Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit atau nama ringkasnya BRaInS, (Bahasa Inggeris: Batu Rakit Integrated Boarding School) ialah Sekolah Berasrama Penuh bertempat di Terengganu Darul Iman. Sekolah ini ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang pertama ditubuhkan di Terengganu. Di samping itu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ialah Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2016 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka. Dengan status 'SBP Tahfiz Model Ulul Albab', Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
Batu Rakit Integrated Boarding School
Lokasi
 Malaysia Batu Rakit,, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berakhlak, Berkualiti
Afiliasi agamaIslam
Autoriti pendidikanPPD Kuala Nerus
Nombor sekolah6096693769
Kod sekolahTRA7002
Pengerusi PIBGProf Dr Mohd Zamri Bin Ibrahim
PengetuaHaji Sulaiman bin Ngarif
Kelas4
LaguPutera dan Puteri Sekolah Harapan

Menimba Ilmu Penuh Keazaman Semangat Keazaman Menjadi Pegangan Agar Kejayaan Dalam Genggaman

Berilmu,Berakhlak dan Berkualiti Azimat Semangat Pelajar Sejati Kuatkan Azam,Jatikan Diri Itulah Janji Warga Bestari

SBPIBR Pasti Gemilang Warga Muafakat Tanpa Terhalang Moga Usaha Capai Cemerlang SBPIBR Pasti Gemilang

SBPIBR Pasti Gemilang
GPK Pentadbiran dan AkademikUstazah Che Rohana binti Yusuf@Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Sufian bin Che Mat
Penolong Kanan KokurikulumDr.Mohd Zaid bin Ismail
Faks6096695911
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sejarah sunting

SBP Integrasi Batu Rakit (BRaInS) yang dahulunya dikenali sebagai SMKA Batu Rakit telah dinaik taraf dan dibuka pada 17 Januari 2003. Sekolah ini terletak kira-kira 37 kilometer dari Kuala Terengganu. SBP Integrasi Batu Rakit mula dibina pada tahun 2001 dan diduduki pada awal tahun 2003 iaitu apabila bermulanya sesi pertama penggal persekolahan. Pada 5 Januari 2003, SMKA Batu Rakit dinaikkan taraf menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh.

Pencapaian sunting

SBP Integrasi Batu Rakit ialah sekolah yang pertama menggunakan satu sistem yang mesra alam antara sekolah di Malaysia dan merupakan projek yang kedua terbesar selepas projek pembinaan Universiti Sains Malaysia. SBP Integrasi Batu Rakit mempunyai segala kemudahan untuk pentadbir, para guru, pelajar dan kakitangan yang merangkumi kediaman Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, 24 unit kuarters guru, surau sekolah, kantin sekolah, dewan besar, dewan makan dan padang permainan.

Alamat sunting

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
Batu Rakit, Kuala Nerus, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096693769
Faks = 6096695911

Rujukan sunting


Pautan luar sunting