Sejarah pemikiran evolusi

Pemikiran mengenai evolusi, iaitu spesies yang berubah dari masa ke masa, telah berakar umbi sejak zaman purba. Pemikiran itu dapat dilihat pada ilmu pengetahuan peradaban Yunani, Rom, China, dan Islam. Namun, sehingga abad ke-18, pandangan ahli biologi Barat masih didominasi oleh pandangan esensialisme, iaitu pandangan bahawa bentuk-bentuk kehidupan tidak berubah. Hal ini mula berubah ketika pengaruh kosmologi evolusioner dan falsafah mekanis menyebar dari ilmu sains ke sejarah semula jadi. Para naturalis mula memberi tumpuan kepada kepelbagaian spesies, dan kehadiran ilmu paleontologi dengan konsep kepupusannya lebih jauh membantah pandangan bahawa alam bersifat statik. Pada awal abad ke-19, Jean-Baptiste Lamarck mengajukan teorinya mengenai transmutasi spesies. Teori ini merupakan teori evolusi pertama yang bersifat saintifik.

Pohon kehidupan, seperti yang digambarkan oleh Ernst Haeckel pada buku The Evolution of Man (1879). Gambar tersebut mengilustrasikan pandangan abad ke-19 mengenai evolusi, yakni proses progresif yang akan berpenghujung pada manusia.

Pada tahun 1858, Charles Darwin dan Alfred Russel Wallace menerbitkan sebuah teori evolusi yang baharu. Dalam bukunya On the Origin of Species (1859), Darwin menjelaskan secara terperinci mengenai mekanisme evolusi. Berbeza dengan Lamarck, Darwin mengajukan konsep nenek moyang bersama dan percabangan pohon kehidupan yang berdasarkan daripada pemilihan semula jadi.

Karya Darwin mengenai evolusi telah diterima serta-merta, tetapi mekanisme yang diajukannya (pemilihan semula jadi), belum diterima secara sepenuhnya sehingga 1940-an. Kebanyakan ahli biologi berhujah bahawa faktor-faktor lain yang mendorong evolusi, misalnya pewarisan sifat-sifat yang diperolehi (neo-Lamarckisme), dorongan perubahan yang dibawa sejak lahir (ortogenesis), ataupun mutasi besar-besaran secara tiba-tiba (saltasi). Sintesis pemilihan semula jadi dengan genetik Mendel semasa 1920-an dan 1930-an memungkinkan bidang disiplin ilmu genetik populasi. Semasa 1930-an dan 1940-an, populasi genetik berintegrasi dengan bidang-bidang sains biologi lain, memungkinkan penerapan teori evolusi dalam biologi secara luas.

Setelah kehadiran biologi evolusi, kajian terhadap mutasi dan kepelbagaian genetik pada populasi alami, digabungkan dengan biogeografi dan sistematik, berjaya menghasilkan model evolusi canggih. Selain itu paleontologi dan perbandingan anatomi membenarkan pembinaan semula jadi sejarah kehidupan yang lebih terperinci. Setelah kebangkitan genetik molekul pada tahun 1950-an, bidang evolusi molekul yang berdasarkan pada kajian urutan protein, uji imunologis, RNA dan DNA berkembang. Pandangan evolusi yang berpusat pada gen muncul pada tahun 1960-an, diikuti oleh teori evolusi molekul semula jadi. Pada akhir abad ke-20, urutan DNA melahirkan filogenetik molekul dan perombakan pohon kehidupan ke dalam tiga sistem domain oleh Carl Woese. Selain itu, wujud pula faktor-faktor tambahan seperti simbiogenesis dan pemindahan gen horizontal, yang membuat sejarah evolusi menjadi lebih kompleks. Penemuan dalam biologi evolusi menjadikan kesan ketara tidak hanya dalam cabang biologi tradisional, tetapi juga disiplin akademik lainnya (contohnya: antropologi dan psikologi) dan masyarakat secara garis besar.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Futuyma, Douglas J., penyunting (1999). "Evolution, Science, and Society: Evolutionary Biology and the National Research Agenda" (PDF) (Executive summary). New Brunswick, NJ: Office of University Publications, Rutgers, The State University of New Jersey. OCLC 43422991. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-31. Dicapai pada 2014-10-24. dan Futuyma, Douglas J.; Meagher, Thomas R., penyunting (2001). "Evolution, Science and Society: Evolutionary Biology and the National Research Agenda". California Journal of Science Education. 1 (2): 19–32. Dicapai pada 2014-10-24.

Pautan luar sunting