Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Fraser

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Fraser atau nama ringkasnya SJK (C) Bukit Fraser, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Tropicana Aman.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Fraser
Lokasi
 Malaysia Tropicana Aman, Kuala Langat, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6093622390
Kod sekolahBBC1044
Faks6093622390


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Fraser memiliki 5 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 9 orang. Ia mempunyai seramai 5 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah SJK (C) Bukit Fraser Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bukit Fraser terletak di Jalan Padang, Bukit Fraser. Bukit Fraser merupakan sebuah tempat pelancongan berhawa dingin yang terletak lebih kurang 40 km dari Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dan juga dari Raub, Pahang.

Pada zaman penjajahan British (1938), penduduk-penduduk di sekitar Bukit Fraser telah menyedari bahawa bilangan kanak-kanak yang patut menerima pendidikan awal adalah lebih kurang 20 orang. Dengan itu, sebuah sekolah telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan semasa. Pada mulanya, sekolah ini merupakan sebuah rumah atap dan mempunyai dua orang guru yang menjalankan pengajaran dalam subjek Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1941, sekolah terpaksa diberhentikan akibat mencetus Perang Dunia Kedua dan dibuka semula pada 1945. Ketika itu, bilangan penduduk telah bertambah. Pada bulan November tahun 1945, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menguruskan masalah pendidikan kanak-kanak di situ. Jadi, Encik Chew Seng Yim telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah.

Atas usaha beliau dan penduduk tempatan, sekolah telah dimulakan di sebuah bangunan yang mempunyai 3 buah bilik darjah (Kini telah menjadi bangunan MCA Bukit Fraser). Pada masa itu, bilangan murid adalah lebih kurang 120 orang dan mempunyai 3 orang guru. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Leong Cheng Chuan dan nama sekolah pada ketika itu ialah “Chong Hwa School”. Pada tahun 1946 hingga 1982, sekolah ini adalah bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Pahang. Bermula dari tahun 1983 hingga kini, sekolah kita telah bertukar ke pentadbiran Jabatan Pelajaran Selangor.

Pada bulan April 1964, tanah runtuh yang serius di kawasan berhampiran sekolah berlaku. Perkara ini telah mengancam keselamatan murid-murid. Maka, sekolah terpaksa ditutup sekali lagi selama 2 minggu. Selepas itu, pihak sekolah telah menyewa sebuah bangunan sementara yang bernama Banglo Sayang sebagai sekolah sementara. Pada tahun 1967, dengan kerjasama daripada Yang Berhormat Encik Lee Siok Yew Timbalan Menteri Pelajaran, sekolah yang ada pada hari ini telah dibina oleh kerajaan dan dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Encik Lee Siok Yew pada 28.06.1968.

Sampailah kini, ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Fraser
Tropicana Aman
Selangor, Malaysia
Telefon = 6093622390
Fax = 6093622390

Pautan luar sunting