Sekolah Kebangsaan Abaka


Sekolah Kebangsaan Abaka atau nama ringkasnya SK Abaka, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Tawau.[2]

Sekolah Kebangsaan Abaka
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 1702, 91042, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089750566
Kod sekolahXCA3001[1]
Guru besarPn Sainum Binti Salio
Faks6089750566
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google.

Koordinat: 4°19′48″N 117°50′29″E / 4.329872°N 117.841382°E / 4.329872; 117.841382

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Abaka memiliki 89 pelajar lelaki dan 95 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 184 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Abaka pada asalnya dibuka sebagai Abca Primary School, yang kemudiannya telah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Abaca dan kini Sekolah Kebangsaan Abaka. Nama sekolah ini berasal daripada sejenis pokok pisang iaitu Pokok Lanut atau dalam bahasa Inggerisnye "ABAKA". Ianya adalah merupakan hasil utama estet ini yang diusahakan oleh BAL Estate Sdn Bhd suatu masa dahulu.

Sekolah Kebangsaan Abaka ini dahulunya bernaung di bawah Syarikat BAL Estate tetapi sekarang ini di ambil alih oleh Golden Hope Plantation bermula 1997. Sijil pendaftaran sekolah ini E102/ED/EFA2360 dan dikeluarkan pada 22 Julai 1960 dan beroperasi pada 19 April 1960 secara sah dengan jumlah murid seramai 212 orang. Pada ketika itu, hanya darjah 1,2 dan 3 sahaja yang dibuka. Darjah 4 dan 5 dibuka pada Mei 1960 dan jumlah murid yang berdaftar adalah seramai 343 dan jumlah itu kekal sepanjang tahun 1960.

Tujuan asal penubuhan sekolah ini selain untuk memberikan pendidikan adalah untuk memastikan pekerja di ladang ini dapat bertahan lama bekerja di ladang kerana kemudahan yang di sediakan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Abaka
Peti Surat 1702
91042, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089750566
Fax = 6089750566

Pautan luar sunting