Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang


Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (diringkaskan sebagai SAM Tanjong Karang) merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Batu 9 1/2, Jalan Bernam.

Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Lokasi
Batu 9 1/2, Jalan Bernam,,
Kuala Selangor
,
 Selangor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan
Motoالعلم النور Ilmu itu cahaya
Nombor sekolah332698711
Kod sekolahBFT3002[1]
PengetuaPUAN ROSNAH BINTI SHAMSUDIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN MAA'WIYAH BINTI SALIMON
SingkatanSAMTK
KemasukanUPSR DAN PSRA
Faks332690053

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang memiliki 391 pelajar lelaki dan 516 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 907 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

SejarahSunting

Ini berasal dengan nama Sekolah Menengah Ugama,Pekan Tanjung Karang.Lanjutan pertukaran kurikulum daripada Darjah Khas (Bahasa Malaysia) kepada Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) Bahasa Arab,bermula pada tahun 1975 yang mana guru besarnya pada ketika itu ialah ustaz Amir bin Ahmad Sujau yang kini telah bersara.

Pada tahun 1977,sekolah ini telah menghadapi kekurangan murid yang sangat serius,yang mana muridnya hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja.Dengan daya usaha Yang Berhormat Dato’ Hj Kamaruzaman bin Hj Ahmad yang ketika itu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurus juga menjadi ADUN kawasan Tanjung Karang (telah meninggal dunia /7/1996).Untuk mengatasinya,kerana inilah satu-satunya sekolah yang berada di kawasan Tanjung Karang,beliau mengumpulkan guru besar dan jawatankuasa sekolah-sekolah Agama Menengah Rendah yang ada di Tanjung Karang iaitu SAMR Sungai Tengi Kanan,Batu 11,Block “S” Sungai Burung,Sungai Sireh dan pekan Tanjung Karang bagi membincangkan bagaimana cara menghidupkan sekolah ini.Turut sama hadir di majlis perjumpaan tersebut Tuan Nazir Shamsuddin bin Husin (sudah meninggal).

Hasil perbincangan tersebut,mereka telah mengambil keputusan supaya dua buah sekolah sahaja yang dibuka iaitu Batu 11,Tanjung Karang.Untuk mengelakkan daripada rasa kurang puas hati,maka kesemua SAMR dipindahkan ke SAMR Tanjung Karang bersama dengan guru-gurunya,dan pengetuanya hendaklah dari kalangan guru yang berkelulusan Al-Azhar.

PencapaianSunting

Apabila ibu bapa menyedari kepentingan didikan agama kepada anak-anak, JAIS tidak dapat mengatasi permintaan dengan sepenuhnya bukan sahaja di Tanjung Karang bahkan di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan.Dari tahun ke setahun, pencapaian pelajar di sekolah ini adalah sangat membanggakan,boleh dikatakan pencapaian yang terbaik dalam daerah Kuala Selangor amnya dan di Tanjung Karang khasnya,yang mana pelajarnya banyak yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negeri.

1) Pada tahun 1995,sekolah ini telah mencatat sejarah di mana keputusan PMR mencapai kelulusan 100 peratus.

2) Pada tahun 2015,sekolah ini berjaya meraih seramai 30 orang yang mendapat pangkat mumtaz dalam Sijil Menengah Agama (SMA).Oleh yang demikian, sekolah telah mendapat pengiktirafan Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor dalam SMA bawah JAIS.

3) Pada tahun 2017 juga, sekolah telah mendapat seramai 10 orang yang mendapat mumtaz dalam SMA dan sekali lagi dianugerahkan Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.80.

4) Dari sudut kokurikulum pula, sekolah telah menghantar pasukan nasyid An-Naufal ke pertandingan Majlis Tilawah Al quran (MTQ) dan telah meraih johan dalam pertandingan nasyid dalam peringkat daerah pada tahun 2017.

5) Mendapat naib johan dalam MTQ peringkat negeri mewakili daerah Kuala Selangor pada tahun 2017.

6) Sekali lagi, sekolah telah menghantar An-Naufal ke MTQ peringkat daerah dan sekali lagi merangkul johan pada tahun 2018. Pada peringkat negeri, sekolah mendapat tempat naib johan dalam acara tersebut.

7) Pada tahun 2017,sekolah menghantar 4 orang pelajar ke Kem Pengiktirafan Pengangkap Di Raja Peringakat Antarabangsa bertempat di Kedah.

KemudahanSunting

3 buah blok sekolahSunting

-Dinamakan sempena nama tokoh-tokoh islam terkenal.Blok ini menempatkan 25 buah kelas ,makmal sains, bengkel kemahiran hidup, koperasi sekolah, bilik peperiksaan, bilik guru perempuan, bilik guru lelaki, tandas, bilik mesyuarat, bilik Pendidikan Abad Ke-21,bilik memasak, bilik pengajian islam dan sebagainya.

Musolla Luqmanul Hakimd

Tempat beribdat bagi para pelajar menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah bagi pelajar asrama dan harian. Selain itu, musolla ini menjadi tempat berkumpul pelajar-pelajar apabila dewan tidak dapat digunakan ketika perhimpunan. Pelajar-pelajar akan dikumpul untuk sesi usrah pada setiap Jumaat.

Dewan Ibnu RusydSunting

Dewan yang menempatkan para pelajar dan guru untuk perhimpunan mingguan pada hari Isnin. Ia menjadi tempat Halaqahtul Quran pada hari Selasa hingga Khamis setiap minggu. Pelbagai program dijalankan di dewan ini dan mempunyai kemudahan lain seperti penghawa dingin.

2 buah blok asrama puteraSunting

Tempat bagi pelajar lelaki yang menetap di asrama. Terdapat kemudahan tertentu seperti dataran, gelanggang badminton, ampaian, dobi, pejabat asrama, bilik prep, bilik exco, bilik tayang dan sebagainya. Setiap blok mempunyai 3 tingkat dan setiap dinamakan mengikut sifat mahmudah seperti jujur, ikhlas dan yakin.

2 buah blok asrama puteriSunting

Begitu juga, dengan aspuri yang mempunyai kemudahan kecuali pejabat asrama dan mempunyai surau mini. Setiap blok dinamakan mengikut sifat mahmudah seperti sabar, tabah dan cekal.

KantinSunting

Tempat para pelajar dan guru membeli makanan

Dewan makan aspuraSunting

Bagi pelajar asrama lelaki

Dewan makan aspuriSunting

Bagi pelajar asrama perempuan

Padang sekolahSunting

Tempat melakukan aktiviti sukan

Gelanggang serbagunaSunting

Disiap bina pada 2018,dengan kerjasama pihak PIBG sekolah. Gelanggang ini berfungsi untuk aktiviti sukan murid seperti bola keranjang, futsal, bola Baling dan sebagainya.

D'Rimba Camp (tempat perkhemahan)Sunting

Disiap bina pada 2018, dengan kerjasama guru-guru dan pihak PIBG sekolah. Berfungsi bagi para pelajar untuk berkhemah anjuran sekolah bagi unit kokurikulum.

WakafSunting

Lagu SekolahSunting

Ilmu cahaya slogan sekolah kami

Sam tanjong karang yang kami sanjungi

Menjadi gedung ilmu penyuluh diri

Demi melahir insan muttaqim

Amal soleh dan beriltizam

Menjadi amalan warga kami

Untuk belajar bersatu hati

Kami berani dan berkeyakinan

Kami bersemangat berusaha

Menuju cita-cita menabur bakti

Untuk agama bangsa dan negara

Rukun islam dan iman menjadi asas ketenangan

Dalam kehidupan nilai murni diterapkan

Al Quran dan sunnah menjadi pegangan

Seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan

Peperiksaan AwamSunting

1) Pentaksiran Tingkatan 3 Ad-Dini (PT3 Ad-Dini) Tingkatan 3

2) Sijil Menengah Agama Dini (SMA Dini) Tingkatan 4

3) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tingkatan 5

Kelas

Menengah rendah (tingkatan 1-3)

1) Amanah (A)

2) Barakah (B)

3) Jamaah (J)

4) Dakwah (D)

5) Hidayah (H)

° Setiap kelas mengambil aliran agama KPM Kurikulum Ad-Dini:

1) Usuluddin (U)

2) Syariah (S)

3) Lughoh Al-Muasirah (LAM)

Menengah atas (tingkatan 4)

Tingkatan 4 2018 merupakan batch pertama mengambil KPM Kurikulum Dini dalam SMA Dini dan terdapat tiga aliran sahaja iaitu aliran sastera dini, aliran dini tulen dan aliran perakaunan dini.

Kelas Aliran

  • >Amanah Perakaunan dini
  • >Barakah . Dini tulen
  • >Jamaah. Sastera dini
  • >Dakwah. Sastera dini
  • >Hidayah. Satera dini

Tingakatan 5

Tingakatan 5 2018 merupakan batch terakhir yang mengambil KPM Kurikulum Kelas Aliran Agama (KAA) dan hanya mempunyai 2 aliran sahaja iaitu aliran perakaunan dan aliran sastera ikhtisas.

Kelas Aliran

  • >Amanah Perakaunan (+ math & akaun)
  • >Barakah. Sastera ikhtisas (pern & geo)
  • >Jamaah. Sastera ikhtisas (pern & geo)
  • >Dakwah. Sastera ikhtisas (geografi)
  • >Hidayah. Sastera ikhtisas (perniagaan)

Alamat[2]Sunting

Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Batu 9 1/2, Jalan Bernam
Selangor, Malaysia
Telefon = 332698711
Fax = 332690053

RujukanSunting

Pautan luarSunting