Sekolah Kebangsaan Air Merah


Sekolah Kebangsaan Air Merah atau nama ringkasnya SK Air Merah, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Air Merah

Logo Sekolah Kebangsaan Air Merah
Lokasi
Kulim, Kulim, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoPengetahuan Menjana Wawasan
Kod sekolahKBA5030 [1]
Pengerusi PIBGEncik Sahadi bin Md Aziz
Guru besarPuan Hajah Sabarina binti Said
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Azima binti Yakob
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Siti Fadzilah binti Arshad
Penolong Kanan KokurikulumEncik Ahmad Bukhari bin Mohammad Taha
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Air Merah mula dibina pada tahun 2001 dan siap dibina sepenuhnya pada bulan Oktober 2002. Kedudukan sekolah ini di kawasan Bukit Kulim. Sesi persekolahannya yang pertama ilah pada 5 Januari 2003. Nama Air Merah diambil sempena terletaknya kawasan tersebut di Mukim Ayer Merah, Kulim. Pada awalnya pembukaanya, kebanyakkan pelajarnya datang dari sekitar Taman Selasih, Taman Angsana dan Taman Jati.

Keluasan SK Air Merah adalah kira-kira 5.09 ekar yang menempatkan 4 blok bangunan untuk Pembelajaran dan Pentadbiran, 1 blok untuk surau dan 1 blok untuk kantin. Juga terdapat sebuah padang permainan, dataran kejat, dan sebuah dewan terbuka. Kedudukannya yang berdekatan jalan utama Kulim ke Bukit Mertajam merupakan kedudukan yang strategik bagi kemudahanpara pelajar datang ke sekolah.

Pada awal persekolahan, bilangan murid-murid yang mendaftarkan diri seramai 390 orang yang terdiri daripada 226 orang murid lelaki dan 164 orang murid perempuan. Pecahan mengikut kaum pula terdiri daripada 335 murid Melayu, 47 murid India, 4 murid Cina dan 17 orang guru terlatih dan 5 orang guru ganti serta seorang staf sokongan. Guru Besar pertama ialah Puan Yuhanis binti Abdul Ghani.

Pencapaian sunting

Sekolah Kebangsaan Air Merah telah menerima anugerah sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah berprestasi tinggi ( SBT ) kohort 5 pada tahun 2014. Pasukan sofbol SKAM juga telah mewakili kulim ke peringkat negeri kedah.SKAM juga telah berjaya melahirkan murid yang berkebolehan dalam bidang tilawah al-quran ke peringkat kebangsaan. Tidak lupa juga, keputusan UPSRnya yang sentiasa mendapat tempat yang memberangsangkan dalam daerah kulim.


Alamat sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting