Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya


Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya atau nama ringkasnya SK Bandar Baru Beris Jaya, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya
Fail:Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya.jpg
Lokasi
Jeniang, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044697001
Kod sekolahKBA8015
Guru besarAbd Halim bin Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikAbu Bakar bin Mohd Mukti
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSabariah binti Husain
Penolong Kanan KokurikulumNadzanzila binti Alwi
Faks044697002
Laman sesawang


Sejarah sunting

Nama asalnya ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Batang. Ia terletak di Kampung Besar dalam daerah Sik, Kedah.

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1936 oleh Cg Arshad bin Din yang mengajar secara sukarela. Jumlah murid ketika itu hanya 18 orang sahaja. Pada tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini dijadikan Balai Tentera Jepun yang dikenali sebagai MAHARJU.

Pada tahun 1958, Menteri Pelajaran ketika itu, YAB En Mohd Khir Johari telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan sekolah di tempat yang sama dengan kos RM1500. Cg Daim bin Che Sa dan Cg Alaudin bin Daie mendapat sumbangan daripada orang kampung yang diketuai oleh Tok Ali sebagai gaji. Dengan kegigihan Tok Ali akhirnya pada tahun 1959, sekolah ini mendapat bantuan kerajaan dan pada tahun 1960 sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya.

Pada tahun 1978, bangunan sekolah baru dibina di Kampung Kuala iaitu sebuah blok bangunan yang terdiri daripada lima buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah kantin dan sebuah setor. Pada 14 Mei 1981, SK Sungai Batang dirasmikan oleh Menteri pelajaran ketika itu, YAB Dato' Musa Hitam. Dua buah lagi blok bangunan sekolah dibina masing-masing pada tahun 1983 dan 1985. Pada tahun 1986 dengan kaedah gotong-royong penduduk kampung dan Angkatan Tentera Malaysia, telah terbina sebuah bangunan tambahan.

Pada 5 Januari 2003, SK Sungai Batang bersama penduduk kampung dipindahkan ke satu kawasan penempatan baru di Kampung Sungai Pau, Sik berikutan pembinaan empangan Beris. Akhirnya pada tahun 2004, SK Sungai Batang ditukar nama dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya.

Guru Besar sunting

1. Arshad bin Din (1936-1942)

2. Dain bin Che Sa (1958 - 1959)

3. Ayub bin Lebai Man (1959 -1959)

4. Ishak bin Ahmad (1959-1964)

5. Puteh bin Salleh (1964-20.6.1979)

6. Nayan bin Ariffin (1.1.1980 - 31.12.1980)

7. Che Man bin Hj Hashim (1.1.1981 - 30.3.1984)

8. Hussain bin Ismail (1.4.1984 - 31.12.1986)

9. Ismail bin Wahid (1.1.1987 - 15.12.1987)

10.Abd Majid bin Che Noh (16.12.1987-15.21992)

11.Omar bin Man (16.7.1992-15.7.1993)

12.Abd Rashid bin Abdullah (16.7.1993-15.7.1997)

13.Bakri bin Hasan (16.7.1997-15.3.1999)

14.Zainol bin Abd Latif (16.3.1999-10.4.2001)

15.Md Nasir bin Nordin (1.7.2002-15.11.2003)

16.Salmah bt Harun ( 16.11.2003-31.8.2004)

17.Rusni bt Man (1.9.2004-6.10.2005)

18.Md Radzi bin Puteh (7.10.2005-27.6.2008)

19.Zainol Abidin bin Abd Rahim (16.8.2008-1.2.2014)

20.Abd Halim bin Othman (16.3.2014-kini )

Pencapaian sunting

Johan Kalam Jamain Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya,

08700 Jeniang,

Kedah Darul Aman.

Tel: 04 4697001

Faks: 04 4697002

Email: skbbbj@gmail.com

Rujukan sunting

Pautan luar sunting