inilah permulaan era Viking menjajah negara lain. Kawasan aktiviti orang Viking sangat luas dan orang Sweden pada masa itu kebanyakannya menggunakan bahagian timur sebagai laluan keluar masuk. Contohnya mereka memasuki Rusia, Constantinople dan Baghdad melalui Laut Baltik.

Era Kesatuan Kalmar sunting

Puak Jerman iaitu orang Svear mula berkembang di sekitar Svealand. Setelah mereka membina wilayah sendiri, ia semakin berkembang dan akhirnya menjadi Sweden. Raja pertamanya ialah Erik Segersäll. Kemudian negara ini mengalami kekacauan akibat perebutan kuasa dan pengaruh jahat. Bangsawan Sweden pada masa itu memohon bantuan daripada Ratu Margaret iaitu Ratu Denmark-Norway ketika itu. Akhirnya Sweden, Norway dan Denmark menubuhkan Kesatuan Kalmar di bawah pimpinan Raja Eric dari Pomerania.

Dinasti Vasa sunting

 
Gustav II, raja yang menjadikan Sweden sebuah negara berkuasa. Beliau digelar The Golden King dan The Lion of the North

Denmark yang berkuasa dalam Kesatuan Kalmar ketika itu sering menindas Sweden. Justeru pada abad ke-15, beberapa tempat di Sweden mencetuskan pergerakan kemerdekaan. Pergerakan itu diketuai bangsawan Gustav Vasa berjaya mengumpul rakyat jelata untuk berperang dan memenangi peperangan antara Denmark dan Sweden. Pada tahun 1523, Sweden diisytiharkan merdeka daripada Kesatuan Kalmar dan Gustav Vasa dilantik sebagai Raja Sweden. Beliau berusaha memajukan ekonomi negara dan menukar agama Roman Katolik iaitu agama rasmi negara ketika itu kepada Protestan Lutheran. Sweden melalui zaman kegemilangannya di bawah pimpinan cucunya, Raja Gustav II. Selepas menaiki takhta pada tahun 1611, Gustav II berjaya memodenkan tentera Sweden hingga membawa kemenangan dalam Perang Tiga Puluh Tahun. Sweden mula meluaskan kuasanya hingga ke Finland, Estonia, Poland, utara Jerman dan sebahagian Norway. Bagaimanapun Empayar Sweden berakhir berikutan kemangkatan Raja Charles XII pada tahun 1718.

Zaman moden sunting

Jeneral tentera Perancis iaitu Jean-Baptiste Bernadotte dilantik sebagai Raja Sweden dengan menggunakan gelaran Charles XIV John pada tahun 1818 disebabkan raja sebelumnya tiada pewaris. Semasa dalam pemerintahannya, Sweden berjaya mengalahkan Denmark dan membentuk kesatuan bersama Norway. Namun pada awal abad ke-20, Norway inginkan kemerdekaan dan akhirnya Sweden melepaskan Norway. Sweden kemudian mengisytiharkan pentadbiran negaranya mengikut sistem demokrasi berparlimen. Seden juga tidak terlibat dalam peperangan lain kerana menjadi negara neutral dalam Perang Dunia Kedua. Kini, Sweden masih berpegang pada prinsip negara neutral.

Rujukan sunting

  • Kang Gyung-Hyo, 2012, Kembara Khazanah Sweden, Batu Caves, Selangor, Anjung Taipan Sdn Bhd
  • [1]