Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh

Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh atau nama ringkasnya SK Ayer Keroh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lebuh Ayer Keroh.

Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh
Lokasi
Lebuh Ayer Keroh, 75450, Ayer Keroh,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6062331146
Kod sekolahMBA2040[1]
Faks6062326148


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh memiliki 717 pelajar lelaki dan 575 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1292 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah sunting

Perancangan untuk menubuhkan sebuah sekolah rendah di kawasan Ayer Keroh pada ketika itu diusulkan oleh kerajaan negeri Melaka kerana pertambahan secara pesat penduduk di kawasan Ayer Keroh dan juga sekolah-sekolah yang berdekatan seperti Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang dan Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin tidak mampu untuk menampung bilangan murid-murid yang semakin ramai. Tapak untuk mendirikan sekolah ini telah dikenalpasti iaitu bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah dan projek pembinaan sekolah baru di Ayer Keroh telah dimulakan secara rasmi pada tahun 1997.

Sekolah ini siap sepenuhnya pada tahun 1998 dan pengambilan murid-murid dimulakan pada tahun 1999. Murid-murid yang menetap di kawasan Ayer Keroh tetapi bersekolah di sekolah lain juga dipindahkan ke sini. Pengambilan pertama sekolah ini menyaksikan hampir 750 orang murid mendaftar di sekolah ini. Pada ketika itu, seramai lebih kurang 35 orang staf yang terdiri daripada 30 orang guru dan 5 orang staf di pejabat sekolah mula berkhidmat di sekolah ini. Dari tahun ke tahun, pertambahan bilangan murid-murid yang semakin bertambah menyebabkan sekolah ini menambah blok baru yang menempatkan makmal komputer.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh
Lebuh Ayer Keroh
75450, Ayer Keroh
Melaka,   Malaysia
Telefon = 6062331146
Fax = 6062326148

Rujukan sunting

Pautan luar sunting