Penyejatan

(Dilencongkan dari Sejatan)

Penyejatan merupakan suatu proses yang melibatkan perubahan fasa jirim: atom atau molekul dalam cecair mendapat tenaga yang cukup untuk bertukar kepada gas pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih bahan itu apabila bahan itu terdedah kepada atmosfera. Ia merupakan proses yang berlawanan bagi pemeluwapan.

Wap air tersejat dari secawan teh panas

Proses ini merupakan cara yang penting bagi air untuk diserap semula ke dalam kitaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap di atmosfera. Lautan, laut, tasik, dan sungai membekalkan lebih kurang 90% daripada lembapan atmosfera melalui proses sejatan, dengan 10% lagi melalui proses transpirasi tumbuhan.

Tenaga daripada matahari diperlukan untuk proses sejatan. Tenaga ini digunakan untuk memutuskan ikatan-ikatan kimia yang menyatukan molekul-molekul air. Hal ini dapat menjelaskan mengapa air dapat menyejat dengan mudah pada takat didih (212°F, 100°C), dan sejatan semakin berkurang apabila mendekati takat lebur. Apabila kelembapan relatif bagi udara ialah 100% (takat ketepuan), sejatan tidak akan berlaku.

Apabila suatu cecair menyejat, suhunya akan turun. Ini disebabkan oleh tenaga haba telah diserap semasa penyejatan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah supaya zarah-zarah cecair di permukaan dapat melepaskan diri menjadikan zarah-zarah gas. Proses sejatan dapat menghilangkan kepanasan di alam sekeliling, maka inilah sebab utama sejatan peluh daripada permukaan kulit dapat menyejukkan badan.

Rujukan sunting