Sekolah Kebangsaan Alai

Sekolah Kebangsaan Alai atau nama ringkasnya SK Alai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 8, Kg. Alai, Melaka.

Sekolah Kebangsaan Alai
Lokasi
Km 8, Alai, 75460, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6062682727
Kod sekolahMBA2033[1]
Pengerusi PIBGEn. Mohd Nizam b. Omar2017
PengetuaEn. Sabri b. Abu Samah
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Mohd Yusof b. Mohd Aris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Lisa bt. Mohamad
Penolong Kanan KokurikulumEn. Nasharuddin b. Abd Wahab
Faks6062682727


Sekolah Kebangsaan Alai memiliki 275 pelajar lelaki dan 269 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 544 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru dan 6 orang staff sokongan.2017

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Alai terletak lebih kurang 8 km. dari bandar Melaka. Nama asal Sekolah Kebangsaan Alai ini ialah Sekolah Melayu Punggur. Sekolah Melayu Punggur ini diasaskan oleh penghulunya , Hj. Md. Said bin Hj. Mahmud. Bangunan asal Sekolah Melayu Punggur ini ialah sebuah surau yang terletak berhadapan dengan rumahnya. Anaknya sendiri iaitu Hj. Ahmad bin Hj. Md. Said, diberi tugas memimpin surau itu dengan dibantu oleh Othman bin Ab. Jalil. Mata pelajaran utama ketika itu ialah mengaji Al-Quran , membaca serta menulis Jawi.

Oleh sebab lama-kelamaan tempat belajar yang berbentuk surau itu tidak sesuai untuk dijadikan sekolah, Kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah berbentuk empat persegi dengan bertiang batu, berlantai papan dan beratap nipah yang luasnya kira-kira 60 kaki x 60 kaki. Bangunan itu diberi nama Sekolah Melayu Punggur kerana letaknya di kawasan Solok Punggur. Mata pelajaran yang diajar ketika itu ialah Bacaan, Tulisan, Karangan, Kira-Kira dan Ilmu Alam. Semuanya menggunakan tulisan Jawi dan pada tahun 1906 baru diajar sedikit demi sedikit mengenal Huruf Rumi.

Pada 02.11.1929 Sekolah Melayu Punggur berpindah ke bangunan baru yang dikenali sebagai bangunan Blok A Sekolah Kebangsaan Alai. Di sekolah baru ini sukatan pelajarannya semakin bertambah dari 5 jenis kepada 10 jenis iaitu Bacaan, Tulisan, Karangan, Kira-Kira, Ilmu Alam, Kesihatan, Lukisan, Ilmu Tanaman, Menganyam dan Agama. Sekitar tahun 1934, Sekolah Melayu Punggur telah bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Alai dengan alasan kedudukan tapak sekolah yang baru itu di kawasan Kampung Alai dan nama Punggur itu sendiri tidak sesuai kerana ia membawa maksud sebatang pohon yang tidak berdaun dan tidak berbuah yang dianggap tidak menunjukkan kemajuan.

Perubahan-perubahan ini seterusnya memperlihatkan proses pertukaran nama sekolah kepada Sekolah Kebangsaan Alai dan juga pertambahan bangunan-bangunan baru yang dikenali Blok B, Blok C dan Blok D mula digunakan pada sesi pembelajaran 2001.[2]

Pencapaian sunting

  1. Dua orang murid mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan dalam acara bola baling dan gimnastik.2017
  2. Seorang murid mewakili Kelab Bola Sepak ke Korea Selatan.2017

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Alai
Km 8, Alai
75460, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062682727
Fax = 6062682727

Rujukan sunting

Pautan luar sunting