Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya

Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya atau nama ringkasnya SK (2) Petaling Jaya, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan 1/10.

Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya
Alamat
JALAN 1/10, 46000 PETALING JAYA
SELANGOR
MALAYSIA
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan
Ditubuhkan1954
Nombor sekolah0377829287
Kod sekolahBBB8309
Pengerusi PIBGWAN MOHD FADLI
Guru besarHAJAH ROHANIM BINTI HJ SHAHARI
GPK Pentadbiran dan AkademikAMINAH BINTI ADAM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridABD. RAZAK BIN ABDUL
Penolong Kanan KokurikulumNORHANIZA BINTI AHMAD
Faks0377829287


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya memiliki 88 pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 152 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Bilangan murid di sekolah ini telah meningkat kepada 221 orang iaitu seramai 133 murid lelaki dan 88 murid perempuan. Manakala bilangan guru masih lagi seramai 17 orang dan 2 orang AKP di bawah kepimpinan Puan Hajah Rohanim Binti Haji Shahari sebagai Guru Besar di SK (2) Petaling Jaya bermula 6 September 2021.

Sejarah sunting

1954 (April) Petaling Jaya School ditubuhkan. Batu asas telah diletakkan oleh Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Al Marhum Sultan Ala'ddin Sulaiman Shah, K.C.M.G pada 8 April 1954. Merupakan SRK yang tertua di Petaling Jaya.

1954 ( 20 November) Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah merasmikan pembukaan sekolah. Satu blok bangunan sahaja. Terdapat 14 buah bilik darjah, sebuah pejabat, dan sebuah bilik guru. Murid lelaki dan perempuan. Cik Chan Khoo - Guru Besar pertama.

Sekolah dimulakan pada 1 Oktober 1954. 8 kelas (1A, 1B, 2A, 2B, 3A, 3B, 4A, 4B ) didaftarkan. Jumlah murid 257 orang.

Antara guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini : Cik Nyarose bt Osman, Madam Liew, Cik Cinnaswamy, En Edward Jalleh, En Michael Webber, Cik Arumugam, Cik Santhanam, Cik Ng Gek Lan, Cik Skelehy, En Loke, En Thangarajah, Cik Liew, Cik Wong Mew Ying, En Choong Wan Chan.

1955 ( 10 Jan ) - Kelas 5A, 5B ditambah. Sekumpulan 5 orang Nazir Sekolah dari United Kingdom telah membuat lawatan ke sekolah ini dan telah membuat satu laporan rasmi (blueprint) kepada kerajaan. Berdasarkan laporan ini, Sekolah Rendah (Jenis) Kebangsaan diperkenalkan di Malaysia. Petaling Jaya School bertukar nama kepada Sekolah Rendah (Jenis ) Kebangsaan Jalan 10. Ketika itu, Petaling Jaya baru saja dibuka. Ia merupakan bandar satelit pertama di bawah Rancangan Briggs.

1956 Kelas 6A, 6B, 3C, 1C ditambah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut diajar di sekolah ini disamping Bahasa Malaysia. Waktu sekolah 7.30 pagi hingga 3.00 petang. 1 jam rehat makan tengah hari. Waktu sekolah ini telah berjalan selama setahun. Majalah sekolah, 'PENAJA' diterbitkan.

1958 10 Mei, Mesyuarat Lembaga Pengurus pertama diadakan.

1959 SRJK Jalan 10 dibahagi kepada sekolah 1 dan sekolah 2 di bawah bangunan yang sama. Cik Ulan Khoo kekal sebagai Guru Besar Sekolah 1. Pn L Flynn Guru Besar pertama Sekolah 2.

1962 Blok bangunan baru 3 bilik darjah dibina berhampiran kantin sekolah. Dinding pemisahnya boleh dibuka untuk menjadi sebuah dewan.

1968 Semua murid perempuan sekolah 1 dan 2 telah dipindahkan ke SRJK Jalan Selangor yang baru dibuka.

1968 - 1986 Hanya melibatkan pengambilan murid-murid lelaki sahaja. Hal ini adalah untuk mengurangkan masalah disiplin sekolah.

1970 Dasar Pelajaran kebangsaan diperkenalkan. Bahasa penghantar sekolah telah diubah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

1975 Blok bangunan 8 bilik darjah dibina bersebelahan dengan blok lama. Blok ini terdiri daripada dinding pemisah yang boleh dibuka untuk menjadi dewan serbaguna.

( jejak sejarah sekolah di atas dipetik dari Sejarah Sekolah yang ditulis oleh En Edward Jalleh, guru sekolah ini dari 1954 hingga 1964; dan Guru Besar sekolah 1 yang berkhidmat dari 1.1.1981 - 25.1.1984)

1980an - sekolah ini pernah digelar "Road Ten school" dan "school two"

1986- Sekolah kembali kepada sekolah campuran lelaki dan perempuan.

1987 - Cubaan SK2 untuk menukarkan nama SRK(2)Jalan 10 kepada Sekolah Sultan Hishamuddin Shah.

1996 Nama sekolah diubah kepada SK (2) Petaling Jaya.

1997 Bilik Komputer diwujudkan hasil kerjasama dengan SK1. Kedua-dua sekolah berkongsi Bilik Komputer.

2002 SK 1 menarik diri dari Program Bilik Komputer berikutan mereka mendapat Makmal Komputer Kementerian. Komputer dalam Bilik Komputer telah dibahagikan sama rata antara kedua-dua sekolah. Hasil usaha semua pihak, Bilik Komputer SK2 telah diteruskan.

2006 Blok bangunan 3 bilik darjah (dewan) tidak lagi digunakan berikutan kerosakan pada bumbung dan silingnya.

2011 SK(1)PJ telah mendapat kelulusan dan mula menduduki blok bangunan baru yang telah siap dibina di atas sebahagian padang sekolah. Maka dengan itu SK(2)PJ kekal di bangunan lama. Sehubungan dengan itu, kedua-dua buah sekolah mula melaksanakan persekolahan 1 sesi. Walaupun dua blok lama di berikan kepada SK(2)PJ, bangunan yang menempatkan makmal komputer di hujung sempadan sekolah masih dalam genggaman SK(1)PJ.


(Telah dikemaskini pada 24 Disember 2021)

2015- Baikpulih Gelanggang Takraw oleh ALUMNI SK (2) PJ melalui PIBG sekolah.

2017 - Pada bulan April telah berlaku musibah di mana separuh bangunan Blok A di landa ribut, mengakibatkan kerosakan bumbung sekolah dan dokumen penting telah musnah. Berikutan daripada peristiwa ini, Pihak PPDPU telah membaikpulih kerisakan bumbung Blok A 2 minggu selepasnya. Tiang pagar utama juga mengalami kerosakan kerana struktur tanah yang tidak stabil.

2018- Kehadiran En Mahyudiin, memaklumkan bahawa SK 2 PJ mempunyai kuarters sebanyak 4 buah di jalan 4/46 Petaling Jaya. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah membuat pemakluman dan permohonan kepada PPDPU untuk tindakan selanjutnya. Namun sehingga 2021 masih belum mendapat penyelesaian yang sewajarnya tentang hak milik kuarters tersebut.

2021- Susulan telah dibuat oleh pihak sekolah kepada PPDPU memohon tindakan segera masalah Kuarters sekolah yang telah wujud bersamaan dengan pembinaan Bangunan Sekolah yang diduduki oleh SK (2) PJ hingga sekarang.

2021- Kunjungan Pegawai Lembaga Zakat Selangor pada 29 November 2021 untuk baikpulih Surau Sekolah yang telah mengalami banyak kerosakan tandas, siling, pagar, pendawaian elektrik akibat kecurian wayar elektrik pada tahun 2020.

Senarai Nama Guru Besar di SK (2) Petaling Jaya sunting

(Telah dikemaskini pada 24 Disember 2021)

1- Puan I. Flynn ( 1.1.1959 - 31.12.1959 )

2- En. S. Ratnasingam ( 1.1.1960- 31.3.1961 )

3- En. Micheal Webber ( 1.4.1961 - 31.12.1975 )

4- Puan Yuhanis Ali ( 1.1.1976 - 31.12.1979 )

5- Puan H.E. David ( 1.1.1980 - 27.4.1984 )

6- En. Musa Bin Jemail ( Okt 1984 - Jan 1985 )

7- Tn. Hj Ab. Rahman Sharif ( Jan 1985 - Mac 1987 )

8- Tn. Hj. Mohd Ali Bin Hj Abdullah ( 1987 - Mei 1989 )

9- En. Abd. Aziz Bin Mohd Yusuf ( 1989 - 1996 )

10- En. Johari Bin Mohd Noh ( 1996 - 1997 )

11- Pn. Jaswant Kaur a/p Karta Singh ( 1997 - 2000 )

12- En. Lim Eng Tai ( Dis 2000 - Mei 2004 )

13- Puan Kamariah Binti Yiep ( Mei 2004 - Mac 2006 )

14- Datin Che Zu Binti Zakaria ( Mac 2006 - Mac 2007 )

15- Pn. Hajah Noriati Binti Mohd Yusof ( Mac 2007 - Mac 2008 )

16- Pn. Hajah Che Dah Binti Hussin ( Mac 2008 - Nov 2008 )

17- Pn. Salmah Binti Abdul Rahman ( Dis 2008 - .... )

18- Pn. Rubiah Binti Ahmad Zainal Abidin (....)

19- Pn. Jamaliah Binti Abdul Hamid (....)

20- En. Arifin Bin Aban ( 2014 - 2015 )

21- Pn. Saaidah Binti Malik ( 28.12.2015 - 13.7.2019 )

22- Pn. Hajah Fazliyaton Binti Mphamed Sharif ( 15.7.2019 - 5.9.2021 )

23- Pn. Hajah Rohanim Binti Haji Shahari ( 06.09.2021 - kini.... )



Pencapaian sunting

Sekolah-sekolah PPD Petaling Utama Yang Mendapat LONJAKAN 15% ke atas di Selangor Dalam UPSR 2011:

1. SK Sri Damai 90% (2010=73.53%) 2. SK Damansara Jaya 2 74.07% (2010=58.62%) 3. SK 2 Petaling Jaya 81.82% (2010=66.67%)

Sekolah-sekolah PPD Petaling Utama yang mendapat Peratus Lulus 90% ke atas di Selangor dalam UPSR 2011:


(Telah dikemaskini pada 24 Disember 2021)

2011- Mendapat anugerah Lonjakan Saujana berikutan peningkatan peratus lulus UPSR selama 3 tahun berturut turut.

2016 - Pasukan Bola sepak SK 2 PJ layak ke Pertandingan Akhir Piala Raja Muda Selangor.

2019- Pasukan Bola Baling menjadi JOHAN Peringkat Daerah PPDPU

2021- Melahirkan seorang GURU IKON PdPR peringkat Daerah Petaling Utama.( Cg. Syaheela Atikah )

2022- a) Baikpulih keseluruhan bangunan Surau Sekolah setelah 2 tahun tidak dapat di gunakan kerana kecurian DB dan kabel elektrik, tangki air rosak dan keseluruhan kayu tingkap dan pintu di makan anai anai dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor.

b) Melahirkan 2 orang Jurulatih Utama (JU) peringkat Daerah Petaling Utama ( Cg. Syaheela Atikah- Matematik dan CG. Amirah Nazihah- Bahasa Inggeris).

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya
Jalan 1/10,
46000, Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Telefon : 0377829287
Fax  : 0377829287

Pautan luar sunting