Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Bernam

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Bernam atau nama ringkasnya SJK (T) Ldg Sg Bernam, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Ladang Sungai Bernam.

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Bernam
Lokasi
Ladang Sungai Bernam, SABAK BERNAM, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1893
Nombor sekolah332145395
Kod sekolahBBD6039
Guru besarEn.Rameshkumar Ramaloo
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Shanmuganathan Nadaraja
Penolong Kanan KokurikulumEn. Eudiishtran Ganeasamoorthy
Faks0
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Bernam memiliki 18 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 34 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

I adalah sekolah sesi pagi sahaja dan merupakan sekolah bantuan kerajaan dengan bahasa pengantar bahasa Tamil. Ia tidak memiliki asrama dan dikelaskan sebagai sekolah luar bandar.[1]

Sejarah sunting

Sekolah di Ladang Sungai Bernam telah wujud secara tidak rasmi sejak ladang ini diterokai dan diduduki oleh pekerja ladang yang berasal dari India Selatan berbangsa Tamil dan Telegu, sekitar tahun 1893.

Pada masa itu, ladang ini dibahagikan kepada 5 bahagian dan setiap bahagian mempunyai sekolah sendiri yang beroperasi di rumah pekerja serta gurunya adalah dikalangan pekerja yang mempunyai pendidikan tetapi tidak mempunyai kelayakan perguruan.

Selepas berlaku penggabungan bahagian di ladang ini,SJKT Ladang Sungai Bernam ditubuhkan di sebuah tempat bersebalahan dengan kuil ladang di tepi jalan yang Corner Divisian dan Western-Holz Divison pada tahun 1938 oleh pihak pengurusan Ladang Sungai Bernam,United Plantation Berhad.

Pada awalnya sekolah ini berfungsi sebagai sekolah yang mempunyai 2 bahasa pengantar iaitu Bahasa Tamil dan Bahasa Telegu dan mempunyai murid yang rata-rata merupakan anak kepada pekerja ladang.

Berdasarkan rekod secara lisan pada ketika itu lebih dari 300 murid belajar di sekolah ini. Guru-guru pada ketika itu adalah dari India yang mengajar berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang digunakan di Tamil Nadu dan Andhra Pradesh,India.

Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini pada ketika itu di dilakukan oleh para kerani ladang dan pengurus ladang.Bangunan sekolah juga disediakan oleh pihak United Plantation di atas permintaan para pekerja ladang.Pada ketika itu tiada sebarang perabot di sekolah ini dan murid terpaksa duduk di atas lantai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Selepas pihak pengurusan Ladang Sungai Bernam diterajui oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Bek-Nielsen ,pihak pengurusan Ladang mengambil inisiatif yang lebih dalam konteks pembangunan fizikal sekolah.Kemudahan padang sekolah diwujudkan demi pembangunan jasmani murid sekolah ini pada tahun 1950. Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini pada ketika itu di dilakukan oleh para kerani ladang dan pengurus ladang.Bangunan sekolah juga disediakan oleh pihak United Plantation di atas permintaan para pekerja ladang.

Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957,pihak pengurusan ladang telah menyerahkan urusan pengajaran dan pembelajaran sekolah ini kepada Kementerian Pelajaran. En.Samikannoo A/L Thuraisamy merupakan Guru Besar yang pertama menguruskan sekolah ini.Blok B bangunan,rumah Guru Besar dibina oleh pihak United Plantation,khas untuk En.Samikannoo kerana beliau merupakan anak pekerja ladang yang pertama menjadi guru.

Pada ketika ini lantai sekolah dibina dan pihak ladang telah menyumbangkan perabut kepada sekolah. Sekolah pada ketika itu berupa sebuah dewan panjang yang dibahagikan kepada kelas menggunakan papan kenyataan dan tiada pembahagian bilik darjah langsung.

Pada tahun 1980-an Guru Besar pada ketika itu En Mani Selvaraj telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan bilik darjah dengan mengadakan aktiviti gotong royong dan membina dinding dan mewujudkan bilik darjah kekal.

Pada tahun 1990-an Puan R.Sevapakiam telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bilik darjah tambahan yang berfungsi sebagai Bilik Pemulihan dan juga sebuah blok tandas.

Pada tahun 2001 Encik Rajathurai yang menjadi Guru Besar telah berusaha untuk menukarkan wajah sekolah dengan membina tingkap dan dinding luar bagi sekolah.Sebelum itu sekolah berdindingkan papan yang tidak tertutup.

Dari segi enrolmen,sekolah mengalami pengurangan yang drastik disebabkan oleh proses urbanisasi yang berlaku di kalangan pekerja ladang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Bernam
Ladang Sungai Bernam
Selangor,   Malaysia
Telefon = 332145395
Fax = 0

Rujukan sunting

Pautan luar sunting