Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4

Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4

Lencana Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4

Alamat  Malaysia Jalan Ipoh Batu 4, Jalan Ipoh , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon 0362583040
Faksimili 0362508905
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto "PENGETAHUAN MENUJU KEJAYAAN"
Slogan RAJIN BERTERUSAN KEJAYAAN TERCAPAI
Kod Sekolah WBB0097
Guru Besar En Othman Bin Ishak
Penolong Kanan Akademik Pn.Anizai bt Tun Wahab
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En.Raziman b Ramlee
Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Niziani bt Jusoh
Tahun dirasmikan 1967

Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ipoh Batu 4, Jalan Ipoh , Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 2016, Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4 memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 224 orang.2016

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4
Jalan Ipoh Batu 4, Jalan Ipoh , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0362583040
Fax = 0362508905

Visi Dan Misi sunting

  • VISI SEKOLAH

- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


  • MISI SEKOLAH

- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto sunting

"PENGETAHUAN MENUJU KEJAYAAN"


NILAI TERAS


- S E G A R


  • Strategik
  • Efektif
  • Gigih
  • Amanah
  • Rajin


RAJIN BERTERUSAN KEJAYAAN TERCAPAI

Sejarah Sekolah sunting

Sekolah Rendah Kebangsaan (Inggeris) Batu 4, Jalan Ipoh yang dikenali sekarang sebagai Sekolah Kebangsaan batu Empat (1), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1967. Ketika itu sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Kuala Lumpur. Bilangan murid semasa ditubuhkan ialah seramai 364 orang dengan Guru Besar serta guru-guru seramai 11 orang.

Apabila banggunan baru telah siap dibina pada tahun 1968, Guru Besar, guru-guru dan murid-murid telah berpindah ke sekolah baru yang dibina di dalam kawasan seluas 2.3 hektar. (100566.30 kaki persegi).

Guru Besar yang pertama SRJK (Ing) Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ialah Puan Hasnah Bt. Yunus. Motto sekolah pada masa itu ialah Pengetahuan Menuju Kejayaan dan lagu rasmi sekolah ini dicipta oleh Encik Khoo Soon Leong.


Pada bulan Jan 1968 hingga bulan Nov 1971 bilangan murid bertambah jika dibandingkan pada permulaannya. Perkembangan ini amat memuaskan. Bilangan guru juga turut bertambah.

Oleh sebab pertambahan bilangan murid serta guru-guru, pada bulan Dis 1971, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) batu Empat, Jalan Ipoh dibahagikan kepada 2 buah sekolah. Pada bulan Jan 1972 terdapat 2 buah sekolah iaitu SRK (1) dan SRK (2) Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. SRK (1) di bawah pimpinan En. M. Subramaniam. Guru Besar yang pertama iaitu Puan Hasnah telah dipindahkan ke sekolah lain

Pada peringkat awal hanya terdapat 2 blok banggunan sekolah tetapi dengan kemajuan sekolah serta bilangan murid bertambah, 2 buah blok banggunan tambahan dibina. Masa permulaan, kantin sekolah terletak di belakang blok sekolah, tetapi apabila blok ketiga dibina, kantin berpindah ke hadapan blok sekolah. Kantin lama telah diubahsuai menjadi perpustakaan dan Bilik TV Pendidikan untuk kegunaan SRK (1).(kini menjadi makmal sains/bilik boss/stor sukan).

Pengubahsuaian ini diusahakan oleh Guru Besar En. Subramaniam dan PIBG. Pihak sekolah telah menganjurkan pestaria selama 2 hari dan mengadakan "walkathon" secara besar-besaran. Pungutan wang dan derma-derma ikhlas sangat menggalakkan . Dengan perbelanjaan lebih kurang RM5,000, perpustakaan SRK (1) dibina. Perpustakaan ini dibina khas untuk murid-murid supaya dapat menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan mutu bacaan.

Senarai nama Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini ialah seperti berikut; sunting

  • i. Puan Hasnah bt. Yunus 1967-1971
  • ii. En. M. Subramaniam 1972-1980
  • iii. En. Yong Kum Meng 1981-1982
  • iv. En. K.S. Singam 1983-1984
  • v. Puan Yang Li Fu 1985-1988
  • vi. S. Anthonysamy 1989-1993
  • vii. Puan Faridah Abdul Rahman 1993-1997
  • viii. E. Samsuri b. Salleh 1997-1998
  • ix. En. Roslan b. Jais 1999-2000
  • x. Ramnah bt. Darus 2000-2002
  • xi. En. Teh Keng Lum 20.03.2003 - 25.8.2003
  • xii. Puan Tan Saw Gyng 22.12.2004 - 14.1.2005
  • xiii. Pn. Chan Bee Tin 15.1.2005 - 2006
  • xiv. Pn. Hjh Salamiah bt. Abu Bakar 2006-2009
  • xv. Pn. Zaimah bt. Abdul Rahim 2009-2013
  • xvi. Pn. Azlinda bt. Sham 2013-2014
  • xvii. En. Md. Faisal b. Mohd. Salih (Md. Salleh) 2014-2016
  • xviii. En. Azmi b. Hj. Kusnin

2016-sekarang

Pautan luar sunting