Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera

Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera atau nama ringkasnya SK Angkatan Tentera, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Balau Kebun Teh.

Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera
SSekolah Kebangsaan Angkatan Tentera.png
Lokasi
Jalan Balau Kebun Teh, 80250, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSEDIA CERGAS MAJU
Nombor sekolah6073339334
Kod sekolahJBA1011
Guru besarKAMARUDIN BIN YUSOP [1]
Faks6073339334


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera memiliki 237 pelajar lelaki dan 235 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 472 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan daya usaha beberapa pegawai tentera yang bertugas di Markas Garisen Johor Bahru. Pada ketika itu sekolah ini di beri nama Sekolah Kebangsaan Angkatan Bersejata Majidee Kem Johor Bahru. Bangunan yang digunakan pada masa itu ialah berek-berek kelamin askar gurka yang bertugas di zaman darurat. Pada masa itu hanya terdapat seramai 47 orang murid dengan 3 orang guru dan seorang guru besar yang mentadbir sekolah. Ia ditubuhkan sebagai usaha untuk mempertingkatkan mutu pelajaran anak tentera di markas Majidee.

Antara pegawai yang berusaha adalah:

Lt Kol.Mazlan b. Yunos Lt Kol. Nordin b. Mohaluddin Ustazah Zainab Bt Intan Majid En. Hussin b Sulaiman

Pada tahun 1972 sekolah Kebangsaan Angkatan Bersejanta Majidee Kem telah ditutup dan dipindahkan ke tempat baru iaitu di British Army School di Taman Kebun Teh Johor Bahru. Dengan kemasukkan murid-murid dan guru sekolah kebangsaan kebuh teh bilangan murid sekolah ini telah bertambah menjadi 420 orang dengan 20 orang guru. Nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Johor Bahru. Dalam tahun 1977 jumlah murid telah melebihi 3 angka buat pertama kalinya iaitu seramai 1324 orang murid. Dengan jumlah guru seramai 48 orang.

Oleh kerana bilangan murid yang ramai, bangunan sekolah tidak mampu menampung sebilangan murid telah ditumpangkan di bangunan sekolah cawanagnnya iaitu sekolah ngee heng dengan persetujuan daripada Pejabat Pendidikan Dearah JB.

Bangunan baru telah siap dibina pada tahun 1987. Pada tahun 2002, 2 blok bangunan lama telah dirobohkan dan telah siap di bina semula pada tahun 2003. Maka kini bermula era SKAT baru.

PencapaianSunting

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera
Jalan Balau Kebun Teh
80250, Johor Bahru
Johor,   Malaysia
Telefon = 6073339334
Fax = 6073339334

Pautan luarSunting