Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran


Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SK Ampang Campuran, merupakan sebuah sekolah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat[2]. Pada masa kini, Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran memiliki 1,232 murid dan 87 guruJun 2022.

Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran
Logo Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran.
Logo Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran.
Lokasi
Jalan Ikan Jelawat
Kampung Ampang Campuran, 68000 Ampang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah rendah
MotoBerusaha Berbakti
Ditubuhkan1987[1]
Nombor sekolah+603-42921034
Kod sekolahBBA4003[2]
Guru besarFadzil bin Arifin[3]
GPK Pentadbiran dan AkademikAhmad Fatwa bin Mohamed @ Ismail[3]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMuhammad Shah bin Haji Rahman[3]
Penolong Kanan KokurikulumNor Haida binti Hassan[3]
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangMd Saiful Al Hanis bin Haliap[3]
Faks+603-42954897
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah Rendah Kebangsaan Ampang Campuran (SRKAC) ditubuhkan pada 1987. Tapak SRKAC merupakan tanah kerajaan Negeri Selangor yang telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan. Memandangkan perkembangan penduduk yang semakin pesat dan masalah jarak sekolah yang jauh dari rumah, maka Kementerian Pendidikan telah bersetuju membina sebuah sekolah di kampung ini.

Pada awal kewujudan SRKAC, sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri, dan hanya terdapat 13 guru yang menjadi kumpulan tenaga pengajar yang pertama di sekolah ini. Bahagian pentadbiran dibantu oleh seorang pembantu tadbir dan dua orang pekerja am. Jumlah murid-murid pada semasa ditubuh adalah seramai 450 orang yang terdiri daripada tahun 1 hingga 5.

Memandangkan ketiadaan bangunan pada masa itu, maka murid-murid SRKAC terpaksa menumpang di SK Taman Tasik selama 3 bulan. Dalam bulan April 1986, murid-murid SRKAC sekali lagi terpaksa berpindah dan menumpang pula di SMK Taman Tasik (SMKTT) selama satu tahun lebih. Pada peringkat awal, murid-murid bersekolah pada sesi pagi, namun terpaksa bertukar ke sesi petang kerana pertambahan murid SMKTT.

Pada tahun 1987, jumlah murid meningkat menjadi 780 orang. Bulan Jun 1987, akhirnya bangunan SRKAC siap dibina. Selepas cuti Hari Raya Puasa, guru-guru dan murid-murid berpindah ke bangunan baru sekolah mereka[4].

Demografi sunting

Demografi
Tahun Jumlah Murid Jumlah Guru
2009 1,279 63
April 2015[1] 1,255 84
Januari 2018[5] 1,208 87
April 2018[6] 1,200 87
Ogos 2018[7] 1,198 91
Mei 2019[8] 1,195 88
Januari 2020[9] 1,242 88
Jun 2020[10] 1,245 94
Jun 2021[11] 1,229 92
Jun 2022[12] 1,232 87

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran
Jalan Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan,   Malaysia
Telefon: +603-42921034
Faks: +603-42954897
E-mel: bba4003@moe.edu.my[2]

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting