Sekolah Agama Menengah Rawang

Sekolah Agama Menengah Rawang atau nama ringkasnya SAMER, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah, Jabatan Agama Islam Selangor yang terletak di Batu 16, Jalan Ipoh, Rawang, Selangor. Pada asalnya, sekolah ini adalah merupakan sekolah berasrama yang diurustadbir oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum dijadikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2006.[2]

Sekolah Agama Menengah Rawang
Lambang SAM Rawang
Lokasi
 Malaysia Batu 16, Jalan Ipoh, 48000, RAWANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoBerilmu Beramal Bertaqwa
Ditubuhkan1983
Nombor sekolah03-60918934
Kod sekolahBFT7001[1]
PengetuaEn. Ea'dil bin Mat
Faks03-60922028


Pada tahun 2009, Sekolah Agama Menengah Rawang memiliki 338 pelajar lelaki dan 424 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 762 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah ini telah ditubuhkan pada awalnya di Kampung Kenanga, Batu 17, Rawang sebagai Sekolah Agama Menengah Ibnu Khaldun pada 1983. Pada ketika ini, para pelajar ditumpangkan di bangunan Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun. Pada tahun 1984, asrama bagi menempatkan pelajar putera dan puteri mula dibina. Manakala kelas perintis untuk pelajar tingkatan 4 dimulakan pada tahun 1987.

Pada bulan Oktober 1990, para pelajar telah dipindahkan ke Batu 16, Jalan Ipoh, 48000, Rawang dan diberi nama Sekolah Agama Menengah Rawang. Pada tahun 1995 pula, upacara pecah tanah bagi projek pembinaan Surau Darul Muttaqin telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib yang merupakan Menteri Besar Negeri Selangor pada ketika itu.

VisiSunting

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MisiSunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Pencapaian AkademikSunting

Pada tahun 2018, SPM 2018 SAMER telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dengan Gred Purata Sekolah 3.25, dan peratus kelulusan 100% layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia, keputusan terbaik sepanjang sejarah penubuhan SAM Rawang. SAM Rawang mencatatkan tempat ketiga bagi mata pelajaran Physics dan tempat keempat bagi mata pelajaran Chemistry dalam SPM 2018 bagi kategori SABK Peringkat Kebangsaan.

SMA 2018 Pada tahun ini juga, SAM Rawang mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan dalam Sijil Menengah Agama 2018, dengan Gred Purata Sekolah 1.81, keputusan terbaik sepanjang penubuhan SAM Rawang juga, menjadikan SAM Rawang salah sebuah Sekolah Cemerlang SMA Negeri Selangor 2018. Seramai 49 calon berjaya meraih Mumtaz dalam SMA 2018.

Pencapaian KokurikulumSunting

Pada tahun 2015, Kelab dan Persatuan SAMER berjaya meraih Johan dalam acara Hafazan di Majlis Tilwah Al-Quran, Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2015, acara Tahfiz Al-Quran di Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2015 dan acara Hafazan di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2015.

Pada tahun 2016, Kelab dan Persatuan SAM Rawang berjaya menjadi Johan Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah (MSSCC) Peringkat Negeri Selangor 2016 dan mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah (MSSCC) Peringkat Kebangsaan 2016. SAM Rawang juga menjadi Johan dalam acara Syarahan Bahasa Melayu Lelaki Menengah Atas di Kemahiran Amal Islami SAM/SAMT/MITS/KKM Peringkat Negeri Selangor 2016, dan menjadi wakil negeri Selangor ke Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 bertempat di SMA Al-Khairiah, Pahang. SAMER juga menghantar wakil dalam acara Syarahan Bahasa Melayu Perempuan Menengah Rendah (Naib Johan), Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki Menengah Rendah (Ketiga), Tafsir Perempuan Menengah Atas (Ketiga), Musammarah Lelaki (Naib Johan), Tilawah Al-Quran Perempuan Menengah Atas dan Kuiz Dini dalam Kemahiran Amal Islami SAM/SAMT/MITS/KKM Peringkat Negeri Selangor 2016.

Pada tahun 2017, Kelab dan Persatuan SAMER telah berjaya menghantar wakil ke pelbagai pertandingan seperti MSSCC Peringkat Negeri Selangor 2017 (Naib Johan), Petrosains Science Show Competition Peringkat Negeri Selangor 2017 dan pertandingan-pertandingan jemputan Management and Science University. SAM Rawang berjaya menjadi Johan dalam acara Hafazan di Kemahiran Amal Islami SAM/SAMT/MITS/KKM Peringkat Negeri Selangor 2017 buat kali kedua selepas tahun 2015, dan menjadi wakil ke Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017 di Pulau Pinang.

Pada tahun 2018, Unit Beruniform SAM Rawang berjaya meraih tempat Ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori Lelaki Kadet Remaja Sekolah sempena Festival Kadet Remaja Sekolah dan Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan KPM Peringkat Kebangsaan 2018 di SAM Bestari. SAMER juga berjaya menghantar wakil ke Kem Pegawai Waran 1 KRS Peringkat Negeri Selangor 2018 dan ketiga-tiga wakil berjaya mendapat pangkat Pegawai Waran 1, pangkat tertinggi dalam KRS pada tahun tersebut.

Kelab dan Persatuan SAMER juga berjaya menjadi Johan dalam acara Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki Menengah Atas dan Tajhiz Jenazah Lelaki di Kemahiran Amal Islami SAM/SAMT/MITS/KKM Peringkat Negeri Selangor 2018 dan Johan dalam acara Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 bertempat di Maahad Ahmadi dan ITQAN, Negeri Sembilan.

Sukan dan Permainan SAMER juga berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Bola Tampar di MSSD Gombak 2018 dan seorang pelajar berjaya menjadi wakil ke MSS Selangor 2018. SAMER juga berjaya menghantar wakil dalam acara Bola Tampar ke Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2018 sebagai wakil Zon Timur, dan mereka mendapat Johan. Salah seorang pelajar SAMER juga berjaya menjadi wakil ke Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 dalam acara ini.

Pada tahun 2019, Unit Beruniform SAM Rawang berjaya meraih tempat Ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori Lelaki Kadet Remaja Sekolah sempena Festival Kadet Remaja Sekolah dan Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan KPM Peringkat Kebangsaan 2019 di SAM Bestari sekali lagi, dan mendapat Anugerah Ketua Platun Wanita Terbaik. SAMER juga menjadi Johan dalam acara Kompang Formasi sempena Karnival Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Daerah Gombak dan Johan juga di Peringkat Negeri Selangor 2019.

Sukan dan Permainan SAMER juga berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Bola Tampar di MSSD Gombak 2019 dan seorang pelajar berjaya menjadi wakil ke MSS Selangor 2019. SAMER juga berjaya menghantar wakil dalam acara Bola Tampar ke Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2019 sebagai wakil Zon Timur, dan mereka mendapat Johan. Salah seorang pelajar SAMER juga berjaya menjadi wakil ke Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 dalam acara ini. SAMER juga merupakan Johan acara Ping Pong Wanita Bawah 15 dan Boling Tenpin Wanita Bawah 15 MSSD Gombak 2019.

Kelab dan Persatuan SAMER berjaya menjadi Johan dalam acara Khat Perempuan di Festival Kadet Remaja Sekolah dan Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2019. SAMER juga berjaya menghantar wakil ke Kemahiran Amal Islami SAM/SAMT/MITS/KKM Peringkat Negeri Selangor 2019 di SAMT Kuala Kubu Bharu dalam acara Syarahan Bahasa Melayu Lelaki Menengah Atas dan Menengah Rendah (kedua-duanya Johan), Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki Menengah Atas (Johan), Khat Perempuan Menengah Rendah (Johan), Musammarah Lelaki (Ketiga), Hafazan Lelaki Menengah Atas dan Rendah (Ketiga Menengah Rendah), Khutbah Menengah Rendah (Ketiga) dan Tilawah Al-Quran Lelaki Menengah Atas dan Rendah (kedua-duanya Ketiga) dan Hafazan Perempuan Menengah Rendah (Ketiga) dan Tilawah Al-Quran Perempuan Menengah Rendah. Tiga acara berjaya menjadi wakil negeri Selangor ke Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu Syarahan Bahasa Melayu Lelaki, Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki dan Khat Perempuan Menengah Rendah, bertempat di SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. SAMER berjaya mendapat Johan dalam acara Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki buat kali kedua selepas tahun 2018.

Senarai PengetuaSunting

Nama Tahun Berkhidmat
En. Safuan bin Mohamed 1984 - 1994
Pn. Saadah binti Baharuddin 1995 - 1997
Pn. Zamilah Amin binti Muhammad Latfie 1998
Pn. Fauziah binti Mohd Salleh 1999
En. Mohd Zaki bin Rajikin 2000-2001
En. Mohd Darail bin Omar 2001-2005
Pn. Siti Romziah Binti Madong 2006-2012
En. Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid 2013
En. Mohd Noor Bin Ismail 2013-kini

Lagu SekolahSunting

Sekolah Agama Menengah Rawang,

Harum semerbak namamu,

Di sinilah kami berjuang,

Menimba Ilmu,


Berilmu dan berakhlak mulia,

Harapan guru dan ibu bapa,

Menjadi pemimpin negara,

Beriman dan bertakwa,


Kami amalkan dalam kehidupan,

Ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah,

Untuk menjadi Muslim sejati,

Menegakkan Syariat Ilahi,

Di muka bumi ini,

Untuk akhirat nanti,


Ya Allah,

Berkatilah usaha kami,

Restuilah harapan ini.

AlamatSunting

Sekolah Agama Menengah Rawang,
Batu 16, Jalan Ipoh, 48000, Rawang,
Selangor, Malaysia
Telefon = 360918934
Fax = 360922028

RujukanSunting

Pautan luarSunting