Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya

Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya atau nama ringkasnya SK (1) Petaling Jaya, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan 1/10.

Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya
Lokasi
 Malaysia Jalan 1/10, PETALING JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah377829334
Kod sekolahBBB8308
Pengerusi PIBGENCIK MAHADIR
PengetuaYAHYA BIN ABDUL KARIM
GPK Pentadbiran dan AkademikLEE SUET LENG
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNOOR ‘AISHAH BINTI NORDIN
Penolong Kanan KokurikulumAHMAD ZULKHAIRI BIN MOHAMAD
Faks377829334


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya memiliki 201 pelajar lelaki dan 115 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 316 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah sunting

1954 (April) Petaling Jaya School ditubuhkan. Batu asas telah diletakkan oleh Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Al Marhum Sultan Ala’ddin Sulaiman Shah, K.C.M.G pada 8 April 1954. Merupakan SRK yang tertua di Petaling Jaya.

1954 (20 November) Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah merasmikan pembukaan sekolah. Satu blok bangunan sahaja. Terdapat 14 buah bilik darjah, sebuah pejabat, dan sebuah bilik guru. Murid lelaki dan perempuan. Cik Chan Khoo – Guru Besar pertama.

Sekolah dimulakan pada 1 Oktober 1954. 8 kelas (1A, 1B, 2A, 2B, 3A, 3B, 4A, 4B ) didaftarkan. Jumlah murid 257 orang.

Antara guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini : Cik Nyarose bt Osman, Madam Liew, Cik Cinnaswamy, En Edward Jalleh, En Michael Webber, Cik Arumugam, Cik Santhanam, Cik Ng Gek Lan, Cik Skelehy, En Loke, En Thangarajah, Cik Liew, Cik Wong Mew Ying, En Choong Wan Chan.

1955 (10 Jan) – Kelas 5A, 5B ditambah. Sekumpulan 5 orang Nazir Sekolah dari United Kingdom telah membuat lawatan ke sekolah ini dan telah membuat satu laporan rasmi (blueprint) kepada kerajaan. Berdasarkan laporan ini, Sekolah Rendah (Jenis) Kebangsaan diperkenalkan di Malaysia. Petaling Jaya School bertukar nama kepada Sekolah Rendah (Jenis ) Kebangsaan Jalan 10. Ketika itu, Petaling Jaya baru saja dibuka. Ia merupakan bandar satelit pertama di bawah Rancangan Briggs.

1956 Kelas 6A, 6B, 3C, 1C ditambah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut diajar di sekolah ini disamping Bahasa Malaysia. Waktu sekolah 7.30 pagi hingga 3.00 petang. 1 jam rehat makan tengah hari. Waktu sekolah ini telah berjalan selama setahun. Majalah sekolah, ‘PENAJA’ diterbitkan.

SK (1) Petaling Jaya sedang menjalankan pakej trasformasi sekolah yang melibatkan semua stakeholder dan akan menunju ke arah sekolah digital mulai 2021 hingga 2025.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya
Jalan 1/10
Selangor, Malaysia
Telefon = 377829334
Fax = 377829334

Pautan luar sunting

www.sk1pj.edu.my