Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tampin

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tampin ialah sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Km 1, Jalan Seremban dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia serta memiliki kod sekolah iaitu NBD5029.[1][2]

SJK(T) Tampin
Lokasi
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tampin is located in Bumi
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tampin
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tampin (Bumi)
Km 1, Jalan Seremban, Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Koordinat2°28′21″N 102°13′41″E / 2.47261°N 102.228°E / 2.47261; 102.228
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Moto"Best of The Best"
Nombor sekolah6064412735
Kod sekolahNBD5029
PengetuaThillai Villallan Kuppusamy
GPK Pentadbiran dan AkademikJeyanthy A. Periyanaodaya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridVasenda Sundram
Penolong Kanan KokurikulumB. Mohanasundram Balakrishnan
Faks6064412735
Map

Pada 2021, SJKT Tampin memiliki 132 pelajar lelaki dan 146 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 278 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2021

Sejarah sunting

Sekolah Tamil Tampin telah ditubuhkan pada tahun 1937 oleh mubaligh – mubaligh agama Kristian. Ia ditempatkan di tingkat atas sebuah rumah kedai di pekan Tampin ini. Pada masa itu, hanya dua orang guru sahaja yang bertugas di  sekolah ini dengan jumlah bilangan murid seramai 40 orang.En.J.Henry telah menjadi Guru Besar di sekolah ini sehingga 1939.Selepas itu, beliau dinaikkan pangkat sebagai Inspektor Sekolah – Sekolah Tamil Negeri Sembilan. En.John Abraham telah mengambil alih tempatnya.

Pada masa pemerintahan Jepun di Malaya, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan lain.Semasa itu seramai tiga orang guru yang bertugas. Sepanjang pemerintahan Jepun iaitu dari tahun 1942 – 1945, En. John Abraham telah memegang jawatan sebagai Guru Besar. Selepas Perang Dunia Kedua,sekolah ini telah diberi sebuah bangunan sendiri iaitu berhampiran  dengan bangunan sekarang. Dua orang guru bertugas dengan jumlah murid sebanyak 50 orang.

 Pada tahun 1955, kerajaan mengambil alih pengelolaan sekolah ini dari pengembang agama Kristian.Kerajaan telah membina sebuah bangunan baharu untuk sekolah ini.Nama sekolah juga  ditukar , iaitu dari Sekolah Tamil Tampin kepada National Type Primary School, Tampin.Semua guru terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk Guru Besar,En.N.Kandasamy.Sekolah ini telah mendapat segala kemudahan seperti sekolah-sekolah kerajaan yang lain.

Pada tahun 1961, Sekolah Tamil Legong Ulu telah dicantumkan dengan sekolah ini.Bilangan murid telah meningkat kepada lebih kurang 129 orang.Untuk mengatasi masalah kelebihan murid,satu bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1963 . Bangunan ini mempunyai 2 buah bilik darjah sahaja.Pada tahun 1982,sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah sekolah ‘percubaan’ bagi Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

 Pada tahun 1988,bangunan lama telah membina sebuah bilik guru dan bilik BBM sebagai langkah membantu sekolah.Pada tahun 1989,pihak kerajaan dengan rancangan gotong royong telah membina sebuah bangunan tambahan dengan 5 bilik darjah.Ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM50000.Mulai Januari 1990,dua sesi sekolah yang sedia ada (pagi dan petang) telah ditukarkan kepada satu sesi sekolah . Penambahan murid menyebabkan pihak sekolah telah mengambil usaha untuk menambahkan bangunan baharu 4 tingkat yang mempunyai keperluan – keperluan asas.

Pada tahun 1998, dibawah kepimpinan En.Chandran Ramasamy.ANS, bangunan lama telah dirobohkan .Pada masa yang sama,sebuah bangunan sementara yang mempunyai  3 bilik darjah telah dibina untuk keperluan murid-murid ini. Pada tahun 1998,pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baharu 4 tingkat di tapak bangunan lama yang dirobohkan.

Pada tahun 2000, astaka telah dibina di tapak perhimpunan dengan sumbangan yang diberi oleh Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS. Beliau juga telah bantu bina bumbung di belakang bangunan 4 tingkat. Ini banyak membantu murid menggunakan laluan tersebut pada musim hujan. Satu pondok menunggu untuk murid juga telah dibina di pintu belakang dengan sumbangan Rotary Club. Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS dan  En.Ganeson Muthu, YDP PIBG telah mengusaha untuk dapatkan sumbangan dari Rotary Club.

Dato Dr.RL.Ananthan  telah memberi sumbangan RM 5000 untuk mewujudkan perpustakaan sekolah dan perpustakaan tersebut dinamakan atas nama beliau.  Pada tahun 2000 juga, Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS telah menjanji akan memberi RM 2000 setiap tahun untuk temasya sukan sekolah. Beliau telah memberi sumbangan tersebut sehingga tahun 2019.

Pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan prasekolah pada tahun 2002 dan makmal komputer pada tahun 2003.Pada tahun 18.10.2003 satu Majlis Jamuan Makan Amal telah diusahakan oleh Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama YDP PIBG, En.Ganeson Muthu bersama AJK PIBG dan ahli-ahli. Dana sebanyak RM 115 000 dapat dikumpulkan melalui majlis tersebut. Dana itu telah digunakan untuk penyelenggaran bilik muzik dan juga kantin sekolah. Susur gajah di pintu masuk kedua juga telah diwujudkan. Selain daripada itu, sebahagian besar dana telah digunakan untuk program pembangunan kemenjadian murid khususnya dalam akademi dan kokurikulum. Pegawai Daerah Tampin masa itu, Dato Hj Yusof dengan telah pun memberi kebenaran untuk menggunakan tanah kerajaan bagi tujuan menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan. Ini telah diusahakan oleh LPS sekolah dibawah kepimpinan Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS. Pagar juga didirikan oleh Majlis Daerah Tampin bagi memastikan keselamatan murid-murid.               

En K.Sathiya Narayanan, Guru Besar SJKT Tanah Panjis, Rompin telah menggantikan beliau pada April 2007 dan bilik –bilik darjah bangunan baharu telah pun dinaiktarafkan. Beliau hanya berkhidmat di sekolah ini untuk masa yang singkat sahaja. Pada bulan Oktober 2007, En. K.Sathiya Narayanan telah dinaik pangkat sebagai Penolong Pengarah Sekolah Rendah di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. En. V. Ravindrah , Penyelia Kanan PPD Seremban telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar Cemerlang dalam bulan November  2008. Pada tahun 2008, kantin sekolah telah pun dinaiktarafkan dengan bantuan Kementerian Pelejaran Malaysia. Pada masa yang sama, bangunan sekolah 4 tingkat juga dicatkan.

 Pada 28.11.2010, LPS dibawah kepimpinan Datuk Hj Fadzil A Bakar bersama PIBG sekolah ,MIC bahagian Tampin dan Persatuan Kebajikan India Tampin telah bergabung tenaga menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bagi kali kedua untuk mengumpul dana pembangunan kebajikan sekolah.Kali ini dana sebanyak RM 130,000 dikumpulkan. Dua buah pondok bacaan dapat dibina dengan bantuan PIGB dan juga ahli Lembaga Pengurusan.

Pada tahun 2012 En.M.Nagaretnam.ANS telah mengambil alih tugas guru besar dari En. V. Ravindrah. Pada tahun 2015, beliau telah berpindah ke SJKT Lorong Java dan kini berkhidmat sebagai Pengarah Sekolah-Sekolah Tamil di Kementerian Pendidikan Malaysia. En.G.Mohan telah mengantikkan En.M.Nagaretnam.ANS pada tahun 2015 dan berkhidmat sehingga 5 Disember 2018. Pada waktu beliau, sekolah telah dipilih bagi Program Trasformasi Sekolah 2025 yang dikenali TS25.

 Pada 5 Disember 2018, En.Thillai Villallan Kuppusamy.PJK guru besar SK St Aidan, Bahau telah mengambil alih tugas guru besar SJKT Tampin. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru akademik dan GPK HEM di sekolah dari tahun 1999 hingga 2007. BEliau juga seorang guru besar DG44 yang mempunyai Diploma Dalam Pengurusan Pentadbiran (NPQEL 2013) dan Izajah Dalam Pendidikan. Beliau menentukan hala tuju pengurusan sekolah kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah penyelenggaran infrastruktur dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Fasa kedua adalah menumpukan kepada kemenjadian murid dibawah Program Pembangunan pendidikan YATNA dari tahun 2021 hingga tahun 2023. Fasa akhir adalah menjadikan SJKT Tampin sebagai sekolah Primier di daerah Tampin serta melahirkan anak ABC (anak yang baik lagi cerdik).

Pada fasa pertama, beliau telah bermula dengan mewujudkan bendera dan logo baru sekolah. Seterusnya bilik komputer, kantin sekolah dan prasekolah telah dinaiktraf. Susur gajah di prasekolah telah dibina bagi memudahkan pergerakan murid semasa musim hujan. Tanda nama sekolah yang telah pudar juga dibaiki bagi memberi gambaran yang megah bagi sekolah. Pada tahun 2019 juga, pejabat sekolah telah dinaiktaraf dan dewan sekolah dicat semula. Tapak perhimpunan yang berada dalam keadaan kurang selesa telah diturap semula dan papan elektronik dipasang bagi memaparkan maklumat sekolah kepada orang awam. Moto sekolah ”  The Best of the Best” telah diwujudkan oleh beliau dan dipaparkan di bangunan utama sekolah. Pada tahun yang sama juga, sekolah telah dipilih untuk Dual Langguange Programe (DLP) dimana murid mula belajar subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris.

Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS telah menyumbang baju korparat kepada semua warga sekolah. En.Yesudas juga telah bantu dapatkan cermin mata kepada 20 orang murid melalui Lion Club. Beliau salah seorang  yang sangat membantu sekolah dengan memberi sumbangan untuk program sekolah.

Pada tahun 2020, perkara pertama yang telah dilakukan oleh guru besar En.Thillai Villallan Kuppusamy.PJK adalah menyediakan tempat menunggu ibu-bapa. Tempat menunggu ibu-bapa yang menghantar dan mengambil anak telah dibina dengan kerjasama LPS dan PIBG. Pagar diantara bangunan utama dan prasekolah juga dipasang bagi memastikan keselamatan murid. Setiap bilik darjah juga telah diselenggara dengan menukar pintu masuk bilik darjah. Seterusnya, beliau telah mengubahsuai makmal sains dengan pelbagai kelengkapan seperti sinki di setiap meja, perabot dan keceriaan makmal. Perpustakaan sekolah juga dipindahkan dari tingkat empat ke bangunan bawah supaya semua murid dapat akses perpustakaan dengan mudah pada waktu pagi dan petang. Bilik perpustakaan lama telah diselenggara dan dijadikan sebagai bilik darjah. Bilik guru kaunsling dan guru data diwujudkan bersebelahan makmal sains.  CCTV  dipasang sekitar sekolah bagi memerhati pergerakan murid.

Pada hujung tahun 2020, bilik muzik yang serba lengkap telah diwujudkan bagi meningkatkan minat murid terhadap seni muzik. Pintu masuk utama sekolah diceriakan dengan memasang tanda nama dan ucapan aluan.  Bilik RBT telah dipindahkan ke blok A dan sinki air dipasang di setiap aras bagi memudahkan murid cuci tangan pada waktu pandemik COVID-19. Satu usaha besar yang dilakukan oleh beliau adalah memasang Smart TV di setiap kelas bagi memudahkan guru menjalankan PdPc abad ke-21. Dua gelanggang badminton telah diwujudkan di dewan Thiruvalluvar bagi melatih murid. Pada tahun 2020 juga, guru yang lama berkhidmat di sekolah ini telah ditukarkan dan enam guru muda diterima. Guru besar telah mengusaha untuk mandapatkan makanan bagi murid golongan B40 melalui agensi BUDIMAS dan berjaya mendapatkan makanan kepada 100 orang murid. Guru besar dengan berprinsip ”Ubah semua” dan ” bertindak sekarang” berusaha keras untuk membawa pelbagai perubahan dalam sekolah bagi peningkatan akademik dan keselesaan murid.

Pada fasa kedua tahun 2021, Program Pembangunan pendidikan YATNA telah dimulakan. Program ini adalah untuk meningkatkan kemenjadian murid dalam semua bidang serta meningkatkan prestasi murid galus. Pelbagai program dirancang dibawah Program Pembangunan pendidikan YATNA. Antaranya adalah program membaca, program pemulihan, program fast matematik, latihan catur dan badminton.

Senarai guru besar sunting

 
Senarai guru besar

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.
  2. ^ "Senarai Sekolah di Daerah Tampin". mdtampin.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Tampin District Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-26. Dicapai pada 2020-05-30.

Pautan luar sunting