Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tuan Poon

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tuan Poon atau nama ringkasnya SJK(C) Tuan Poon, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Sekolah.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tuan Poon
Lokasi
Jalan Sekolah, 86200, Simpang Renggam,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077557385
Kod sekolahJBC2027
Faks6077557385
Laman sesawang


Pada 2018, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tuan Poon memiliki 430 pelajar lelaki dan 435 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 865 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2018

Sejarah sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tuan Poon diasaskan pada tahun 1937. Pada tahun 1938 ia dibuka secara rasmi. Pada tahun 1941 semasa kemasukan tentera Jepun, sekolah ini ditutup dan hanya dibuka semula pada tahun 1955.

Antara tahun 1970-1987 - Jabatan Pendidikan, Badan Pentadbir, dan Persatuan membuka pengajaran tambahan dan membaiki bangunan sekolah. Pada tahun 1989 bangunan lama sekolah dirobohkan dan pembinaan bangunan tiga tingkat dengan 18 kelas baru dibina bagi menggantikannya. Kantin dibina pada tahun 1990. Enam lagi kelas dibina pada tahun 1993.

Pada tahun 1994, auditorium bersepadu dibuna dan pada tahun berikutnya bangunan tiga tingkat menempatkan sembilan kelas dibina. Pada tahun 1996 sekolah ini dinamakan Sekolah Cemerlang pinggir Johor. Pada tahun 1997, menyambut ulang tahun ke-60 dengan penerbitan khas, penubuhan alumni, bagi membina pavilion Cina. PAda tahun 1998 mengumpul lebih $200,000 bagi tabung komputer, dan pada tahun 1999, Jabatan Pendidikan negeri Johor menyumbangkan dana bagi pembinaan. Pada tahun 2000 pusat pentadbiran bernilai satu juta dibina, termasuk pejabat, pusat komputer, kantin dan auditorium. Ia disiapkan pada tahun 2002 dan dibuka secara rasmi pada tahun 2003

Pencapaian sunting

Pada 2019, Sekolah SJK C Tuan Poon telah menjuarai pertandingan IMELC (Iskandar Malaysia Ecolife Challange) dan membawa wang tunai sebanyak RM10,000

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tuan Poon
Jalan Sekolah
86200, Simpang Renggam
Johor,   Malaysia
Telefon = 6077557385
Fax = 6077557385

Pautan luar sunting