Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Lien


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Lien atau nama ringkasnya SJK (C) Hwa Lien,华联学校 merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah, Pulau Ketam.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Lien
Lokasi
 Malaysia Jalan Sekolah, Pulau Ketam, PELABUHAN KLANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331104062
Kod sekolahBBC0044
Faks331104062


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Lien memiliki 170 pelajar lelaki dan 202 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 372 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun tiga puluhan atas usaha penduduk-penduduk di Pulau Ketam. Pada asalnya, terdapat dua buah sekolah yang bernama HWA NAM dan LIEN KIANG. Pada masa pemerintahan Jepun (1942 – 1945) sekolah-sekolah tersebut terpaksa dihentikan. Pada tahun 1946 / 1945, sekolah-sekolah itu dibuka semula. Atas sebab masalah kewangan, mesyuarat lembaga pengelola dua buah sekolah tersebut memutuskan kedua-duanya dicantumkan menjadi satu dengan nama sekolah HWA LIEN pada tahun 1950.

Pada tahun 1952, sekolah tersebut dipindah ke alamat sekarang. Tapak sekolah sekarang pada asalnya adalah sebuah panggung wayang. Bangunan panggung wayang telah dibeli oleh Persatuan Peniaga Tiong Hwa Pulau Ketam yang kemudiannya telah menyumbangkan untuk dijadikan bangunan sekolah. Sepanjang tahun 1968 hingga 1977 atas usaha Jawatankuasa Pembinaan sekolah dan juga bantuan kewangan kerajaan, 9 buah bilik darjah telah berjaya didirikan. Semasa tahun 1980, kerja membina semula gelanggang bola keranjang diadakan.

Kini, sekolah ini mempunyai 4 blok termasuk 1 blok bertingkat dua dan sebuah dewan besar yang baru siap dibina dalam tahun 1996. Sekolah juga mempunyai kemudahan seperti bilik guru besar, bilik GPK, bilik guru, bilik komputer, perpustakaan, bilik muzik, bilik sains dan bilik kemahiran hidup. Dalam dewan besar terdapat 3 buah gelanggang badminton dan sebuah pentas yang luas untuk menjalankan segala aktiviti ko-kurikulum sekolah ini.

Pencapaian sunting

MSSD bola keranjang

Pentadbiran sunting

Guru Besar: Ngan Sook Wei

Penolong Kanan 1: Ng Moi Hong

Penolong Kanan HEM: Chuah Jie Ping

Penolong Kanan KOKU: Sua Shang Wei

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Lien
Jalan Sekolah, Pulau Ketam
Selangor, Malaysia
Telefon = 331104062
Fax = 331104062

Pautan luar sunting