Sekolah Agama Menengah Hulu Langat

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (akronim lazim SAMTEN) , merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Batu 10, Jalan Cheras.

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
Alamat
No. 1, Hulu Langat Batu 10, 43200, Cheras, Selangor, 43200
Malaysia
Maklumat
Nama lainHULISS (Hulu Langat Islamic Secondary School)
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoBERILMU BERTAQWA BERBAKTI
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
Nombor sekolah03-90751343
Kod sekolahBFT4001[1]
Pengerusi PIBGTuan Hj Mohammed Ismail Bin Kamarudin
PengetuaPn. Mahani binti Othman
Kelas23
BahasaBahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Arab
Slogan"Bumi Mukmin Profesional"
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Ismail bin Mohd Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Mastura binti Ismail
Penolong Kanan KokurikulumPn. Doren Dazila binti Abdol
Faks03-90754537


Sejarah

sunting

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah ditubuhkan pada 1 Januari 1983 dan dibuka dengan rasmi serta beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 1983 di Sekolah Rendah Agama Batu 10, Cheras. Pembinaan sekolah ini adalah di atas kehendak ibubapa yang ingin melanjutkan pelajaran anak-anak mereka di peringkat menengah.Pengambilan pelajar pada tahun itu seramai lebih kurang 70 orang iaitu hanya pelajar tingkatan satu sahaja. Ini disebabkan oleh bilangan kelas yang terhad iaitu hanya dua buah kelas. Tambahan pula bilangan tenaga pengajar yang sedikit iaitu seramai 4 orang guru sahaja. Di antara guru-guru yang terawal adalah seperti Ustaz Manaf, Cikgu Joseph, Cikgu Siti Zubaidah dan Ustazah Jamaliah. Setelah 6 bulan berlalu, berkat kesabaran pelajar-pelajar menyalin nota, akhirnya bekalan buku teks diterima.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah ini meningkat. Ditambah pula dengan beberapa masalah lain yang dihadapi, pihak pentadbiran sekolah mengambil keputusan untuk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Batu 9, Cheras. Namun demikian, perpindahan ini tidaklah menjanjikan keselesaan kepada para pelajar dengan keadaan persekitaran yang bising daripada pembaikian Masjid Ubudiah, Batu 9 ditambah lagi dengan kekurangan kemudahan asas seperti makmal dan bengkel serta masalah banjir kilat ekoran daripada pembangunan setempat, segalanya menjadikan impian yang diidamkan tidaklah seindah mana.

Bertitik tolak daripada itu, pihak kerajaan memperuntukan sebanyak RM 6 juta untuk membina sebuah sekolah di atas tanah yang berkeluasan 7 ekar persegi. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1986 dan tergendala selama beberapa tahun. Akhirnya, kerja-kerja pembinaan siap pada tahun 1991.

Visi, Misi, Slogan dan Motto Sekolah

sunting

Visi Sekolah : Pendidikan berkualiti, insan terdidik negara sejahtera

Misi Sekolah : Melestari sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Slogan : Satu aspirasi satu agenda mengungguli prestasi Hulu Langat

Motto Sekolah :"Komited, Telus dan Ceria"

Pencapaian Akademik

sunting

Pada mulanya SAM Hulu Langat tidak memberi saingan yang kuat pada sekolah-sekolah lain. Namun begitu, SAM Hulu Langat menampakkan peningkatan dari masa ke masa dari segi aspek kurikulum, kokurikulum dan agama sehingga tersenarai dalam tangga ke-5 dalam sekolah terbaik JAIS daripada 25 buah sekolah yang lain di negeri Selangor

  • Sijil Menengah Agama
  1. SMA semua lulus (SMA 2023)
  2. SMA mencapai gred 1.69 pada tahun 2023 (Muhd. Syafiq bin Imran mencapai gred purata murid sebanyak 98.5, ia merupakan gred puurata paling tinggi sepanjang sejarah SMA di SAM Hulu Langat)


  • Sijil Pelajaran Malaysia
  1. SPM 2023 merekodkan gred purata sekolah sebanyak 3.18
  2. Seramai 9 orang berjaya mendapatkan keputusan semua A (3 orang 11 A dan 6 orang 10 A)

Lencana

sunting

Hijau: Melambangkan warna agama Islam. Ini bersesuaian dengan ciri-ciri sekolah agama, pelajar-pelajar dan guru-guru beragama Islam.

Merah: Melambangkan kebenaran. Ini bermakna pelajar-pelajar sekolah ini adalah diharapkan menjadi insan yang benar-benar berani terutamanya untuk memburu kejayaan dunia dan akhirat.

Hitam: Warna hitam dipilih sebagai tanda keadilan. Ini melambangkan wujud ikatan yang kuat antara pelajar dengan guru dan antara pelajar sesama pelajar untuk membentuk ukhuwah yang kukuh tanpa mewujudkan perasaan pilih kasih.

Bulan & bintang: Kedua-dua objek ini melambangkan perpaduan yang wujud dalam agama Islam. Pecahan bintang kepada 5 bahagian yang memberi erti setiap muslim hendaklah berpegang kepada Rukun Islam yang mengandungi 5 perkara.

Al-Quran & tangga: Objek-objek ini pula saling berkaitan antara satu sama lain iaitu al-quran memainkan peranan yang penting dalam agama Islam dan kedudukannya amatlah tinggi di puncak teratas sekali. Tangga pula bererti setiap pelajar akan melalui dan memenuhi cabaran secara berperingkat-peringkat sebelum sampai ke puncak kejayaan.

3 pecahan berwarna hijau: Iman, Islam dan Ehsan yang dititikberatkan dalam perlembagaan sekolah.

Berilmu, Bertaqwa dan Berbakti: Cogankata ini dijadikan landasan oleh guru-guru untuk memupuk cita-cita para pelajar. Cogankata ini asalnya ialah ‘Usaha Tangga Kejayaan’ dan telah dipinda pada tahun-tahun kebelakangan ini. Cogankata baru ini menggambarkan harapan guru-guru agar pelajar-pelajar yang keluar daripada sekolah ini berilmu dan bertaqwa. Oleh itu diharapkan ilmu yang ada dalam diri pelajar-pelajar dapat dimanfaatkan dengan berbakti kepada masyarakat, agama dan negara.

Bendera

sunting

Bendera ini telah direka bentuk pada tahun 1993 dan dikuatkuasakan pada tahun 1995. Penciptaan bendera adalah hasil adaptasi daripada lencana sekolah.

Hijau: Menggambarkan semangat jihad dikalangan pelajar sekolah ini untuk berjaya dalam pelajaran.
Merah: Merah itu berani. Keberanian adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk berjaya di dalam akademik mahupun kokurikulum.
Putih: Melambangkan agama Islam itu suci.
Bulan & bintang: Objek ini melambangkan perpaduan yang wujud antara guru dan pelajar sekolah ini. Ia juga melambangkan keunggulan agama Islam itu sendiri.
Kuning: Merah dan kuning akan membentuk bendera negeri Selangor Darul Ehsan. Ini bermakna sekolah ini adalah di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Lagu Sekolah Agama Menengah Hulu Langat

sunting

Maju selangkah mara kehadapan,

Memegang dunia satu kemestian,

Agama Islam satu kewajipan,

Pegangan kami SAM Hulu Langat,


Hari mendatang penuh cabaran,

Berilmu beramal asas kemajuan,

Amal dan bakti untuk masa depan,

Hidup hala tuju kecemerlangan,


Nasihat guru amat dihargai,

Wadah etika semangat dedikasi,

Hidup saling hormat-menghormati,

Membentuk jiwa ummah yang sejati,


Walau perit tempuh rintangan,

Untuk berjaya kami lalui,

Demi hasrat capai kejayaan,

Bagi mencapai apa dihajati,


Maju selangkah mara kehadapan,

Memegang dunia satu kemestian,

Agama Islam satu kewajipan,

Pegangan kami SAM Hulu Langat,


Hari mendatang penuh cabaran,

Berilmu beramal asas kemajuan,

Amal dan bakti untuk masa depan,

Hidup hala tuju kecemerlangan,


Walau perit tempuh rintangan,

Untuk berjaya kami lalui,

Demi hasrat capai kejayaan,

Bagi mencapai apa dihajati.[2]



Lagu Sekolah ini telah dilancarkan dan diperkenalkan kepada seisi warga SAM Hulu Langat pada 3 September 2010 yang lalu iaitu ketika perhimpunan mingguan dijalankan. Setelah lagu ini dilancarkan, maka telah rasmilah lagu ini sebagai Lagu Sekolah dan akan dinyanyikan pada setiap perhimpunan mingguan yang diadakan pada masa akan datang.

Badan-Badan Pembantu Tadbir

sunting
  • Pengawas
  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Pembimbing Rakan Sebaya

Senarai Nama Pengetua dari Tahun 1983 hingga kini

sunting
Bil Nama-Nama Pengetua Tahun Mula Berkhidmat Tahun Tamat Berkhidmat Catatan
1 Encik Abdul Manaf bin Rofaii 1983 / 1986 1984 / 1986
2 Encik Samuri bin Jaafar 1985 / 1987 1985 / 1990
3 Encik Ismail bin Ibrahim 1991 1997
4 Encik Bustaman bin Abdul Latif 1998 1998
5 Puan Jamaah binti Shahbudin 1999 2002
6 Encik Abdullah Salleh bin Sulaiman 2003 2005
7 Encik Samsuri bin Yosok 2006 2007
8 Puan Serifah Mahaya binti Syed Dakian 2007 2010
9 Puan Siti Zubaidah binti Ahmad 2010 2014
10 Encik Mohamad Rahman bin Sulaiman 2014 2016
11 Tn. Hj. Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid 2016 2022
12 Tn. Hj. Mashanizat bin Ngasri 2022 2024
13 Pn. Mahani binti Othman 2024 Kini

Senarai Pentadbir (semasa)

sunting
.
Bil Nama Jawatan
1. Pn. Mahani Bt Othman Pengetua
2. Tn. Hj. Ismail Bin Mohd Ali Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn. Mastura Bt Ismail Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn. Doren Dazila Bt Abdol Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Haslina Bt Abdul Rahman Guru Kanan Matapelajaran Bahasa
6. Pn. Surinaton Bt. Sulaji Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan
7. Cik Suraya Hani Bt Mohd Lasim Guru Kanan Matapelajaran Sains & Matematik
8. Pn. Farhana Bt Saadun Guru Kanan Matapelajaran Teknik & Vokasional
9. Pn. Azarina Bt Karim Guru Kanan Matapelajaran Agama

Rumah Sukan (Firqah)

sunting

Warga SAM Hulu Langat dibahagikan kepada 4 buah Firqah. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat Firqah dan bersaing bagi menjulang Firqah dalam acara sukan dan Kemahiran Amal Islami (KAMIL)

Firqah Warna
Salman Al-Farisi Merah
Salahudin Al-Ayubi Hijau
Khalid Al-Walid Biru
Toriq Ibn Ziyad Kuning

Kelas bagi Menengah Rendah;

  1. Bukhari
  2. Muslim
  3. Tarmizi
  4. Nasaie
  5. Abu Daud

Kelas Bagi Menengah Atas

  1. Ibnu Sina (Sains Tulen)
  2. Ibnu Nafis (Sains Perakaunan)
  3. Al-Khawarizmi (Sains Ikhtisas)
  4. Al-Farabi (Dini Tulen)

Pendidikan Sekolah.

sunting

SAM Hulu Langat menawarkan pendidikan berteraskan silibus akademik dan silibus agama. Silibus agama dipanggil KBD bagi Menengah Rendah dan KBDMATED bagi Menengah Atas. Silibus ini merupakan silibus agama yang berteraskan bahasa Arab dimana semua subjek silibus tersebut menggunakan bahasa Arab secara keseluruhan. Sukatan pembelajaran silibus KBD dan KBDMATED telah digubal berdasarkan sukatan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Silibus ini digubal bagi membolehkan pelajar Malaysia menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 mengambil Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kemahiran Bersepadu Dini (KBD). Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pula mengambil KSSM dan Kemahiran Bersepadu Dini Menengah Atas & Tingkatan Enam Dini (KBDMATED) yang baharu dilaksanakan oleh KPM bermula tahun 2023.

Pelajar Tingkatan 1-Tingkatan 3

Terdapat 12 subjek yang diambil iaitu;

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Sejarah
  6. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah
  7. Usul Al-Din
  8. Al-Syariah
  9. Geografi
  10. Reka Bentuk dan Teknologi
  11. Pendidikan Seni Visual
  12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Terdapat 4 aliran yang ditawarkan iaitu;

Pakej Sains Tulen

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sejarah
  5. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah
  6. Usul Al-Din
  7. Al-Syariah
  8. Biologi
  9. Fizik
  10. Kimia
  11. Matematik Tambahan

Pakej Sains Perakaunan

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sejarah
  5. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah
  6. Usul Al-Din
  7. Al-Syariah
  8. Prinsip Perakaunan
  9. Fizik
  10. Kimia
  11. Matematik Tambahan

Pakej Sains Ikhtisas

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Sejarah
  6. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah
  7. Usul Al-Din
  8. Al-Syariah
  9. Ekonomi
  10. Prinsip Perakaunan
  11. Matematik Tambahan

Pakej Dini Tulen

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Sejarah
  6. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah
  7. Usul Al-Din
  8. Al-Syariah
  9. Manahij Al-'Ulum Al-Islamiah
  10. Al-Adab wa Al-Balaghah

Pengiktirafan SAM Hulu Langat sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan

sunting

SAM Hulu Langat secara rasminya dinobatkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan fasa kesembilan pada tahun 2015 dengan kebitaraan Bahasa Melayu dan Kadet Remaja Sekolah berikutan pemantauan pihak nazir daripada kementerian untuk dibuat penilaian. Sekolah ini telah mendapat sijil pengiktirafan SKK daripada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan (I) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3]

Alamat

sunting
Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
Batu 10, Jalan Cheras
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-90751343
Fax = 0390754537

Rujukan

sunting
  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ 1 To 5 Minutes Video (2021-01-22), Lagu Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, dicapai pada 2025-01-27
  3. ^ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)-Kementerian Pendidikan.

Pautan luar

sunting