Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Mang

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Mang atau nama ringkasnya SJK(C) Chi Mang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Kampung Ayer Masin.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Mang
Lokasi
Kampung Ayer Masin, 82300, Kukup,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6076969032
Kod sekolahJBC6004
Faks6076969032


Pada tahun 1923, seorang guru yang bernama Koh Yong Li yang berasal dari negeri China, mula mengajar dan mendidik anak-anak Kampung Air Masin. Pada mulanya, beliau hanya mempunyai 36 orang murid sahaja dan ia menumpang di sebuah rumah orang kampung. Pada tahun 1927, Cikgu Koh menamakan sekolahnya sebagai " CHI MANG ", yang membawa maksud " Pendidikan Awal ". Pada tahun 1940, hasil kerjasama 12 orang kampung yang menitikberatkan pendidikan, sebuah bangunan sekolah kecil yang hanya mempunyai 2 buah bilik darjah telah ditubuhkan.

Pada tahun 1960, oleh kerana pertambahan murid yang pesat, bangunan lama yang usang sudah tidak mencukupi. Dengan adanya kerjasama dan wang derma yang dipungut daripada orang ramai, sebuah bangunan baru yang menelan belanja sebanyak RM30,000.00 telah dibina. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah dewan kecil, sebuah pejabat guru, asrama guru, sebuah dapur, dan dua buah bilik air.

Dengan adanya peruntukan daripada Menteri Besar Johor dan menteri-menteri lain, sebuah perpustakaan, 4 buah bilik darjah baru, dan sebuah bilik pingpong telah dibina pada tahun 1978 dan 1979.

Pada tahun 1991, bilik yang sedia ada didapati tidak mencukupi dan buruk kerana bangunan sekolah diperbuat daripada kayu dan papan. Jemaah Pengurus telah membuat keputusan untuk mengubah bangunan sekolah daripada papan ke simen supaya tahan lama. Satu jawatankuasa pembinaan bangunan baru sekolah telah ditubuhkan dan ahli-ahli jawatankuasanya bertungkus-lumus mengumpul wang daripada pelbagai sumber.  Pada tahun 1993, bangunan baru telah mula dibina. Pada tahun 1994, sebuah bangunan sekolah konkrit dua tingkat telah siap dibina. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru, sebuah bilik perpustakaan, dan sebuah bilik tayangan.

  Pada akhir tahun 1994, sekolah ini telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM85,000.00. Dengan adanya amaun wang yang besar ini, Jawatankuasa Pembinaan mula merancang membina sebuah Dewan Serbaguna. Pada tahun 1995, Guru Besar, Encik Ang Teck Yoke telah ditukarkan ke SJK(C) Pei Chun 2. Puan Hor Siew Yoong ditukarkan ke sekolah ini sebagai guru besar baru. Pada awal tahun 1996, sebuah dewan besar yang berukuran 120kaki X 40 kaki telah siap dibina.

Puan Hor Siew Yoong telah ditukarkan ke sekolah SJK(C) Yu Ming(2) pada awal tahun 1997 dan Encik Lim Soon Quee mengambil alih tempatnya sebagai guru besar baru. Pada 16hb Mei 1997, dewan besar telah dirasmikan. Pada 31 Mei 1997, Encik Lim Soon Quee telah ditukar ke SJK(C) Lok York, Benut. Puan Teo Siew Luan mula memegang jawatannya sebagai guru besar baru pada 1 Jun 1997. Pada 14 Mac 1998, Kelas Komputer Sekolah Chi Mang mula beroperasi. Bilik Komputer telah dilengkapkan dengan 11 unit komputer yang terkini.

Di bawah pimpinan Puan Teo, pusat sumber SJK ( C ) Chi Mang telah menjuarai pertandingan pusat sumber peringkat daerah pada tahun 1998. Pada tahun 1999 pula, pusat sumber sekolah ini telah mendapat johan dalam pertandingan pusat sumber peringkat negeri Johor.

Puan Teo telah ditukarkan ke SJK ( C ) Saleng, Kulai pada tahun 2000 dan Encik Tan Bee Song mengambil alih tempatnya. Pimpinan dan usaha gigih Encik Tan telah membuahkan hasil yang bernas, SJK ( C ) Chi Mang telah dianugerahkan Sekolah Harapan ( Tempat Ketiga) Negeri Johor pada tahun 2001. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga bulan Mei 2003.

Cik Gan Choo Eng melapor diri sebagai guru besar SJK ( C ) Chi Mang pada bulan Julai, 2003. Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini telah mencatat satu rekod kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR dengan mencecah peratus kelulusan 78.2% dan seorang murid, Ang Hui Xian telah mendapat 7A pada tahun 2006. Pada tahun 2006 juga, SJK ( C ) Chi Mang telah mendapat penganugerahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana mencapai kelulusan terbaik dalam Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2006.

Pada hujung tahun 2006, PIBG dan Jemaah Pengurus Sekolah telah menyumbangkan RM15000 untuk menaik taraf perpustakaan dan bilik tayangan dengan memasang jubin di lantai kedua-kedua bilik ini.

Cik Gan Choo Eng bersara pada 7 Mei 2007. Majlis persaraan yang julung kali diadakan di dewan sekolah ini buat Cik Gan Choo Eng dan hari yang amat bermakna ini merupakan titik noktah tempoh perkhidmatan beliau. Tempat beliau diganti oleh Puan Chan Kim Yoke mulai 7 September 2007.

Pada 28 November 2007, SJK ( C ) Chi Mang telah meraikan ulang tahun ke-80 di dewan besar sekolah ini. Dengan usaha PIBG dan Jemaah Pengurus Sekolah, majlis yang diadakan secara besar-besaran ini telah berjaya mengumpulkan wang sumbangan berjumlah hampir 500 ribu ringgit untuk membina blok bangunan baru yang merangkumi 4 buah bilik darjah dan sebuah bilik komputer. Kerja pembinaan telah dimulakan pada awal tahun 2008 dan bangunan baru disiapkan pada bulan Mei 2009. Bilik darjah baru telah digunakan mulai bulan Jun 2009. Pada hujung tahun 2009, sekolah ini mendapat peruntukan untuk menaik taraf bilik darjah, bilik guru dan pejabat guru besar. Pada tahun 2009, SJK ( C ) Chi Mang tela mendapat 60 set meja dan kerusi murid bekalan kerajaan. Pada tahun 2010 juga, sekolah ini mendapat 4 unit meja guru dan 30 set meja dan kerusi murid lagi.

Pada 1.7.2011, Puan Chan Kim Yoke naik pangkat dan ditukar ke SJK ( C ) Gau San. Tempat beliau diganti oleh Puan See Ah Yew, GPK 1 SJK ( C ) Yu Ming 1, Pekan Nanas. SJK ( C ) Chi Mang bertuah kerana mendapat bantuan daripada YB Dato’Wee Jeck Seng, wakil rakyat Tanjung Piai dan telah berjaya menyaipkan pemasangan “Smart Classroom” yang dihasratkan agar dapat mempelbagaikan kaedah P&P di samping meningkatkan minat belajar serta prestasi sekolah. Dua buah bilik darjah telah diubahsuai untuk dijadikan kelas pra sekolah. Bilik darjah yang dilengkapi dengan dapur, ruang makan, tandas dan ruang pembelajaran telah siap dibina pada hujung tahun 2011. Pra sekolah dibuka pada Januari 2012.

Dengan usaha pengerusi Jemaah Pengurus, Encik Lau Yak Teck, 4 buah bilik darjah telah dilengkapi dengan “Smart Classroom“. Dengan usaha beliau juga, 10 buah komputer baru dibeli untuk melancarkan pengendalian kelas komputer.

Pada hujung tahun, KPM telah membekalkan 21 buah komputer dan sebuah server telah dipasang di bilik komputer untuk kegunaan para guru dan murid.

Dengan usaha ahli parlimen Tangjung Piai, SJK ( C ) Chi Mang telah mendapat peruntukan sebanyak RM100000 untuk membaiki stor dan dewan, di samping menaik taraf kelengapan bilik guru, bilik darjah dan perpustakaan.

Di bawah kepimpinan Guru Besar Puan See Ah Yew, Keputusan UPSR telah mencatat satu sejarah iaitu pencapaian peningkatan peratusan UPSR lima tahun berturut-turut. Murid-murid yang cemerlang: (2011) Ang Hui Yi (6A1B). (2012) Yeo Qiu Tong (7A), Chai Wei Jun, Pee Jing Xian (6A1B). (2013) Kua Jian Bin (6A1B). (2014) Yeo Qiu En (7A), Chua Yi Ling (6A1B). (2015) Soo Jin Yee, Go Song Ying (7A),  Ang Wei Shan (6A1B).

Pada 15 Ogos 2016, Puan Loh Chow Yoong telah mengambil alih jawatan sebagai Guru Besar yang ke-19 sekolah Chi Mang. Keputusan UPSR 2016 sekolah amat cemerlang dimana peratusan kelulusan ialah 100% (GPS 2.47).

Sekolah Chi Mang telah meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-90 Penubuhan Sekolah Chi Mang pada 26 Disember 2016. Ahli Parlimen Tanjung Piai, YB Datuk Seri Wee Jeck Seng telah merasmikan majlis tersebut.

Kerjasama dan gandingan erat antara sama guru dan juga kredibiliti pentadbiran yang jitu sangat menyumbang dalam pembangunan sekolah.

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

Senarai pencapaian, kejayaan dan anugerah yang dicapai oleh sekolah sepanjang Tahun 2013, 2014 dan 2015.

BIL. ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN / PENGHARGAAN TARIKH PERINGKAT / OLEH
2013
1 Keempat L12 dan P12  Pertandingan Bola Keranjang MSSD 2013 MSSD
2 Johan P12 dan Naib Johan L12 Pertandingan Bola Keranjang Zon Kukup 2013 MSSD
3 Naib Johan P12 dan L12 Pertandingan Badminton Zon Kukup 2013 MSSD
4 Tempat Ke 5 Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Melayu Daerah Pontian 2013 Daerah
5 Tempat Ke 5 Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Cina Daerah Pontian 2013 Daerah
6 2 Gangsa dalam Kejohanan Olahraga Zon Kukup dan Daerah Pontian 2013 MSSD
7 Keempat L12 dan P12  Pertandingan Bola Keranjang MSSD 2013 MSSD
8 Johan Bergu L12 Pertandingan Ping Pong MSSD Pontian 2013 MSSD
9 Saguhati Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia 2013 Daerah
10 Johan Berpasukan Pertandingan Ping Pong Tunas Harapan Negeri Johor 2013 Negeri
11 Pertandingan Mendeklamasi Sajak Daerah Pontian 2013 Daerah
12 Ketiga L12 dan Ketiga Bergu P12 Pertandingan Ping Pong SJKC Daerah Pontian 2013 Daerah
2014
13 Johan Scrabble Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah dan Negeri 2014 KEBANGSAAN /JPNJ/
14 Ke4 L12 dan P12  Pertandingan Bola Keranjang MSSD 2014 MSSD
15 Naib Johan P12 dan Naib Johan L12 Pertandingan Bola Keranjang Zon 2014 MSSD
16 Johan P12 dan L12 Pertandingan Badminton Zon Kukup 2014 MSSD
17 Naib Johan Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Cina Negeri Johor 2014 Negeri
18 Johan Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Cina Daerah Pontian 2014 Daerah
19 Ke4 L12 Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Daerah Pontian 2014 Daerah
20 Johan P12 Pertandingan Catur MSSD Pontian 2014 Daerah
21 Naib Johan Bergu L12 dan Ke3  P12 Pertandingan Ping Pong MSSD Pontian 2014 Daerah
22 Saguhati Pertandingan Syarahan Dalam Bahasa Cina Daerah Pontian 2014 Daerah
23 Naib Johan P12 dan Ketiga L12 Pertandingan Badminton Bawah 11 Tahun Daerah Pontian 2014 Daerah
24 Naib Johan Bergu L12 dan Ketiga Perseorangan L12 Pertandingan Ping Pong SJKC Daerah Pontian 2014 Daerah
25 Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina Daerah Pontian 2014 Daerah
26 Pertandingan Mandarin Battle Star Kebangsaan 2014 Kebangsaan
2015
26 Johan Scrabble Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Zon Kukup 2015 Daerah
27 Naib Johan L12 dan Ketiga P12  Pertandingan Bola Keranjang MSSD Pontian 2015 MSSD
28 Johan L12 dan Ketiga 12 Pertandingan Bola Keranjang Zon Kukup 2015 MSSD
29 Johan P12 dan L12 Pertandingan Badminton Zon Kukup 2015 MSSD
30 Naib Johan Pertandingan Mencari Perkataan dalam Bahasa Cina Negeri Johor 2015 Negeri
31 Ke4 Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Cina Daerah Pontian 2015 Daerah
32 Johan dan Ke5 Pertandingan Mencari Perkataan dalam Bahasa Cina Daerah Pontian 2015 Daerah
33 Johan P12 Pertandingan Catur MSSD Pontian 2015 Daerah
34 Naib Johan Bergu L12 dan Ketiga P12 Pertandingan Ping Pong MSSD Pontian 2015 Daerah
35 Ketiga Pertandingan Syarahan Dalam Bahasa Malaysia Daerah Pontian 2015 Daerah
36 Ke4 Scrabble Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah 2015 Daerah
37 Pingat Perak Iskandar Malaysia Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition 2015     2015 Kebangsaan
38 Pingat Gangsa Kejohanan Tenis Malaysia Leg Johor 2015 Kebangsaan
39 Naib Johan L12 Pertandingan Bola Keranjang MSS Johor 2015 Negeri
40 Pingat Gangsa Kejohanan Mini Tenis Johor 2015 Negeri
41 Pingat Perak dan Gangsa Mathematics Olympiad National Mathletes Selection Test 2015 Kebangsaan
42 Pertandingan Mengarang Peringkat Brunai, Malaysia dan Singapura 2015 Antarabangsa
43 Pertandingan Mandarin Battle Star Kebangsaan 2015 Kebangsaan
44 Saguhati Pertandingan Mendeklamasi Sajak Negeri Johor 2015 Negeri
45 Saguhati Pertandingan Mendeklamasi Sajak Daerah Pontian 2015 Daerah
46 Tempat Ke5 Mathematics Olympiad Asia Pacific Peringkat Daerah Pontian 2015 Daerah

sehingga 31.5.2015

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Mang
Kampung Ayer Masin
82300, Kukup
Johor,   Malaysia
Telefon = 607-6969032
Fax = 607-6969032

Pautan luar sunting