Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gadek

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gadek atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Gadek, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Pulau Sebang.

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gadek
Lokasi
 Malaysia Pulau Sebang, 73000, Tampin,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064417882
Kod sekolahMBD0064
Faks6064417882


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gadek memiliki 24 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 38 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

Gadek Estate Tamil School telah ditubuhkan pada 1936 oleh masyarakat Kaum India Ladang Gadek.Bentuk asal bangunan ini pada dahulunya ialah sebuah rumah papan diubahsuai sebagai sekolah dan pada peringkat penubuhan,sekolah tidak mempunyai meja atau kerusi kepada murid-murid.Murid-murid terpaksa duduk di atas lantai.Selepas 13 tahun,nama sekolah telah ditukar pada tahun 1960 kepada SJK (T) Ladang Gadek,Pulau Sebang Melaka.

Pada tahun 1961,sebuah bangunan baru talah dibina dengan 3 buah bilik darjah.Pada tahun 1973,sebuah bangunan tambahan telah dibina dengan sebuah bilik darjah,bilik Guru Besar,bilik guru dan tandas untuk lelaki dan perempuan serta sebuah bilik perpustakaan.Pada tahun 1994,sekolah telah mendapat bekalan talian elektrik bagi semua bilik darjah dan bangunan sekolah dan pada tahun seterusnya iaitu pada tahun 1995,sekolah telah mendapat ruangan bilik sains.

Latar Belakang Institusi  (1936).

Pada awal penubuhan nama institusi(sekolah) ialah Gadek Estate Tamil School dan pengasasnya tidak diketahui sehingga sekarang.Institusi ini ditubuhkan oleh masyarakat Kaum India Ladang Gadek pada tahun 1936.Nama Guru Besar yang pertama ialah Encik M.K.PonnusamyBilangan guru pada masa itu ialah seorang guru sahaja dan bilangan murid ialah 24 orang sahaja iaitu 10 murid lelaki dan 14 murid perempuan.

Sekarang ( 2008 – sekarang )

Nama Guru Besar yang bertugas sekarang ialah Pn.R.Kamala Devi (2008 - sekarang).Bilangan guru ialah seramai 10 orang termasuk Guru Besar dan bilangan murid ialah sebanyak 39 orang iaitu 14 murid lelaki dan 15 murid perempuan.Sekolah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik pemulihan,kantin dan kemudahan kelas,bilik guru yang memuaskan.Persekitaran sekeliling sekolah yang nyaman dan sesuai mewujudkan suasana yang baik kepada murid dan guru.

Sejarah sunting

( 1936 – 1997 )

( 2008 – sekarang )


Bil    Nama Guru Besar                                            Tempoh perkhidmatan

   1.    En.M.K.Ponnusamy                                                1936 - 1948

   2.    En.V.Tharmalingam                                                 1949 - 1950

   3.    En.M.Renganathan                                                  1951 -1952

   4.    En.M.Kuppusamy                                                        1953

   5.    En.N.Marichetty                                                      1954 - 20.08.1960

   6.    En.A.Kandiah                                                          21.08.1960 - 01.10.1971

   7.    En.C.N.N.Sivaraman                                               02.10.1971 - 15.02.1979

   8.    En.M.Subramaniam                                                 16.02.1979 - 31.12.1980

   9.   En.Pasal Karim                                                         01.10.1984 - 15.03.1986

  10.   En.G.Kannan                                                            16.03.1986 - 30.10.1986

  11.   En.P.Supparmaniam                                                  01.11.1986 - 18.12.1994

  12.   En.V.Duraisamy                                                       19.12.1994 - 29.12.1996

  13.   En.Munusamy                                                          01.01.1997 - 13.04.1997

  14.   Pn.R.Premavathy                                                     14.04.1997 - ??.03.2008

  15.   Pn.R.Kamala Devi                                                   01.03.2008 - sekarang

Pencapaian sunting

2012 - Johan dan Naib Johan MSSMNM Kawasan Alor Gajah dalam larian 100M dan Lompat jauh P10

2014 - Peringkat Daerah Alor Gajah MSSNM = (3 EMAS) 100m P12 , 200m P12 , Lompat Jauh P12( Rekod Baru ), Johan Keseluruhan Perempuan B12 , Peserta Terbaik

Olahragawati Harapan , Tempat Ke-3 daripada 21 sekolah Rendah Kawasan Alor Gajah.

- Peringkat Melaka MSSNM = ( 2 EMAS ) Lompat Jauh dan 100 M P12 mewakili Negeri Melaka ke MSSM Kebangsaan ke Alor Setar Kedah.

2014 - Anugerah Khas Sekolah Harapan UPSR dan Parlimen Alor Gajah

2014 - Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) UPSR 2014 Sekolah Rendah Daerah Alor Gajah

2014 - Penerima Tawaran Baharu 2014 Daerah Alor Gajah

2015 - Story Telling Competiton Level 2 2015 Alor Gajah Zone

2015 - Tawaran Baharu Guru Besar Tahun 2014

2016 - Johan dan Penjaring Gol Terbanyak - Kejohanan Bola Jaring antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Melaka PIALA PERSATUAN SIVIK INDIA MALAYSIA

2017 - ESSAY WRITING COMPETITION 2017 CHAMPION "STANDARD 6 ENGLISH LANGUAGE DEVELOPMENT PROGRAMME 2017

2017 - Naib Johan 100m dan Lompat Jauh Kejohanan "YOUNG ATHLETIC" Peringkat Alorgajah 2017

2017 - Lompat Jauh Kejohanan Balapan & Padang SJKT Melaka

2017 - Tempat ketiga Kejohanan Bola Jaring antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Melaka PIALA PERSATUAN SIVIK INDIA MALAYSIA

2017 - Anugerah VLEFROG 2017

2018 - Penghargaan PPD Alor Gajah pencapaian UPSR 2017 - PENCAPAIAN CEMERLANG GRED A \ Semua Matapelajaran Pelaporan Pentafsiran Sekolah Rendah Tahun 2017

dan Pencapaian Cemerlang memperolehi 100% Minima D Pelaporan Pentafsiran Sekolah Rendah Tahun 2017.

2018 - Anugerah Pencapaian Cemerlang MIED 2018

2018 - Penghargaan My Divine Colouring Competiton 2018

2018 - NAIB JOHAN dan Pemain Terbaik Inter Melaka Tamil School Footbal and Netball Tournament 2018

2019 - Johan MSSNM P10 peringkat Alor Gajah 2 Emas ( 100m dan Lompat Jauh )

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gadek
Pulau Sebang
73000, Tampin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6064417882
Fax = 6064417882
email = mbd0064@1bestarinet.yes.my / mbd0064@moe.edu.my
blog / website = https://mbd0064.blogspot.com

Pautan luar sunting

https://mbd0064.blogspot.com