Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk atau nama ringkasnya SJK (C) San Yuk, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Kampung Kenanga.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk
Lokasi
 Malaysia Kampung Kenanga, RAWANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah360916391
Kod sekolahBBC7405
Faks360916391


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk memiliki 1758 pelajar lelaki dan 1603 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3361 orang. Ia mempunyai seramai 137 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1916 dengan hanya dua buah kedai yang berdua tingkat. Jumlah murid pada masa itu hanya beberapa puluh orang sahaja. Pada mulanya, sekolah ini dinamai San Yuk Sekolah Umum, rawang yang beralamat di No. 82 & 83, Jalan Maxwell, Rawang. Guru Besar yang pertama ialah mendiang Encik Yong Fah Nam. Semasa penjajahan Jepun, sekolah ini terpaksa ditutup selama 3 tahun 8 bulan sehingga Oktober tahun 1945. ia dibuka semula di bawah pimpinan Pengerusi Lembaga Sekolah ketika itu iaitu mendiang Encik Chee Chow.

Pada tahun 1953, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah San Yuk , Rawang dan ia menerima bantuan gaji kerajaan. Pada tahun yang sama juga, sekolah cawangan telah didirikan di Kampung Baru Rawang untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Pada tahun 1958, sekolah ini menerima bantuan penuh dari kerajaan dengan nama Standard Type Primary Chinese School dan kemudian ditukar kepada SRJK (C) San Yuk, Rawang sehingga tahun 1998. Selepas itu, ia telah ditukar kepada SJK (C) San Yuk, Rawang sehingga kini.

Pada tahun 1971, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekolah sekarang. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah yang telah didirikan dengan sumbangan derma ikhlas orang ramai Rawang, Persatuan Murid-murid Tua sekolah ini, Persatuan Perkuburan Kwong Hock serta bantuan dari kerajaan. Pada tahun 1981, terdapat sebuah blok dua tingkat yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah telah ditambah di sekolah cawangan. Pada tahun 1982, sebuah perpustakaan telah didirikan di sekolah cawangan juga. Pada tahun 1985, sebuah dewan serbaguna juga telah siap dibina di mana penderma utama ialah Syarikat Lim Tan & Sons. Dewan ini telah siap dibina pada 1986 dan telah dirasmikan pada 11 Oktober 1986. ia telah dinamai sebagai Dewan Lim Chen Shien.

Pada Julai 1999, sebuah blok 4 tingkat yang mengandungi 40 buah bilik siap dibina dengan kerjasama Lembaga Pengurus, PIBG sekolah dan Persatuan Murid-murid Tua sekolah serta sumbangan derma dari orang ramai. Blok bangunan ini telah dinamai sebagai Blok A.

Pada tahun 2003, sebuah lagi blok 4 tingkat telah mula dibina dan ia siap dibina pada akhir tahun 2004. Jumlah kos pembinaan blok ini agak tinggi iaitu lebih kurang RM 800 ribu, ia juga adalah sumbangan dari orang ramai. Blok ini dinamakan sebagai Blok B dan telah mula digunakan pada awal tahun 2005. blok ini terdiri daripada 30 buah bilik darjah, makmal sains, dan bilik sumber.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk
Kampung Kenanga
Selangor, Malaysia
Telefon = 360916391
Fax = 360916391

Pautan luar sunting