Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampong Simee

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampong Simee atau nama ringkasnya SJK(T) Kg.Simee, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Peti Surat No.13,Pejabat Pos Taman Ipoh.

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampong Simee
Lokasi
 Malaysia Peti Surat No.13,Pejabat Pos Taman Ipoh, 31400, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055484299
Kod sekolahABD2166
Guru besarEN.JAYA KUMAR A/L SABAPATHY
GPK Pentadbiran dan AkademikPN.SATHIABAMA A/P RAMASAMY
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCIK SUGANTHI A/P VYAPURI
Penolong Kanan KokurikulumEN. THINAGHARAN A/L SUBA MAYUM
Faks6055484299



Sejarah Sekolah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1951. Pengasas sekolah ini ialah En.Sinnapan. Sekolah ini ditubuhkan kerana memenuhi keperluan bersekolah anak – anak pekerja ladang getah dan pelombong bijih timah. Bertepatan pada masa itu tiada lagi sekolah Tamil di sekitar kawasan itu. Pemilik tanah ini ialah En. Shek Daud. Semasa penubuhan sekolah ini merupakan sebuah pondok yang tiada apa–apa kemudahan seperti kantin, perpustakaan, bilik TV dan lain–lain lagi. Ini ditambah lagi dengan kedudukannya dalam perkampungan estet. Hasil daripada derma orang ramai. En.Muniandy telah membina bilik berukuran 85 kaki  x 25 kaki dengan berdinding papan dan berlantai simen dalam lingkungan kos sebanyak RM 9000. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mempunyai seramai 9 orang murid dan seorang guru sandaran sahaja iaitu En. Sinnapan.

Disebabkan bilangan murid bertambah sekolah pondok bertukar wajah. Pada 6.2.1956 En.J.R Nadarajah selaku guru besar pertama bersama–sama dengan Persatuan India Bersatu telah mewujudkan enam kelas di bangunan Persatuan India Bersatu tersebut. Sehingga 1972 sekolah ini mempunyai 4 orang guru. Pada tahun 1977, YB. Dato Seri S.Samy Velu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dapat baikipulih bangunan untuk  menampung sebanyak 174 orang murid. Semasa itu nama sekolah ini ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kg. Simee dan dikategorikan dalam Gred C sebelum dinaikkan taraf ke Gred B seperti sekarang. Dari segi lokasi sekolah tidak berubah cuma bangunan sahaja dibaikipulih dari masa ke semasa.

Pada tahun 1996 En. A. Ramanaidu telah menjadi guru besar sekolah ini. Beliau dengan sokongan PIBG serta guru telah berusaha untuk mendapatkan bangunan baru. Pada tahun 2001, dengan bantuan Menteri Kerjaraya , YB. Dato Seri S. Samyvellu dan kerajaan, bangunan baru SJK (T) Kg. Simee telah dibina.Bangunan dua tingkat ini siap dibina pada tahun 2002. Bangunan ini mempunyai prasarana lengkap seperti bilik darjah , bilik computer,bilik sains , bilik kemahiran hidup, bilik tayangan , pusat sumber , bilik guru , pejabat ,  bilik kerajaan dan kantin sekolah . Pembukaan Rasmi Bangunan Baru ini telah dilaksanakan pada 8.8.03 oleh YB. Dato Seri Doktor S.Samy Vellu. Kini terdapat seramai 227 orang pelajar. Sekolah ini juga mempunyai 21 orang kakitangan akademik dan 4 orang kakitangan bukan akadamik.

NAMA GURU BESAR YANG BERKHIDMAT DI SJK(T) KG. SIMEE

Bil

Nama Guru Besar

Tempoh Berkhidmat

1. En. J. R. Nadarajah 1956 - 1960
2. En. A. Ramanathan 1960
3. Pn. Vethamoney 1960 - 1980
4. En. G. Neelakandan 1980
5. Pn. Beulah David 1981 - 1986
6. En. Nalliah 1987 - 1995
6. En. A.Ramanaidu 1996 - 2003
7. En. S.Devadas 2003 - 2006
8. En. D.Nathan 2006 - 2007
9. En.RP.Jayagopallan 2007 - 2012
10 Pn.G.Soowady 2012 - 2014
11 Pn.G.Bairavi 2014 - 2018
12 En.S.Jaya Kumar 2018 - kini

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampong Simee
Peti Surat No.13,Pejabat Pos Taman Ipoh
31400, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055484299
Fax = 6055484299

Pautan luar sunting