Sekolah Kebangsaan (Felda) Lui Selatan

Sekolah Kebangsaan (Felda) Lui Selatan atau nama ringkasnya SK (Felda) Lui Selatan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Lui Selatan.

Sekolah Kebangsaan (Felda) Lui Selatan
Lokasi
 Malaysia Felda Lui Selatan, 72120, Bandar Seri Jempol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064691014
Kod sekolahNBA6018
Faks6064691014
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Lui Selatan memiliki 137 pelajar lelaki dan 155 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 292 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan (Felda) Lui Selatan telah ditubuhkan pada 3 Januari 1983 dengna hanya menumpang di sebuah stor baja di Pejabat Felda Lui Selatan 1 dengan bilangan murid seramai 107 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 2 orang.

Di awal 1984, sekolah telah dipindahkan ke bangunan kilat yang mempunyai 6 kelas dan 2 kelas lagi masih dijalankan di stor baja. Pada Januari 1985 bilangan murid semakin bertambah dan persekolahan dua sesi bermula. Pada 7 September 1985 sebuah bangunan 2 bilik darjah tambahan dibina dan disiapkan secara bergotong-royong dalam masa sebulan. Pada 3 Januari 1987 pula, sebuah lagi bangunan 4 bilik darjah dibuat secara bergotong - royong siap dibina.

Tanggal 15 Julai 1990, bangunan baru Sekolah Kebangsaan (Felda) Lui Selatan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dr. Abdul Ghafar bin Baba iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Persekolahan satu sesi bermula pada tahun 2000 dengan pembinaan satu lagi bangunan tambahan. Pembinaan makmal komputer telah siap dibina pada tahun 2003 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2004. Sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk semua warga sekolah. Selain itu, aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah dilakukan berterusan demi keselesaan murid untuk belajar.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (Felda) Lui Selatan
Felda Lui Selatan
72120, Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064691014
Fax = 6064691014

Pautan luar sunting