Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif.Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.

Mural kamar pengkebumian Mesir berusia sekitar 4,000 tahun, menunjukkan ahli gusti sedang beraksi.

Kuno sunting

Sukan yang telah wujud sekurang-kurangnya dua setengah ribu tahun dahulu) di Ireland Silam, "harpastum" (sama seperti Rugbi di Rom Silam, cuju (sama seperti persatuan bolasepak) di China Silam, dan polo di Parsi Silam. Permainan bola Mesoamerika wujud lebih tiga ribu tahun dahulu.


Terdapat peninggalan dan struktur yang mencadangkan bahawa orang-orang Cina terlah terbabit dengan aktiviti sukan se awal 4000 BC.[1] Giminastik kelihatan merupakan sukan yang popular dalam sejarah silam China. Peringatan kepada Firaun menunjukkan sejumlah sukan termasuk berenang dan mengail, adalah popular dan mempunyai peraturan beberapa ribu tahun dahulu di Mesir purba.[2] Sukan Mesir lain termasuk melontar lembing, lompat tinggi dan gusti. Sukan Persia Silam seperti seni mempertahankan diri tradisi Iran, Zourkhaneh mempunyai kaitan rapat dengan kemahiran berperang.[3] Antara sukan lain termasuk yang berasal dari Persia adalahpolo dan tombak.

Yunani sunting

 
Hermes, salah satu Dewa Olympus dan dewa para ahli sukan

Gambaran upacara sukan dapat dilihat dalam kesenian Minoan Zaman Gangsa di Crete (dari sekitar 2700 hingga 1450 BC), kebanyakannya membabitkan acara keugamaan melompat lembu dan kemungkinannya melawan lembu jantan. Homer menceritakan bahawa sukan diamalkan semasa zaman Mycenaean, antara 1600 BC dan ca. 1100 BC. Dalam Iliad terdapat gambaran panjang mengenai sukan penkebumian yang diadakan bagi menghormati pahlawan yang mati, dan terbabit dengan sukan digambarkan sebagai pekerjaan golongan bangsawaan dan yang kaya, yang tidak perlu melakukan kerja berat mereka sendiri. Dalam Odyssey, Raja Odysseus dari Ithaca membuktikan status rajanya kepada Raja Alkinoös dari Phaiakes dengan menunjukkan kemahirannya melontar javelin.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sports [[History]] in China". URL–wikilink conflict (bantuan)
  2. ^ "Mr Ahmed D. Touny (EGY), IOC Member". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-29. Dicapai pada 2010-03-08.
  3. ^ "Persian warriors".

Bacaan lanjut sunting

books

  • Allen Guttmann, Women's Sports: A History, Columbia University Press 1992
  • Allen Guttmann, Games and Empires: Modern Sports and Cultural Imperialism, Columbia Univ Press, 1996
  • Gleyse, Jacques (1995, reed. 2006). Archéologie de l'Education physique au XXe siècle en France. Paris: P.U.F. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Gleyse, Jacques (1997.). L'Instrumentalisation du corps. Une archéologie de la rationalisation instrumentale du corps de l'Age Classique à l'époque hypermoderne. Paris, Montréal: L'harmattan. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Mangan, J.A. (1996). Militarism, Sport, Europe: War Without Weapons. Routledge.
  • Martin Polley, 'Sports History: a practical guide', Palgrave, 2007.
  • Scott A.G.M. Crawford (Hrg.), Serious sport : J.A. Mangan's contribution to the history of sport, Portland, OR : Frank Cass, 2004
  • The new American sport history : recent approaches and perspectives, ed. by S.W. Pope, Urbana [u.a.] : Univ. of Illinois Press, 1997

journals

  • STAPS. International Journal of Sport science and physical education, Bruxelles, De Boeck.
  • Sport History Journal
  • The International Journal of the History of Sport
  • Sport in History
  • STADION International Journal of Sport History
  • European Studies in Sport History