Sejarah penerbangan

Sejarah penerbangan menjangkau lebih dari dua ribu tahun, daripada percubaan-percubaan terawal dengan layang-layang dan peluncur hinggalah ke era "penerbangan lebih berat daripada udara", penerbangan supersonik, dan penerbangan hipersonik.

Lampu Langit (天灯) juga dikenali sebagai Lampu Kong Ming (孔明燈), ia merupakan sejenis belon udara panas

Objek terbang buatan manusia pertama ialah layang-layang.[1]

Catatan penerbangan layang-layang pertama adalah sekitar 200 SM di China, apabila seorang jeneral menerbangkan layang-layang untuk meninjau kawasan musuh bagi mengira panjang terowong yang diperlukan untuk memasuki wilayah tersebut.[2]

Pada tahun 559, Yuan Huang Tou (Hanzi: 元黄头), anak lelaki kepada Raja Utara Wei (Hanzi: 北魏 ; dibaca: Bei Wei ; sekarang sebahagian dalam China) ke-14 Yuan Lang (Hanzi: 元朗 ; lahir: 513 ; mati: 532), melarikan diri daripada tentera Negara Utara Qi (Hanzi: 北齐 ; dibaca: Bei Qi) yang telah menghapuskan Negara Utara Wei pada tahun 550.[3]

Yuan Huang Tou telah menambat dirinya kepada satu layang-layang yang sangat besar dan menjadi manusia pertama yang berjaya terbang di atas langit dalam sejarah penerbangan manusia. Walau bagaimanapun, dia telah ditangkap kemudian selepas angin berhenti oleh askar musuh yang mengejarnya dan pada akhirnya kebuluran sehingga mati di dalam penjara.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Crouch, Tom (2004), Wings: A History of Aviation from Kites to the Space Age, New York, New York: W.W. Norton & Co, ISBN 0-393-32620-9
  2. ^ Brown, Brian (1922), Chinese Nights Entertainments, Brentano's, OCLC 843525
  3. ^ Joseph Needham (1965). Science and Civilisation in China. IV (part 2). m/s. 591. ISBN 978-0-521-05803-2.
  4. ^ (Bahasa Mandarin) 生命世界:飞天梦(组图) dari Sina Corp pada 04 Mei 2009

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.