Sekolah Agama Rakyat Al-Falah (Yayasan Al-Falah)

Bermula pada 6 Januari 2001, Yayasan Al-Falah telah menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang bernama Sekolah Agama Rakyat Al-Falah atau SAR Al-Falah dengan nombor pendaftaran JHEAINS 5 : 200 - 0 / 12 / 97. SAR Al-Falah adalah sebuah institusi pendidikan yang berada di daerah Tawau,  Sabah,  Malaysia yang menerapkan cara pandang (worldview) Islam sebagai asas. Ia tumbuh dan berkembang di tengah - tengah masyarakat yang pelbagai dengan memfokuskan pendidikan sebagai solusi dalam rangka pengembangan yang mengacu dalam prinsip "Hidup Sekali, Hiduplah Yang Bererti", maka SAR Al-Falah sentiasa memelihara tradisi dan nilai - nilai asasnya.
SAR Al-Falah dengan segala sistem yang dimilikinya, memiliki lima jiwa dan motto yang menjadi acuan untuk terus berkembang. Dengan lima jiwa SAR Al-Falah iaitu Ikhlas, Bersungguh - Sungguh, Kerjasama, Disiplin, Berdikari dan diharapkan agar para pelajar dapat memaksimumkan motto "Hidup Sekali, Hiduplah Yang Bererti", Bantuan daripada pelbagai pihak secara langsung ataupun tidak langsung telah melahirkan sebuah institusi pendidikan ini yang telah banyak membantu dalam proses mencerdaskan dan melahirkan ummah yang bertamadun. Berawal dari sebuah masjid yang terletak di kampung Jawa, Tawau SAR AL-Falah memulakan operasinya iaitu di Masjid AL-Munawwarah. Walaupun hanya dengan 7 orang murid dan 2 orang tenaga pengajar sahaja, pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan. Almarhum Ustaz Mohd. Tahrir Bin Zaini Siri merupakan Guru Besar pertama yang telah memimpin dan memacu SAR Al-Falah. Pertambahan murid dari tahun ke tahun memaksa SAR Al-Falah untuk memiliki bangunan sendiri dalam usaha untuk memenuhi fasiliti mencerdaskan bangsa. Pada tahun 2003, SAR Al-Falah telah berpindah ke sebuah rumah sewa yang terletak di Taman Ria 3 sebagai tempat pembelajaran sementara. Dua tahun kemudian, dengan izin Allah SWT, SAR Al-Falah telah berjaya memiliki bangunan sendiri di atas tanah Yayasan Al-Falah seluas 1.6 ekar di Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau. Pembinaan bangunan ini telah dimulakan sejak 10 Oktober 2004 dan menghasilkan sebuah blok bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah rehat serta sebuah bilik guru yang mampu menampung 7 orang guru dalam satu masa.

Sering berjalannya waktu SAR Al-Falah semakin pesat membangun. Tidak hanya fasiliti pembelajaran yang bertambah (guru, pelajar, kelas, dan lain-lain) akan tetapi tahap pendidikan juga turut meningkat sama. Awalnya hanya pada peringkat sekolah rendah namun kini sudah beranjak satu tahap iaitu peringkat sekolah menengah yang diberi nama Sekolah Menengah Agama Islam Darul Falah atau lebih dikenali sebagai Ma'had Darul Falah. Dengan sistem pendidikan yang telah diatur dan di susun sebaik munkin, semoga SAR Al-Falah dan Ma'had Darul Falah mampu mencetak generasi yang Muslim, Mukmin dan Muhsin untuk membangun kembali peradaban Islam yang agung.

Sekolah Agama Rakyat Al-Falah
Lencana Sekolah Agama Rakyat Al-Falah.
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Kampung Tanjung Batu Darat,Tawau,  Sabah
 Malaysia
Koordinat4°17′N 117°52′E / 4.283°N 117.867°E / 4.283; 117.867Koordinat: 4°17′N 117°52′E / 4.283°N 117.867°E / 4.283; 117.867
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah Agama Rendah, Sekolah Pondok, Madrasah, Pendidikan Swasta
MotoHidup Sekali, Hiduplah Yang Bererti
Ditubuhkan2001
SesiPagi dan Petang
Nombor sekolah+6089-772464
Kod sekolahXYQ3001[1]
PengetuaCecep Mustopa Bin K Islan
Faks+6089-772464

Identiti sekolah sunting

Moto sunting

Hidup Sekali, Hiduplah Yang Bererti.

Alamat sunting

Sekolah Agama Rakyat Al-Falah (Yayasan Al-Falah)
Kampung Tanjung Batu Darat
Peti Surat 1070
91008 Tawau, Sabah.

Rujukan sunting

  • Semakan Makluat Kod Sekolah XYQ3001 [2]

Pautan luar sunting