Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek atau nama ringkasnya SAM Sungai Selisek, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Kampung Sg Selisek.

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek

Lencana Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek.
Lokasi
Kampung Sg Selisek,
Kuala Kubu Bharu
,
 Selangor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan
DitubuhkanNH
Nombor sekolah6054541632
Kod sekolahBFT5001[1]
PengetuaPuan Hajah zubaikah muda
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan khairulnawal binti hanafi
Penolong Kanan KokurikulumPn Rohaizan Abd Hamid
Faks6054541632


Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek memiliki 149 pelajar lelaki dan 162 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 311 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek telah didirikan pada tahun 1962. Sebelum sekolah ini dikenali sebagai SAMSES, pada mulanya ia ialah satu peringkat pendidikan yang diberi nama Darjah Khas (Tahun 1). Sukatan pelajaran ketika itu berteraskan agama dan darjah khas ditubuhkan. Wujud pula SAMR pada tahun 1973 yang mana pelajaran akademik turut dimasukkan. Pada tahun 1997, darjah khas telah dihapuskan dan SAMR telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung dan masyarakat.

SAMR bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja, kemudian para pelajar akan menyambungkan pelajaran ke sekolah lain. Pada masa itu dalam tahun 1963, hanya terdapat sebuah bangunan sahaja. Sebuah bangunan lagi ditambah (di bahagian atas) pada tahun 1974 yang menelan belanja RM50,000. Ia telah diusahakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kebajikan Masyarakat. Tapak pembinaan sekolah ini dikongsi bersama dengan tapak masjid. Keadaan bangunan pada masa itu hanyalah berdindingkan separuh papan kayu dan separuh jaring dawai dan hanya berbumbungkan zink. Antara kemudahan yang ada ketika itu ialah kerusi, meja dan papan hitam yang telah disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada masa yang sama juga, SAMR telah berkongsi bangunan dengan Sekolah Rendah Agama Sungai Selisek (SRASS). SAMR pada sesi pagi dan pada sesi petang ialah SRASS. Pada tahun 1977, JAIS telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan tiga tahun berikutnya, Kerajaan Negeri Selangor dan JAIS telah membeli tanah untuk membina sebuah lagi bangunan sekolah dan sebuah bangunan asrama. Pembinaan kedua-dua bangunan ini telah menelan belanja sebanyak RM400,000. Kos pembinaan ini telah disampaikan oleh Tan Sri Muhammad Bin Hj. Muhammad Taib. Sumbangan tersebut adalah daripada Syarikat BP.

Pada tahun 1980-an beberapa kemudahan telah disumbangkan oleh JAIS dan kerajaan tetapi sumbangannya agak terhad. Seterusnya pada tahun 1984, SAMR telah ditutup selama beberapa tahun kerana semua pelajar berpindah ke sekolah baru JAIS iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMT KKB) bagi memenuhkan pelajar sekolah tersebut. Selepas sekolah itu mendapat sambutan yang cukup baik daripada orang ramai dan masyarakat setempat, SAMR kembali dibuka sehingga sekarang. Pembinaan sekolah ini ialah usaha gigih daripada jawatankuasa sekolah dengan mendapat sumbangan dan bantuan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tan Sri Muhammad Bin Hj. Muhammad Taib sendiri. Pada tahun 1993, sebuah lagi bangunan tiga tingkat baru dibina bersebelahan asrama putera dan serentak dengan itu, status SAMR telah dinaiktarafkan sebagai Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek (SAMSES) yang mempunyai pelajar tingkatan 4 dan 5.

SAMSES diberi nafas baru apabila kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih pentadbiran sekolah sepenuhnya pada tahun 2006 dan diberi gelaran SABK. SAMSES telah mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan atas nama sekolah bantuan penuh kerajaan.

Pencapaian sunting

-Juara Sepak Takraw di peringkat Daerah Hulu Selangor pada tahun 2015, 2016 dan 2017 Bawah 15 dan 18

-Naib Johan Bola Sepak MSSD

-Johan Tajhiz (Solat Jenazah) wanita di KAMIL (Kemahiran Amal islami)

-Johan Hafazan Peringkat Daerah Pada tahun 2016 Bawah 15

-Johan Hafazan Wanita Bawah 15 tahun Peringkat KAMIL Daerah dan Negeri

-Pasukan Sepak Takraw Bawah 15 akan mewakili negeri Selangor untuk bermain di peringkat Kebangsaan iaitu KESUMMAS (Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia)

-Seorang pelajar dari SAMSES akan mewakili negara sebagai ASIAN SCHOOL dalam sukan takraw

Alamat sunting

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek
Kampung Sungai Selisek
Selangor, Malaysia
Telefon = 6054541632
Faks = 6054541632

Rujukan sunting

Pautan luar sunting