Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak

Koordinat: 3°34′N 103°23′E / 3.567°N 103.383°E / 3.567; 103.383


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (Inggeris: Tun Abdul Razak Integrated Boarding School, Singkatan: InSTAR) merupakan sebuah daripada 74 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini terletak di Pulau Serai, Pekan, Pahang. Pada 2509, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak memiliki 127 pelajar lelaki dan 328 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 452 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
Lokasi
 Malaysia Pulau Serai, Pekan, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
MotoBeyond Success
Ditubuhkan (2003-08-04) 4 Ogos 2003 (umur 20)
Nombor sekolah+6094101010
Kod sekolahCRA5001
PengetuaEn. Mohd Asri bin Yusof
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Shamwil bin Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Syamsul Izwan bin Mohd Ghazali
Faks+6094101030
Laman sesawang
Map

Keluasan tapak sekolah ini yang terletak dalam kawasan ADUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan, kira-kira 15km dari bandar Pekan dan 35km dari bandar Kuantan ialah 38 ekar.

Moto sekolah ini ialah Beyond Success dan visi sekolah ialah Pendidikan Sepanjang Hayat.

Sejarah sunting

InSTAR yang telah dibuka pada 4 Ogos 2003 dengan nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan (SBPIP) hanya dihuni oleh para pelajar Tingkatan Satu yang diambil dari sekolah-sekolah yang berkelayakan.

Pengambilan para pelajar Tingkatan Empat pertama dimulakan pada tahun 2004.

Pada 23 Mei 2010, nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dengan nama singkatan InSTAR (Intergrated Boarding School of Tun Abdul Razak). Sejak itu, InSTAR terus berkembang dan pernah mencapai muatan maksimum dengan enrolmen 560 orang pelajar, 62 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.

Sistem akademik sunting

Seperti Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Malaysia yang lain, InSTAR mewajibkan para pelajar menengah rendah mengambil sebelas (11) mata pelajaran bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) termasuk subjek Bahasa Arab .

Bagi para pelajar menengah tinggi, mereka ditawarkan untuk meneruskan pembelajaran dalam salah satu aliran yang ditawarkan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu:

1. Sains Tulen menawarkan 9 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam.

2. Sains Tulen Agama menawarkan 11 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biology, Fizik, Qimia, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Quran dan Sunnah Pendidikan Syariah Islamiyah.

Bahasa antarabangsa yang diperkenalkan di sekolah ini ialah Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Sekolah ini juga terlibat dalam program BCCC iaitu salah satu program pengantarabangsaan sekolah.

Senarai pengetua sunting

Sejak beroperasi pada 4 Ogos 2003, InSTAR telah diterajui oleh beberapa orang pengetua seperti berikut:

Bil Nama Tahun Khidmat
1 Tuan Haji Abas bin Abdul Rahman, AMP 2003-2006
2 Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah, AMP, AMN, PKC 2006-2008
3 Tuan Haji Azhari bin Tauhid, SMP 2008-2011
4 Puan Lailatun Zalaliah bt Hussain 2011-2014
5 Tuan Haji Ismail bin Shamsuddin 2014-2016
6 Encik Ahmad Zamri bin Md Isa 2016-2018
7 Encik Muhamad Yazid Bin Abdul Wahab 2018-2021
8 Encik Azaha bin Awang 2021-kini

Tuan Haji Azhari bin Tauhid telah menerajui InSTAR sejak 16 April 2008. Dalam Rancangan Jangka Panjang 2010-2015, visi sekolah ini telah diubah kepada "Menjadi Sekolah Berkesan Yang Bertaraf Dunia" yang disesuaikan dengan Visi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan iaitu "Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia". Salah satu agenda terhadap pencapaian visi ini ialah pengemblengan seluruh tenaga ke arah pencapaian taraf "Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)". Enam lampiran yang ditetapkan dalam SBT cuba dicapai melalui program-program dalam rancangan jangka panjang tersebut yang dihalusi dalam rancangan jangka pendek tahunan. Slogan 2011 "We come, We win, We lead" direalisasikan dalam pelbagai kejayaan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya inovasi sains. Pada 1 Oktober 2011, Tuan Haji Azhari telah ditukarkan ke SEMSAS dan kini, InSTAR diterajui oleh Pn. Lailatun Zalaliah bt Hussain.

Pencapaian sunting

Ikrar pelajar sunting

We,

The students of InSTAR,
Pledge to,


Strive for excellence,
Be well-disciplined,
Always respect teachers,
Cleanliness is our way of life,
Well-mannered we will always be,
Pursue knowledge,
Live life harmoniously.

sunting

Alamat sunting

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
Pulau Serai
26600, Pekan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094101010
Faks = 6094101030

Rujukan sunting

Pautan luar sunting