Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Vun

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Vun atau nama ringkasnya SJK(C) Chee Vun, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Peti Surat 60079.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Vun
Fail:SJK (C) Chee Vun
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 60079, 91110, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089881173
Kod sekolahXCC3104
Guru besarEn Lo Fah Vun ("罗华文校长 ")
Faks6089881173


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Vun memiliki 203 pelajar lelaki dan 215 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 418 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah sunting

Penubuhan Sejarah sunting

Chee Vun School, Lahad Datu ditubuhkan pada tahun 1946. Lokasi awalnya adalah terletak di Batu 3, Jalan Dam, Lahad Datu. Ketika itu, bangunan sekolah adalah terdiri daripada sebuah rumah papan berbumbung kanatap. Pada 24 Ogos1948 sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendidikan Sabah dan nombor pendaftaran ialah C/69,ED/37A/2/35. Pada tahun lima puluhan, bangunan sekolah telah musnah sama sekali dalam suatu kebakaran. Ini menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa mencari lokasi baru yang sesuai. Atasusaha yang bersungguh-sungguh, akhirnya mereka Berjaya mendapatkan lokasi baru, iaitu di Batu 2, Jalan Dam. Tanah ini dipinjamkan oleh Enik Chai Kee Mui. Pihak Pengelola Sekolah dengan umbangan dan bantuan kewangan masyarakat setempat Berjaya mendirikan bangunan sekolah dan rumah guru.


Pada tahun 1966 , Sekolah Chee Vun dipindahkan ke tempat sekarang, iaitu Batu 1 1/2, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu. Keluasan kawasan sekolah ialah 1.57 ekar. Pada ketika itu, enrolmen murid adalah seramai 60 orang.Mereka adalah anak kepada penghuni berketurunan Cina yang menetap di sekitar kawasan Jalan Dam. Walaubagaimana pun terdapat juga bilangan kecil murid dari bangsa lain seperti kaum Bajau danTeroja. Enrolmen murid telah meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga mencecah 445 orang sekarang (Jadual 1.1).

Dalam pertengahan tahun 1966, satu blok bilik darjah papan bertingkat dua telah didirikan. Tahun berikutnya dibina pula asrama Guru Besar. Gelangggang bola keranjang didirikan pada tahun 1970.Pada tahun 1971, satu blok bangunan papan yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah didirikan. Empat unit asrama guru dibina pada tahun 1974.

*Tadika Chee Vun*

Tadika Chee Vun yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Sabah ditubuhkan pada tahun 1989.Pada 12 Jun 1990 ,dewan sekolah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Yong Teck Lee. Pada tahun 1992, kantin baru telah dibina. Pada tahun 1999 , satu blok bangunan konkrit bertingkat 3 yang mengandungi 9 buah bilik darjah tersergamindah di tanah yang bertuah ini. Oleh kerana satu blok bilik darjah yang lama telah digerogot oleh anai-anai dan asrama guru telah usang, maka projek pembinaan satu blok bangunan konkrit bilik darjah dan satu blok rumah guru yang baru telah dimasukkan ke dalam rancangan pembangunan fizikal sekolah dan akan diusahakan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah sekarang

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Vun
Peti Surat 60079
91110, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089881173
Fax = 6089881173

Pautan luar sunting