Sekolah Kebangsaan Aping

Sekolah Kebangsaan Aping atau nama ringkasnya SK Aping, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman.

Sekolah Kebangsaan Aping
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman, 95000, Sriaman,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBA2117
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Aping memiliki 26 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 58 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sekolah ini telah ditubuhan pada tahun 1957 oleh seorang Paderi Inggeris yang bernama A.W Stonton. Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah St. Francis, Aping. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik Beliang ak Jubang. Pada masa itu, tapak sekolah ini terletak di sebuah kawasan jauh dari jalan raya sekarang. Pada tahun 1966, atas persetujuan dan perbincangan penduduk setempat, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak ini sehingga sekarang. Pada 1 Januari 1978, sekolah ini telah diserahkan kepada kerajaan dan diberi nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Aping sehingga sekarang.

Senarai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Aping sunting

  1. En. Beliang ak Jubang -1957-1958 (1 Tahun)
  2. En.Anthony Gunting -1958-1959 (1 Tahun)
  3. En. Joseph Garston -1959-1961 (3 Tahun)
  4. En. Sagir Empulu -1962-1966 (5 Tahun)
  5. En. Valentine Jita -1967-1971 (5 Tahun)
  6. En. Banggai Ujai -1972-1972 (1 Tahun)
  7. En. Patrick Panting -1973-1975 (3 Tahun)
  8. En.Wilson Injau -1976-1990 (15 Tahun)
  9. En. Binson Nyalu -1991-1992 (1 Tahun)
  10. En.Andin Brook -1992-1994 (2 Tahun)
  11. En. Douglas Kilat -1994-1998 (4 Tahun)
  12. En.Serit Tani - 1998-2000 (2 Tahun)
  13. En. Kennedy Panyih) -2001- 2005 (5 Tahun)
  14. En. Louis Aom -2006 -2006 (1 tahun)
  15. En. Iman bin Hj. Joni - 2007 - 2011 (4 tahun)
  16. En. Kuri ak Atat - 2011 - 2015
  17. En. Wan Narudin bin Wan Japar - 2016 sehingga kini

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Aping
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman,
95000, Sri Aman
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting