Sejuk
Sejuk merujuk kepada keadaan atau persepsi subjektif yang memiliki suhu rendah, dengan ketiadaan haba.[note 1]
Tahap paling rendah bagi suhu adalah sifar mutlak, yang ditakrifkan sebagai 0 K pada skala Kelvin, skala suhu termodinamik mutlak. Ini bersamaan dengan −273.15 °C pada skala Selsius, −459.67 °F pada skala Fahrenheit, dan 0 °R pada skala Rankine.
Disebabkan suhu adalah berkaitan dengan tenaga haba yang dimiliki oleh objek atau sampel jisim, yang merupakan tenaga kinetik bagi pergerakan rawak juzuk zarah yang membentuk jirim, sesuatu objek akan mempunyai kurang tenaga haba apabila ia adalah lebih sejuk dan lebih tenaga apabila ia adalah lebih panas . Sekiranya mungkin untuk menyejukkan sistem pada sifar mutlak, semua pergerakan zarah dalam sampel jisim akan berhenti dan ia akan berada dalamkeadaan rehat sepenuhnya pengertian klasik ini. Objek tersebut akan digambarkan sebagai mempunyai sifar tenaga haba. Bagaimanapun secara mikroskopik dalam gambaran mekanik kuantum, jisim masih mempunyai tenaga titik sifar sungguhpun pada sifar mutlak, kerana prinsip ketidakpastian.
Penyejukan
suntingPenyejukan merujuk kepada proses menjadi sejuk, atau penurunan suhu. Ini boleh dicapai dengan mengeluarkan haba dari sistem, atau mendedahkan sistem pada persekitaran dengan suhu yang lebih rendah.
Cecair yang digunakan untuk menyejukkan objek biasanya dipanggil bendalir penyejuk.
Penyejukan udara adalah proses penyejukan objek dengan mendedahkannya kepada udara. Ini hanya akan berfungsi sekiranya udara adalah pada suhu yang lebih rendah berbanding objek, dan proses itu boleh ditingkatkan dengan meningkatkan luas kawasan permukaan atau mengurangkan jisim objek.
Satu lagi kaedah penyejukan biasa adalah mendedahkan sesuatu objek pada ais, ais kering, atau nitrogen cecair. Ini bertindak melalui perolakan; haba dipindahkan daripada objek yang agak panas pada bendalir penyejuk yang secara perbandingan lebih sejuk.
Penyejukan laser dan penyejukan penyejatan magnet adalah teknik yang digunakan bagi mencapai suhu yang sangat rendah.
Kesan fisiologi
suntingSejuk mempunyai banyak kesan fisiologi dan patologi ke atas badan manusia, dan juga pada organisma lain. Persekitaran sejuk boleh menggalakkan sifat-sifat psikologi tertentu, serta mempunyai kesan langsung kepada keupayaan untuk bergerak. Penyelarasan adalah salah satu kebolehan pertama yang akan terjejas. Suhu sejuk melampau boleh membawa kepada luka beku serta hipotermia, yang seterusnya mampu menyebabkan kematian.
Nota
sunting- ^ Jasad sejuk sering kali digambarkan sebagai memiliki kurang haba, sungguhpun penggunaan "haba" ini adalah tidak tepat dari konteks fizik, disebabkan haba merujuk pada pemindahan tenaga antara jasad, yang tidak "mempunyai" haba sendiri.
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sejuk |
- ^ Portal "Argonaut": Sygnały ręczne
- ^ Scuba Diving – Hand Signals Diarkibkan 2009-04-14 di Wayback Machine – strona w języku angielskim
- ^ Diving Hand Signals (Additional signals) Diarkibkan 2009-04-14 di Wayback Machine – strona w języku angielskim