Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union, Selangor

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union atau nama ringkasnya SJK(C) Union, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Cyberjaya, dulunya Ulu Sepetang.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union
Lokasi
Jalan Union, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058838915
Kod sekolahBBC6081
Guru besarPn. Teoh Bee Choo (2011-kini)
Faks058838915


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union memiliki 1 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3 orang. Ia mempunyai seramai 3 orang guru.2009

SejarahSunting

SJKC UNION,Ulu Sepetang dibina pada tahun 1952. Pada waktu darurat,kerajaan telah memindahkan penduduk-penduduk berhampiran dan dikumpulkan dalam kampung itu. Penduduk-penduduk ini terdiri daripada 3 bangsa : Cina,Melayu dan India. Dengan usaha yang dan biayaan MCA,sebuah sekolah baru telah dibina. Sekolah baru itu mengandungi 6 buah bilik darjah yang digunakan oleh murid 3 bangsa.

SJKC Union,SK Ulu Sepetapetang telah mendapat 2 buah bilik darjah masingmasing. Ketunggalan 3 jenis sekolah berlokasi dalam satu kawasan telah menjadi satu corak yang paling unik di tempat itu.

SJKC Union telah diisytiharkan Pembukaan Rasmi oleh Loh Tow Yong bersama dengan Wong King Kow,orang terkenal Taiping pada 5-5-1953. Pancaragam Sekolah Menengah HuaLian Taiping turut hadir memberi persembahan,meriangkan lagi suasana. Jabatan Penerangan Bergerak mempersembahkan tayangan gambar percuma pada hari yang bersejarah  itu. Orang ramai membanjiri padang sekolah untuk menyaksikan upacara Pembukaan Rasmi Sekolah. Semangat muhibah telah dirasai oleh setiap penduduk.

Senarai Guru Besar :Sunting

  1. En.Lim Ming Hing     (1953 – 1961) 9 tahun
  2. En. Loh Ming Ching   (1961 – 1962) 2 tahun
  3. En. Lim Chee Ming    (1963 – 1973) 11 tahun
  4. En. Chen Guan Chai   (1974 – 1978) 5 tahun
  5. En. Yap Teck Lee       (1979 – 1983) 5 tahun
  6. En. Leong Soo Hai     (1984 – 1986) 3 tahun
  7. En. Yam Kim Chang  (1986 – 1989) 4 tahun
  8. Cik Tan Hong Kew     (1989 – 2001) 13 tahun
  9. Pn. Low Keng Goh     ( 2001 - 2004) 4 tahun
  10. En. Tang Heng Beng   (2004 – 2011) 8 tahun
  11. Pn. Teoh Bee Choo     (2011 – 2014) 3 tahun

BIODATA GURU BESAR

Guru Besar pada masa ini ialah Pn. Teoh Bee Choo, berpengalaman menjalankan tugas sebagai seorang GB selama 2 tahun sahaja.

Pn. Teoh Bee Choo seorang yang periang dan mesra serta menjalinkan hubungan yang baik dengan semua stafnya.  Beliau juga seorang yang prihatin terhadap perasaan dan kesulitan yang dihadapi oleh guru dan kakitangannya terutama sekali dalam urusan p d p. Beliau telah berkongsi banyak pengalaman untuk menetapkan target, mengaplikasikan pelaksanaan headcount serta menganalisis kelemahan pelajar lalu mengambil tindakan susulan yang tepat untuk mengatasi kelemahan dalam pencapaian pelajar.

Pn. Teoh Bee Choo selalu menggalakkan para guru sentiasa meningkatkan prestasi diri sendiri supaya kerja pdp akan menjadi semakin mudah dan menyeronokkan.

Pn. Teoh Bee Choo selalu memperingatkan guru bahawa peranan dan tanggungjawab warga pendidik ialah membimbing anak murid supaya mereka bukan sahaja mengetahui cara-cara untuk meningkatkan perkembangan diri sendiri malah sentiasa mempraktikkan amalan yang baik di mana-mana sahaja.

PencapaianSunting

  • 2003 - Tempat Ketiga Acara Lompat Jauh Sukan Bergabung (SJKC Phooi Wah, SJKC Kwong Man, SJKC Union)
  • 2004 -  Tempat Ketiga Acara Larian 4x100m Sukan Bergabung (SJKC Phooi Wah, SJKC Kwong Man, SJKC Union)
  • 2010 - Tempat Ketiga Pertandingan Badminton Zon Kamunting MSSD LMS 
  • 2012 - Tempat Pertama Acara Larian L <12 Sukan Bergabung 
  • 2012 - Tempat Pertama Acara Larian P <9 Sukan Bergabung 
  • 2012 - Tempat Pertama Acara Larian l <9 Sukan Bergabung (SJKC Phooi Wah, SJKC Union)


AlamatSunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union
Ulu Sepetang
34010, Taiping
Perak,   Malaysia
Telefon = 6058838915
Fax = TIADA

Pautan luarSunting